Now Reading
‘All Eyes On Rafah’ Dikongsi 44 Juta Kali Di Media Sosial

‘All Eyes On Rafah’ Dikongsi 44 Juta Kali Di Media Sosial

Pada Ahad (26 Mei 2024), dua hari selepas Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengarahkan Israel untuk menghentikan serangan di Rafah, pengeboman Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 45 orang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


#AllEyesOnRafah kini dilihat membanjiri media sosial.

Pengguna Facebook, Twitter, dan Instagram majoriti berkongsikan tanda pagar isu konflik berkenaan itu. Untuk pengetahuan anda, imej janaan kecerdasan buatan (AI) yang mengandungi perkataan #AllEyesOnRafah itu telahpun dikongsi oleh lebih 44 juta akaun Instagram sejak Isnin lalu.

Dan perkara tersebut mula tersebar luas apabila Israel menyasarkan serangan maut ke atas kem yang diduduki oleh penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal di Gaza setelah dimusnahkan sepenuhnya oleh rejim Zionis.

‘All Eyes On Rafah’

Imej yang dihasilkan oleh AI menunjukkan pemandangan udara sebuah kem disusun dalam barisan khemah yang teratur, terletak di antara kawasan yang kelihatan seperti puncak bersalji. Di tengah-tengah, beberapa khemah berwarna lebih terang disusun untuk membentuk tulisan “All eyes on Rafah”.

Latar belakangnya pula adalah langit biru cerah dengan awan-awan kecil berbentuk kapas.

Slogan #AllEyesOnRafah kini dilihat membanjiri media sosial terutamanya X (Twitter). Ini kerana tanda pagar slogan berkenaan telah menarik hampir satu juta perkongsian (hits), menurut pemantau dalam talian Visibrain.


Individu Yang Telah Berkongsi Tentang #AllEyesOnRafah

Setakat Rabu (29 Mei), sebanyak 40.4 juta Instagram Stories (IGS) telah dimuat naik oleh pengguna di media sosial. Ini termasuk akaun dari selebriti terkenal antarabangsa iaitu:

  • Supermodel Amerika Bella Hadid, yang bapanya adalah warga Palestin.
  • Pelakon Ireland Nicola Coughlan dari rancangan Netflix Bridgerton.
  • Pelawak dan penulis Amerika Hasan Minhaj, serta pelakon Amerika Aaron Paul.
  • Pelakon dan aktivis British Jameela Jameel dan penyanyi British Dua Lipa.
  • Pelakon terkenal India, termasuk Varun Dhawan, Priyanka Chopra Jonas, Alia Bhatt dan Kareena Kapoor Khan.

BACA JUGA: Dua Lipa Muat Naik Instagram Story Kecam ‘Israeli Genocide’

Sumber: Instagram @dualipa

Apa Maksud Sebenar ‘All Eyes On Rafah’

#AllEyesOnRafah adalah imej yang dihasilkan oleh kecerdasan buatan (AI) dengan slogan yang memberi perhatian kepada situasi di Rafah, bandar paling selatan di Gaza yang berdekatan dengan sempadan Mesir.

Selepas permulaan perang Israel di Gaza, Israel mula mengebom dari utara dan bergerak ke bawah – menyebabkan rakyat Palestin meninggalkan rumah mereka dan melarikan diri ke selatan untuk berlindung.

Pada bulan Februari, kira-kira separuh daripada populasi Gaza yang berjumlah 2.3 juta telah dipindahkan ke Rafah sebelum Israel mengumumkan rancangan untuk melancarkan operasi darat di Rafah, dengan mendakwa empat briged Hamas, kumpulan Palestin yang mengawal Gaza berada di sana.

Pengumuman itu bagaimanapun menerima kecaman di seluruh dunia.

Pada bulan Februari, Richard “Rik” Peeperkorn, wakil WHO untuk Gaza dan Tebing Barat berkata “semua mata” (all eyes) tertumpu pada serangan Rafah yang akan datang.

Ameera Kawash, seorang artis dan penyelidik Palestin-Iraq-Amerika yang berpusat di UK, yang karyanya meneroka kesan AI terhadap kehidupan dan naratif Palestin, memberitahu Al Jazeera bahawa, “All eyes on Rafah” kemungkinan besar berasal dari kenyataannya.

Sejak itu, slogan itu muncul pada poster protes dan hantaran di media sosial.

Apa Yang Berlaku Di Rafah?

Pada Ahad (26 Mei 2024), dua hari selepas Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengarahkan Israel untuk menghentikan serangan di Rafah, pengeboman Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 45 orang di al-Mawasi di barat Rafah, yang sebelumnya diisytiharkan sebagai zon selamat.

Satu lagi serangan Israel telah membunuh 21 orang di kem perpindahan di barat Rafah pada hari Selasa (28 Mei 2024), sekurang-kurangnya 12 daripada mereka yang terbunuh adalah wanita.

Serangan udara pula dilaporkan berlaku pada pagi Rabu (29 Mei).

https://twitter.com/pavprab/status/1794974104103133684

Dan setakat ini, Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 36,171 rakyat di Gaza sejak 7 Oktober 2023, menurut Kementerian Kesihatan di Gaza.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd