[Video] Bawa Ibu Naik Pesawat ‘First Class’, Kebaikan Nubhan Buat Ibu Raih Pujian
Ibu kepada Nubhan bernama Badariah Omar atau dikenali sebagai Mak Jenny dilihat cuba menyesuaikan diri pada tempat duduknya ketika menaiki penerbangan kelas pertama.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Tidak kiralah anda menggunakan panggilan ibu, emak, bonda, mama, mummy atau sebagainya, golongan ini memegang satu keistimewaan yang sama iaitu syurga berada di bawah tapak kaki.
Islam turut mengajar umatnya untuk mengutamakan ibu kerana mereka telah berkorban selama sembilan bulan mengandung, melahirkan dan membesarkan kita.
Apabila sudah menginjak dewasa, kita masih perlu menjaga kebajikan orang tua kita walaupun agak sibuk dengan kerja dan sudah mempunyai keluarga sendiri.
Baca Artikel Berkaitan: “Terima Kasih Bawa Mak Jalan” – Ramai Tersentuh Hati Baca Luahan Ibu Hargai Anak Penuhi Kehendak Mak
Baca Artikel Berkaitan: “Lelaki Pun Kena Lipat Kain” – Netizen Puji Didikan Mak Imran Bard Ajar Anak Teruna Buat Kerja Rumah
Baca Artikel Berkaitan: “Lauk Terakhir Mak Masak” – Anak Menangis Jamah Air Tangan Arwah Ibu Buat Kali Terakhir
Nubhan Belikan Tiket Penerbangan ‘Business Class’ Untuk Keselesaan Ibu
Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@nubhan86), seorang penyanyi tempatan bernama Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad, 38, menunjukkan situasi ketika menaiki kapal terbang kelas mewah bersama ibunya.
Ibu kepada Nubhan bernama Badariah Omar atau dikenali sebagai Mak Jenny dilihat cuba menyesuaikan diri pada tempat duduknya yang besar.
Malah, Nubhan juga menasihati ibunya untuk bersabar dan tidur ketika berada dalam penerbangan mereka yang dianggarkan mengambil masa sekitar 12 jam.

Penyanyi itu juga membantu ibunya membetulkan kedudukan untuk baring pada tempat duduk peribadinya.
Oleh kerana tidak bimbang dengan pergerakan kerusi, Mak Jenny menunjukkan pelbagai gelagatnya tetapi Nubhan terus sabar melayan kerenah ibunya itu.
Sebagai anak yang baik, penyanyi itu juga menemani ibunya ketika menjamu selera sebelum diberikan ubat untuk dimakan.
Sementara menunggu penerbangan mereka tiba ke destinasi, Mak Jenny kemudiannya kembali sambung tidur.
Video berkenaan telah mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 1.3 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.
Netizen Tumpang Gembira Lihat Cara Layanan Nubhan Kepada Ibunya
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pujian kepada Nubhan selepas melihat cara dia melayan ibunya dengan penuh baik sehingga sanggup membelikan tiket penerbangan kelas mewah untuk menjamin keselesaan.
“Anak yang baik Nubhan ni jaga mak dia istimewa. Semoga Allah SWT Sentiasa merahmatinya,” ujar netizen.
Pengguna media sosial yang lain turut bersetuju dengan Nubhan kerana kesabaran yang tinggi sangat diperlukan jika membawa golongan warga emas berjalan-jalan terutamanya bagi perjalanan yang agak jauh.
“Kalau berjalan dengan orang tua ni kena bayak bersabar dan bawa apa yang perlu sebagai persediaan seperti minyak angin, tisu kering, tisu basah dan biskut untuk alas perut kalau mereka lapar,” kata netizen.
Orang ramai turut berpesan kepada orang ramai agar berbakti kepada kedua ibu bapa selagi mereka masih bernyawa.

Semoga kita semua dimurahkan rezeki untuk berpeluang membahagiakan ibu bapa kita selagi mereka masih bernyawa.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
