Now Reading
[Video] Anak Murid Hadiahkan Cikgu TV Selepas Dapat ‘A’ Subjek SPM 2023

[Video] Anak Murid Hadiahkan Cikgu TV Selepas Dapat ‘A’ Subjek SPM 2023

Difahamkan, guru dikenali sebagai Sir Izz itu memang akrab dengan calon-calon SPM 2023 sejak mengajar mereka subjek Landskap dan Nurseri dari tingkatan 4.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui kelmarin (27 Mei), keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telahpun diumumkan. Seramai 11,713 calon SPM 2023 atau 3.1% memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.

Ekoran keputusan cemerlang yang dicapai oleh para murid, ramai ahli keluarga dilihat telah menyambut kejayaan tersebut dengan memberikan hadiah.

Selalunya, ibu bapa atau guru akan memberikan hadiah sebagai tanda penghargaan atas usaha pelajar yang bersungguh-sungguh untuk menjawab peperiksaan berkenaan. Namun lain pula dengan seorang cikgu ini apabila dia pula diberikan hadiah.


Anak Murid Beri Hadiah TV Kepada Cikgu Selepas Skor A Subjek SPM

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@izzhuznie), menyaksikan sekumpulan murid lelaki membuat kejutan untuk guru kesayangan selepas mendapat skor A untuk subjek Landskap dan Nurseri.

Menerusi video perkongsian, kelihatan murid tersebut sedang mengusung sebuah televisyen ke rumah guru mereka dikenali sebagai Sir Izz Husni.

Difahamkan pemberian hadiah tersebut adalah kerana mereka tahu televisyen milik guru mereka sudah semakin rosak.

Televisyen sedia ada di rumah yang berusia lebih 10 tahun itu mempunyai masalah pencahayaan LED dan hanya boleh dengar bunyi sahaja. Bak kata guru itu, “TV saya nyawa-nyawa ikan.”

@izzhuznie Kejutannnn! Tuwdiaaaa depa tau tv umah sir nyawa nyawa ikan! Sekali nahhhhhhh bawak mai sungguh ! Tahniah untk A landksp&nurseri!! Tq for TV 📺 #tv#pov#fyp#hadiah#gawai#tiktokcikgu#happygawai#erasarawak#fypppp ♬ original sound – Izz huznie idraqie

Sir Izz Rapat Dengan Anak Murid

Pemberian yang tidak disangka itu membuatkan Sir Izz berasa syukur atas hadiah daripada calon-calon SPM 2023 berkenaan.

Bukan sahaja mengangkat televisyen tersebut ke rumah guru mereka, malah murid-murid juga telah menolong Sir Izz untuk memasang peralatan elektrik itu walaupun sudah waktu malam.

Sir Izz ketika dihubungi TRP berkata, dia memang rapat dan akrab dengan anak murid subjek Landskap dan Nurseri sejak tingkatan 4 hinggalah masuk ke tingkatan 5.

Sumber: TikTok (@izzhuznie)

Sir Izz juga dikatakan sering meluangkan masa bersama anak didiknya walaupun selepas waktu persekolahan. Bahkan anak-anak murid itu sering datang ke rumah untuk makan bersama.

Mungkin pemberian hadiah berkenaan adalah sebagai tanda terima kasih mereka kepada guru yang sudah banyak mengajar.

Sumber: TikTok (@izzhuznie)

Netizen Anggap Cikgu Izz Guru Kesayangan Pelajar

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat bahawa Sir Izz merupakan guru kegemaran ramai murid di sekolah.

“Cikgu kesayangan ni. Tahniah, berkat cikgu anak-anak murid dapat A (subjek Landskap dan Nurseri),” ujar seorang individu.

Malah ramai juga dilihat memuji sikap baik hati para pelajar yang menghargai jasa guru tersebut selepas mendapat gred cemerlang untuk subjek SPM.

“Alhamdulillah anak murid yang menghargai jasa gurunya. Tahniah,” kata seorang pengguna TikTok.

Sementara itu ada juga yang berkata pemberian hadiah yang agak ‘mewah’ untuk individu bergelar murid menunjukkan betapa sayangnya mereka kepada guru berkenaan.

“Itu tanda Sir adalah guru yang berada di hati murid,” jelas seorang wanita.

Sumber: TikTok (@izzhuznie)

Baca Artikel Berkaitan: Guru Sekolah Terima Hadiah Rantai RM32K. Si Pemberi Perjelas Ingin Balas Budi & Jasa

Baca Artikel Berkaitan: Cikgu Terharu Bekas Pelajar 12 Tahun Lalu Masih Beri Hadiah Ketika Sambutan Hari Guru

Baca Artikel Berkaitan: “Adik Dah Besar” – Anak Nangis Lepas Bapa Hadiahkan Telefon Pertama Sempena Tamat SPM


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd