Now Reading
“Berderau Darah Kami!” – Ibu Kongsi Kisah Cemas Anak Autistik Panjat Balkoni Kerana Mahu Ke Rumah Jiran

“Berderau Darah Kami!” – Ibu Kongsi Kisah Cemas Anak Autistik Panjat Balkoni Kerana Mahu Ke Rumah Jiran

Menurut si ibu dikenali sebagai Sarah Suhaimi, anak autistiknya berumur 14 tahun itu telah bertindak memanjat pagar di balkoni pangsapuri untuk pergi ke rumah jiran di sebelah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat mereka yang mempunyai anak-anak autistik, pasti anda tahu bahawa mereka mempunyai ragam dan perangai mereka tersendiri, lain daripada kanak-kanak biasa.

Bahkan golongan yang menghidap autisme juga perlu diberikan perhatian yang lebih terhadap segala tingkah laku dan aktiviti mereka tidak kisah di mana pun mereka berada.

Hal ini kerana, perhatian yang kurang terhadap anak autistik mampu mengundang bahaya kerana kadangkala mereka tidak menyedari apa yang dilakukan oleh diri sendiri.


Wanita Bimbang Anak Panjat Balkoni Pangsapuri Untuk Ke Rumah Jiran

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@sarahnursuhaimi) apabila seorang ibu dikenali sebagai Sarah berkongsi detik cemas apabila anak lelakinya melakukan sesuatu perkara yang membahayakan keselamatan.

Jelasnya, anaknya Caliph yang juga autistik telah memanjat pagar di balkoni pangsapuri dan berjalan ke rumah jiran di sebelah.

Melihat kepada ketinggian pangsapuri tersebut, perkara yang dilakukan oleh si anak berumur 14 tahun itu sememangnya boleh mengundang bahaya.

Namun nasib menyebelahi Caliph kerana tiada perkara buruk berlaku dan dia berada dalam keadaan selamat.

Sumber: TikTok (@sarahnursuhaimi)

Selepas kejadian tersebut, Sarah bertanya kepada Caliph tentang apa yang terjadi. Situasi tersebut bukan sahaja membuatkan si ibu berasa risau, malah pembantu rumah juga dikatakan menangis sewaktu melihat anak lelaki tersebut memanjat dan berjalan di balkoni.

Pun begitu, Caliph kelihatan tenang seperti tiada apa yang berlaku. Ia mungkin juga disebabkan Caliph tidak menyedari bahawa tindakan tersebut sebenarnya bahaya untuk keselamatan.


Si Ibu Beri Pesanan Untuk Tidak Lagi Panjat Balkoni

Sarah berkata dia tidak mahu marah Caliph secara berlebihan kerana risau si anak akan tantrum. Wanita tersebut dalam masa sama mengingatkan Caliph untuk tidak mengulangi perkara sama di kemudian hari kerana berisiko jatuh dari tingkat pangsapurinya yang tinggi.

Di akhir perkongsian, Caliph juga telah meminta maaf sambil mengukirkan senyuman kepada ibu yang sedang meluahkan kerisauannya.

@sarahnursuhaimi Korang rasa nak marah tak? 🙄 #Autism #autismawareness #autismmalaysia #caliphautismjourney #kasihiautism #autismmom #anaksyurga #sarahsuhaimi Ni video selepas kejadian…. @Sarah Suhaimi ♬ original sound – Sarah Suhaimi

Netizen Luah Rasa Bimbang Tentang Kejadian Caliph Jalan Di Balkoni

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan kebimbangan mendengar perkongsian Sarah tentang anaknya.

“Jangan kata bibik, pak cik dengar pun dah seriau badan. Semoga Allah lindungi ahli syurga ni,” ujar seorang lelaki.

Malah ada yang berkata Caliph berkemungkinan akan melakukan perkara sama pada masa akan datang justeru harus meningkatkan tahap keselamatan.

“Sekali dah berani buat, ada potensi dia buat lagi. Tolong pasang jaring tinggi sampai ke atas. Kalau tidak boleh sebab kebakaran, pasang yang ada kunci,” kata seorang wanita.

Seorang ibu yang juga mempunyai anak autistik juga berkongsi kelakuan si anak yang tidak mempunyai rasa takut terhadap sesuatu perkara.

“Mereka (individu autisme) menang tiada rasa takut. Anak saya pun sama. Semoga anak akak dilindungi Allah di mana sahaja dia berada,” jelas seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@sarahnursuhaimi)

Ciri-ciri Individu Autistik

Memetik Hello Doktor, keadaan autisme adalah kecacatan perkembangan yang kompleks, biasanya muncul semasa tiga tahun pertama kehidupan disebabkan oleh gangguan neurologi. Gangguan tersebut kemudiannya akan mempengaruhi fungsi otak.

Berikut kami kongsikan beberapa ciri-ciri individu autistik. Antaranya:

  • Tidak menyedari orang yang berada di sekeliling.
  • Kurang tertarik dengan perkara yang sedang berlaku.
  • Tidak suka dipegang, disentuh atau dipeluk.
  • Mempunyai masalah untuk memahami sesuatu perasaan.
  • Mengulangi ayat atau frasa yang sama berulang kali.
  • Mempunyai kesukaran untuk meluahkan keinginan.
  • Tidak memahami sesuatu arahan dengan mudah.
  • Mengelakkan pandangan dengan individu lain.
  • Bertindak balas secara luar biasa terhadap visual, bau dan bunyi.

Baca Artikel Berkaitan: Bapa Terkilan Anak Autisme Dikasari Pengetua Di Pusat Jagaan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Dia Cuma Tak Matang” – Lelaki Autisme Miliki PHD Terangkan Tentang Fiqh Autism Raih Pujian Ramai

Baca Artikel Berkaitan: Remaja Autisme Ini Hafal 30 Juzuk al-Quran Dalam Masa 18 Bulan Sahaja


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd