Now Reading
[Video] Tak Boleh Bawa Kucing Ke Majlis Kahwin, Keluarga Cetak Potret Si Bulus Bersaiz Besar Untuk Sesi Photoshoot

[Video] Tak Boleh Bawa Kucing Ke Majlis Kahwin, Keluarga Cetak Potret Si Bulus Bersaiz Besar Untuk Sesi Photoshoot

Ahli keluarga pengantin telah mencetak gambar-gambar muka kucing peliharaan bersaiz besar untuk bergambar sekali sewaktu acara bergambar di majlis persandingan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui majlis perkahwinan merupakan detik menggembirakan buat pasangan mempelai meraikan hari istimewa tersebut bersama keluarga dan kenalan terdekat.

Kadangkala, ada sahaja perkara yang lain daripada lain berlaku sewaktu majlis perkahwinan berlangsung.

Seperti sebelum ini, pasangan ini tular di media sosial selepas pengantin lelaki memakai kostum wira Ultraman Taro ketika majlis persandingan.

Baca Artikel Berkaitan: Pengantin Lelaki Bersanding Pakai Kostum Ultraman Jadi Perhatian Ramai [Video]


Cetak Gambar Kucing Peliharaan Bersaiz Besar Untuk Bergambar Sekali

Tidak terhenti di situ sahaja, kali ini kelibat haiwan peliharaan pula dilihat berada di majlis perkahwinan.

Menerusi satu hantaran yang tular di laman TikTok (@hazmie.emceesg), seorang juruacara dikenali sebagai Hazmie telah berkongsi momen-momen gembira pasangan pengantin ketika majlis persandingan berlangsung.

Kebiasaannya, para tetamu akan dijemput ke pelamin untuk bergambar sekali dengan pasangan pengantin. Selain gambar formal, mereka juga akan mengambil gambar berkonsepkan gaya bebas (free style).

Namun tidak lengkaplah gambar keluarga tanpa haiwan pelihara di sisi. Bak kata pencinta haiwan, makhluk tersebut juga dianggap sebagai salah satu ahli keluarga.

Oleh disebabkan haiwan peliharaan tidak dapat dibawa kerana kekangan lokasi (venue constraints), keluarga pengantin telah berfikir secara kreatif dengan mencetak potret setiap kucing peliharaan di rumah dan melekatkannya pada batang kayu.

Ia kemudian digunakan sebagai prop semasa acara bergambar berlangsung.

Sumber: TikTok (@hazmie.emceesg)

Lebih mencuit hati orang ramai adalah gambar kucing-kucing berkenaan dicetak dengan saiz ‘giant’, lebih besar daripada kepala setiap orang di sana. Memang comel!

@hazmie.emceesg

Your cat is part of your family but they are not welcome to your wedding due to venue constraint? This is the most creative way to bring them in without literally bringing them! Haha

♬ original sound – Emceesg

Netizen Terhibur Dengan Idea Kreatif Ahli Keluarga

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat terhibur dengan idea kreatif pengantin dan ahli keluarga dalam ‘menyelitkan’ sekali si bulus kesayangan dalam gambar.

“Muka majikan (kucing) lagi besar dari muka bibik (pemilik haiwan) ya. Punyalah nak kasi nampak dalam gambar. Comel sangat!” jelas seorang warganet.

Ada juga yang berkata situasi tersebut bagaikan para peminat kucing sedang melakukan perjumpaan di sebuah majlis.

“Dah macam fan meeting kucing. Comel!” kata seorang wanita.

Malah ramai juga individu berminat dengan idea berkenaan dan berniat untuk melakukan perkara sama sewaktu majlis pekahwinan mereka pula.

“The bulus! Semestinya akan buat macam ni waktu saya kahwin nanti,” ujar seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@hazmie.emceesg)

Buat pencinta kucing di luar sana, bolehlah masukkan idea ni dalam senarai untuk dilakukan semasa hari istimewa anda pula.

Baca Artikel Berkaitan: Si Bulus ‘Makan Angin’ Atas Kereta Bergerak Buat Orang Ramai Terhibur

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Material Meow” – Wanita Sanggup Beli Rantai Kucing LV Buat Si Bulus Kesayangan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Netizen Terhibur Tengok Kucing Tolong Budak Kecil Buka Pintu


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd