Now Reading
[Video] “Ingatkan John Wick Tadi” – Lelaki Mirip Keanu Reeves Di Thailand Tarik Perhatian Ramai

[Video] “Ingatkan John Wick Tadi” – Lelaki Mirip Keanu Reeves Di Thailand Tarik Perhatian Ramai

Lelaki dengan wajah mirip Keanu Reeves itu merupakan rakyat Jerman bernama Andreas Kalis yang berkahwin dengan wanita Thailand dikenali sebagai Kanchalee Phromma.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Orang kata, kita sebenarnya ada tujuh ‘pelanduk dua serupa’ iaitu wajahnya mirip atau hampir serupa seperti kita. Betul ke tidak itu, wallahualam.

Kalau ada yang kata muka korang macam artis terkenal, bolehlah tumpang bangga sikit. Jika ada rezeki, mana tahu boleh juga dapat tawaran bekerja.

Salah seorang individu yang mempunyai wajah serupa adalah pelakon terkenal Hollywood iaitu Keanu Reeves yang popular dengan watak John Wick.


Lelaki Warga Jerman Jadi Perhatian Ramai Kerana Wajah Mirip Keanu Reeves

Menerusi beberapa video tular yang dimuat naik di laman TikTok (@tuktiklife), kelihatan seorang lelaki di Thailand menjadi tumpuan ramai di platform berkenaan kerana memiliki wajah hampir serupa dengan Keanu Reeves.

Dalam video-video yang dimuat naik, lelaki berkenaan melakukan pelbagai jenis pekerjaan seperti membancuh minuman di pasar, menjual sotong bakar menggunakan motosikal, mencuci pinggan dan sebagainya.

Lebih menghiburkan lagi, lelaki tersebut juga sering diajak oleh orang awam untuk bergambar ketika berada di tempat umum.

Ketika sedang mencuci pinggan di lantai pun ada yang ajak bergambar. Memang popular sungguh.

Ketiga-tiga video di bawah ini mempunyai jutaan tontonan sehingga ada yang meraih 7.8 juta view setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@tuktiklife/video/7372206401336184096?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=6967153737346041346

Netizen Terhibur Lihat Wajah Warga Jerman Ini Ibarat ‘Kembar’ Keanu Reeves

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen menyamakan perwatakan lelaki di Thailand itu dengan karakter John Wick dalam filem popular lakonan Keanu Reeves.

Siap ada yang kata lelaki tersebut berpotensi dan sesuai untuk menjadi pelakon ‘stunt’ bagi mengantikan Keanu Reeves dalam melakukan aksi lasak dan berbahaya.

Pada masa sama, seorang netizen pula sempat membuat gurauan kononnya individu berkenaan adalah John Wick ketika berdepan ekonomi yang mencabar.

Sumber: TikTok

Siapa Sebenarnya Lelaki Ini?

Memetik laporan Khaosod Online, lelaki berwajah seperti John Wick itu bernama Andreas Kalis dan merupakan seorang warga Jerman yang telah berkahwin dengan wanita Thailand yang dikenali sebagai Kanchalee Phromma berumur 49 tahun.

Sumber: TikTok @tuktiklife

Difahamkan isterinya itu adalah pemilik akaun TikTok yang tular itu.

Difahamkan mereka berkenalan menerusi aplikasi temu janji sebelum berkahwin pada empa tahun lalu dan kini tinggal di wilayah Nakhon Ratchasima.


Siapa Pula Keanu Reeves?

Keanu Reeves adalah pelakon Hollywood terkenal yang dilahirkan di Beirut, Lubnan pada 2 September 1964 dan kini telah berusia 60 tahun.

Berketinggian 1.86 meter, Keanu mula dikenali ramai selepas kejayaannya dalam memegang watak Ted Theodore Logan dalam filem Bill & Ted’s Excellent Adventure pada tahun 1989.

Sumber: Instagram @keaanuureves

Antara watak ikonik yang sering dipegang olehnya dan diingati sehingga kini adalah menerusi filem bersiri John Wick yang mula ditayangkan pada tahun 2014.

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Mirip Wajah Pelakon Vin Diesel Jadi Tumpuan Netizen

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Ingatkan Dominic Toretto Tadi” – Netizen Terkejut Tengok Muka Peniaga Bazar Ramadan ‘Sebiji’ Macam Vin Diesel


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd