Netizen Kecam Pelajar Buat Assignment Di Kedai Serbaneka, Ditegur Staf Pun Tiada Respon
Individu dipercayai pelanggan di Family Mart itu merungut kerana ruangan tempat duduk yang sempit itu menjadi pilihan pelajar universiti untuk melakukan tugasan mereka bersama komputer riba.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum sedia maklum, setiap pelajar universiti pastinya akan diberikan pelbagai jenis tugasan mengikut subjek oleh pensyarah mereka bagi membolehkan seseorang lulus dan boleh bergraduasi dengan jayanya.
Selain melakukan ‘assignment’ di dalam bilik asrama, ada juga sesetengah individu yang memilih untuk melakukannya di persekitaran berbeza daripada kebiasaan.
Sebelum ini restoran makanan segera terkenal menjadi pilihan para pelajar universiti. Namun disebabkan restoran berkenaan telah diboikot, maka lokasi lain pula menjadi ‘sasaran’ mereka.
Pelajar Dikecam Buat Assignment Dalam Kedai Serbaneka
Menerusi gambar tangkap layar yang dimuat naik semula di laman X (@isusemasaviral), satu hantaran dipercayai dalam sebuah laman Facebook ‘Saya Anak Perlis’ telah menunjukkan reaksi kurang senang terhadap tindakan beberapa pelajar universiti.
Dalam hantaran tersebut, individu yang dipercayai pelanggan di kedai serbaneka tersebut membuat rungutan kerana ruangan tempat duduk yang sempit itu menjadi pilihan pelajar universiti melakukan tugasan mereka bersama komputer riba.

Ketika ditanya kepada mereka tentang tempoh mahu menggunakan meja berkenaan, katanya lama lagi walaupun kelihatan tiada makanan di atas meja.
“Tempat sempit juga la nak buat assignment. Bila tanya lama lagi ke, family kita nak makan. Selamba jawab lama lagi bang, saya tengah siapkan assignment,” kata netizen.
Tambah individu yang memuat naik hantaran asal itu lagi, meskipun sudah ditegur oleh pekerja di kedai tersebut, pelajar-pelajar berkenaan dipercayai tidak memberikan sebarang respon.
“Staf tegur pun tak jalan, buat keras je kat situ. Kalau macam ni orang Perlis kata ketegaq (degil),” katanya.
Susulan itu, individu terbabit meminta agar pihak kedai serbaneka tersebut lebih cakna dengan isu yang berlaku ini.
Dulu mekdi sekarang family mart pic.twitter.com/Caj27SaBY7
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) May 27, 2024
Netizen Pertikai Tindakan Pelajar Buat Assignment Di Kedai Serbaneka
Rata-rata netizen yang melihat situasi tersebut turut mempertikaikan tindakan kumpulan pelajar berkenaan yang memilih kedai serbaneka sebagai lokasi untuk menyiapkan tugasan.
Ini kerana keadaan tersebut akan mengakibatkan pelanggan di kedai terbabit tidak mempunyai tempat duduk bagi menikmati juadah mereka.
“Common sense lah tempat duduk Family Mart dah lah tak banyak,” kata netizen
Ada juga netizen yang mempersoalkan sama ada tempat pengajian mereka tidak menyediakan perpustakaan sehingga terpaksa melakukan assignment di luar kawasan tempat belajar.
Dalam pada itu, seorang netizen pula berpendapat bahawa pihak universiti juga perlu memainkan peranan penting dalam menyediakan perpustakaan yang selesa dan lengkap untuk digunakan.

Tak salah kalau sekali-sekala nak ‘tukar angin’ buat kerja di luar, tapi biarlah bertempat dan bergantung kepada keadaan.
Memang best dapat buat kerja di tempat sejuk, tetapi sekiranya lokasi tersebut penuh dengan pelanggan yang sedang beratur untuk menunggu meja makan, berilah kepada mereka.
Pada masa sama, pihak universiti juga boleh meningkatkan lagi kualiti perpustakaan dan ruangan belajar agar lebih mengalakkan pelajar untuk memanfaatkan kemudahan yang disediakan.
Baca Artikel Berkaitan: Bakal Genggam Ijazah, Gadis Bangga Kumpul 6 Baju Kerja Sambilan Demi Timba Pengalaman
Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Dedah Pernah Dibuang Dari Group Assignment Kerana Enggan Hadir Meeting Di Pub
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.