Now Reading
Lelaki Minta Netizen Hati-hati, Ada Individu Didakwa Cuba Scam Minta ‘Gift’ TikTok Seolah Berada Di Rafah

Lelaki Minta Netizen Hati-hati, Ada Individu Didakwa Cuba Scam Minta ‘Gift’ TikTok Seolah Berada Di Rafah

Kelihatan individu tersebut sedang melakukan ‘live’ TikTok di sebuah kawasan perkhemahan seolah-olah berada di sempadan Rafah, Palestin.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui, genosid di Palestin oleh Angkatan Pertahanan Israel (IDF) masih lagi berlaku sehinggalah ke hari ini.

Terbaharu, peluru berpandu Israel yang disasarkan pada waktu malam di Rafah telah menyebabkan kebakaran sekaligus memusnahkan khemah-khemah di sana. Insiden tersebut telah membunuh sekurang-kurangnya 45 orang, lapor Al-Jazeera.

Susulan kekejaman yang berterusan, orang ramai serata dunia telah menunjukkan sokongan mereka melalui pelbagai cara sebagai contoh memboikot produk yang terpalit dengan rejim Zionis, menyebarkan kesedaran tentang isu melanda, memberi sumbangan dan sebagainya.

Pun begitu, ada juga individu mengambil kesempatan dalam kesulitan yang sedang berlaku.


Lelaki Didakwa Perdaya Netizen Seolah Berada Di Rafah, Scam Minta Gift TikTok

Seperti baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter @pudynzayn) apabila seorang lelaki dikenali sebagai Pudyn mengingatkan orang ramai khususnya pengguna TikTok untuk berhati-hati dalam memberi sumbangan.

Menerusi video dikongsi, kelihatan seorang lelaki sedang membuat siaran langsung di laman TikTok dengan latar belakang tapak khemah yang banyak seolah-olah sedang berada di sempadan Rafah, Palestin.

Dakwa Pudyn, lelaki tersebut menggunakan taktik tersebut bagi memperdaya netizen untuk memberikan ‘gift’ TikTok yang kemudiannya boleh ditukar kepada bentuk wang.

Tambah lelaki tersebut, adalah tidak munasabah untuk seseorang yang sedang berada di kawasan yang berlakunya genosid boleh melakukan siaran langsung di TikTok Live.


Individu Siarkan Semula Banyak Konten Tentang Wanita

Bagi mengukuhkan dakwaan berkenaan, Pudyn juga mendedahkan segala konten repost (siarkan semula) di laman TikTok di mana individu itu banyak berinterkasi dengan video yang melibatkan wanita.

Menerusi tangkap layar tersebut, kebanyakan konten yang disiarkan semula adalah dari Asia Tenggara.

Namun sejauh mana kebenaran dakwaan itu tidaklah kami ketahui.

Sumber: X (@pudynzayn)

Netizen Kongsi Ramai Individu Lakukan Taktik Scam Yang Sama Di TikTok

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen bersetuju dengan perkara yang diperkatakan oleh Pudyn tentang taktik scam yang semakin giat dijalankan.

“Dah lama aku perhati puak-puak tunggang sedekah dengan buat live. Tertanya mana mereka nak tebus gift. Celah mana kau boleh buat live dengan internetnya (yang terbatas). Tak sempat bang, sana huru-hara Ya Allah,” jelas seorang individu.

Malah ada juga yang berkata, individu tidak bertanggungjawab telah mengunakan kanak-kanak untuk meraih simpati orang ramai agar dihulurkan sedekah.

“Aku memang dari dulu persoalkan mereka ni. Tengah berperang sempat nak live TikTok minta gift. Cakap (bahasa) Arab, zikir dan guna budak-budak untuk raih simpati,” ujar seorang lelaki.

Sementara itu, ramai juga berpendapat rakyat Malaysia ini terlalu bermurah hati dan mudah terpedaya sehingga memberikan sedekah kepada individu tidak sepatutnya.

“Ni dari dulu lagi dan kebanyakan orang Malaysia yang sangat bermurah hati bagi gift. Dulu siap bawa anak, tak pasti orang yang sama atau tidak. Tetapi melampau juga orang Malaysia ni senang betul kena tipu,” kata seorang pengguna X.

Sumber: X

NGO Dipercayai Untuk Salur Bantuan Kepada Rakyat Palestin

Sekiranya anda berniat untuk membantu rakyat Palestin yang terkesan, anda boleh menghulurkan sumbangan kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang boleh dipercayai. Antaranya:

Baca Artikel Berkaitan: Berjaya Food Catat Kerugian Bersih RM42.58 Juta, Boikot Antara Punca Utama

Baca Artikel Berkaitan: Berganding Bahu, Khairul Aming & Sofyank Hasilkan Video Beri Gambaran Keadaan Di Palestin

Baca Artikel Berkaitan: “All Eyes On Rafah, Who’s That?” – Ning Baizura Teruk Dikecam, Didakwa Tak Cakna Isu Di Palestin [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd