Tindakan Lelaki Tekan Hon Kereta Tanpa Henti Gara-gara ‘Disidai’ Rakan Dikecam Orang Ramai
Pemandu kereta dilihat membunyikan hon tanpa henti selain menekan pedal minyak hingga menyebabkan bunyi bising melampau di sebuah kawasan perumahan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Apabila berada di sebuah kawasan kejiranan, banyak perkara yang perlu dititik beratkan seperti menjaga ketenteraman sekitar.
Sebagai contoh, jika ada jiran membuat bising hingga menggangu orang lain, risau perbalahan pula akan terjadi.
Seperti sebelum ini, dua orang lelaki yang tinggal di sebuah pangsapuri telah bergaduh selepas salah seorang daripadanya membuat bunyi bising.
Baca Artikel Berkaitan: [Watch] Stick It To Your Neighbour: Fist Fight Between Chinese And Indian Neighbours In Apartment Complex
Individu Tekan Hon Tanpa Henti Di Sebuah Kawasan Perumahan
Baru-baru ini, tular satu video TikTok memperlihatkan seorang lelaki membunyikan hon keretanya tanpa henti di hadapan sebuah kediaman sekitar kawasan perumahan.
Difahamkan, pemandu tersebut telah ‘disidai’ oleh rakannya walaupun sudah dihubungi berkali-kali.
“Cara yang sebenar. Jenis panggil tak jalan, call tak angkat,” tulisan yang tertera pada klip video berkenaan.
Bukan sahaja menekan hon berterusan, tetapi individu itu juga telah menekan pedal minyak sehingga menghasilkan bunyi ekzos yang kuat.
Video tersebut yang telah dipadam namun dimuat naik semula di laman Facebook Syafiq Kyle II menarik perhatian ramai.
Pemandu Hon Tak Henti Undang Kecaman
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat berang dengan tindakan pemandu tersebut.
“Aku cukup pantang macam ni (hon kereta dengan lama). Tiada hormat langsung. Kurang ajar, tu je nak cakap,” kata seorang wanita.
Selain itu ada yang menyifatkan tindakan tersebut boleh mengganggu ketenteraman jiran tetangga yang tinggal di kawasan tersebut.
“Orang sekarang bangga bila buat dosa. Bunyi hon kuat menyusahkan jiran. Lepas itu post dekat media sosial dengan bangga lepas berjaya mengganggu jiran-jiran. Jiran kau tak terlibat pun,” jelas seorang lelaki.
Selain itu ada yang berpendapat ia akan mengganggu jiran yang mempunyai kanak-kanak kecil lebih-lebih lagi bayi.
“Pelik manusia zaman 2024 ni. Benda macam ni pun boleh buat lawak. Cuba fikir dalam kawasan tu ada yang nak rehat, baby nak tidur ke,” ujar seorang netizen.
Buat Bunyi Bising Hingga Ganggu Jiran Boleh Didenda
Untuk info, mengganggu ketenteraman jiran seperti membuat bising yang melampau merupakan satu kelakuan jenayah.
Memetik hantaran Facebook Polis Diraja Malaysia, setiap individu boleh melaporkan aduan kepada pihak polis ekoran bunyi bising yang mengganggu anda apabila berada di rumah.
Kelakuan membuat bising melampau termasuklah bermain mercun, menekan rem motor dengan kuat, bergelak ketawa, memasang muzik dan sebagainya.
Mana-mana individu yang membuat bunyi bising secara keterlaluan boleh didakwa di bawah Seksyen 13(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.
Akta tersebut memperuntukkan denda tidak melebihi RM100, jika individu disabit kesalahan.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Jiran Ganggu Rumah Lelaki Bujang Tengah Malam, Ajak Buat Benda Tak Senonoh
Baca Artikel Berkaitan: “Tak Beradab!” – Lelaki Berang Ada Jiran Parkir Kereta Sesuka Hati Depan Pagar Rumah Hingga Halang Laluan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram