Now Reading
“Taubat Angkat Berat” – Wanita Tak Dapat Gerakkan Badan Selepas Salah Teknik Angkat Sofa

“Taubat Angkat Berat” – Wanita Tak Dapat Gerakkan Badan Selepas Salah Teknik Angkat Sofa

Wanita dikenali sebagai Kak Paten itu berkata, keadaannya bertambah teruk gara-gara keadaan skoliosis yang dilalui.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat golongan suri rumah di luar sana, mengurus rumah mungkin sudah menjadi rutin harian anda.

Selain memasak untuk ahli keluarga, anda juga akan membersih dan menghias rumah termasuk mengalih serta mengangkat perabot yang berat.

Pun begitu, adakah anda tahu bawa mengangkat barangan berat dengan teknik yang salah mampu memudaratkan kesihatan?


Wanita Tak Boleh Bergerak Lepas Cuba Angkat Sofa Berat

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@kakpaten_kp) apabila seorang wanita dikenali sebagai Kak Paten berkongsi kisah dirinya tidak boleh bergerak selama 4 jam selepas mengangkat sofa di rumah.

“Salah teknik kot terus tangkap belakang pinggang,” kata Kak Paten.

Selepas dikejarkan ke hospital dan mendapatkan rawatan, baru Kak Paten boleh berjalan.


Keadaan Bertambah Buruk Kerana Hidap Skoliosis

Walaupun sudah dapat berjalan secara perlahan-lahan, wanita berkenaan masih mengadu kesakitan. Keadaannya dilihat memburuk selepas dia berasa pening dan muntah beberapa kali ketika bangun pada waktu pagi.

Menurut konsultasi doktor, simptom tersebut adalah disebabkan gangguan pada saraf urat wanita tersebut.

Selain itu, kesakitan dialami juga terdorong daripada keadaan skoliosis yang dialami oleh Kak Paten.

Keadaan tulang Skoliosis. Sumber: Pexels

Buat anda yang tidak tahu, skoliosis adalah satu keadaan di mana tulang belakang membengkok secara berlebihan pada arah yang tidak betul.

Memetik Hello Doktor, darjah lengkungan tulang belakang akan dikira dengan darjah sudut. Lebih luas sudut tersebut, lebih tinggi risiko skoliosis bertambah teruk.

Wanita itu dalam masa sama mengharapkan kenalan di TikTok boleh mendoakan agar dirinya kembali pulih seperti biasa.

@kakpaten_kp

doakan kp tau…ramai doakan alhamdulillah syg smua

♬ Heartbeat (From "Kal Ho Naa Ho") (Instrumental) – Shankar Ehsaan Loy

Netizen Kongsi Pengalaman Sama Selepas Angkat Barang Berat

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen telah berkongsi pengalaman lebih kurang sama dilalui oleh mereka ketika mengangkat objek berat.

“Macam saya alihkan katil di bilik. Katil dulu-dulu kan jenis kayu berat, lepas itu salah angkat terus tak boleh tegakkan badan,” kata seorang wanita.

Malah ada yang berkata keadaan tersebut mengambil masa untuk kembali pulih.

“Saya pernah macam ini. Buat rawatan dan terapi ambil masa beransur pulih,” ujar seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@kakpaten_kp)

Tanda Awal & Kesan Jika Lambat Buat Rawatan Skoliosis

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula, tanda awal penghidap Skoliosis adalah paras bahu, payu dara, pinggang dan punggung tidak sama tinggi.

Jika tidak dirawat, ia akan mengakibatkan:

  • Kecacatan kosmetik
  • Gangguan fungsi jantung dan paru-paru
  • Masalah saraf
  • Sakit belakang berpanjangan

Baca Artikel Berkaitan: Tular Video Murid Hampir Jatuh Masa Angkat Beg Berat Naik Tangga, Netizen Mahu Isu Ini Segera Diselesaikan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd