Now Reading
Tahukah Anda, Malaysia Sambut 6 Perayaan Pada Minggu Lepas?

Tahukah Anda, Malaysia Sambut 6 Perayaan Pada Minggu Lepas?

Minggu ini pada bulan April, Malaysia menyambut enam perayaan walaupun tidak kesemuanya diiktiraf sebagai cuti umum.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Malaysia sememangnya terkenal kerana memiliki banyak cuti umum dan perayaan oleh disebabkan kepelbagaian budaya dan agama di negara ini.

Buktinya, enam perayaan telah diraikan pada minggu lepas.

via GIPHY

Menteri Perpaduan Kebangsaan Datuk Aaron Ago Dagang menerusi satu ciapan di laman X (Twitter) miliknya menjelaskan bahawa kepelbagaian di Malaysia adalah aset yang paling berharga.

Dan untuk rekod, enam perayaan yang diraikan minggu lepas di Malaysia adalah:

  1. Hari Raya Aidilfitri (10 – 11 April)
  2. Ugadi juga dikenali sebagai Tahun Baru Telugu (9 April)
  3. Tahun Baru Tamil juga dikenali sebagai Puthandu (14 April)
  4. Vaisakhi (13 April)
  5. Hari Vishu juga dikenali sebagai Tahun Baru Malayalee (14 April)
  6. Songkran (13 – 15 April)

Beliau dalam masa yang sama turut merungkaikan sejarah untuk setiap perayaan yang disambut di Malaysia minggu lepas.

Baca penuh di bawah:


#1. Hari Raya Aidilfitri

Disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah atau Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang disambut oleh umat Islam. Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab (kiraan).

BACA JUGA: Ini 4 Amalan Tradisi Yang Tak Wajib Buat Semasa Raya, Kalau Nak Buat Pun Tiada Masalah

#2. Sambutan Ugadi

Bagi orang keturunan Telugu, sambutan tahun baharu ialah Ugadi yang berasal daripada kata “yugadi” iaitu gabungan “yuga” (tempoh masa) dan “adi” (permulaan).

Di Malaysia, Ugadi diraikan masyarakat Telugu. Di negara India pula, Ugadi atau Yugadi disambut orang keturunan Telugu, Tulu, Kodava dan Kannada di negeri Andra Pradesh, Telangana, Karnataka dan Goa.

#3. Tahun Baru Tamil

Sambutan tahun baharu kaum India yang lebih dikenali di Malaysia ialah Chittirai Puttandu iaitu sambutan komuniti Tamil. Perhatian yang lebih diberi kepadanya kerana majoriti kaum India di negara ini keturunan Tamil. Tarikh perayaan ditetapkan dengan kitaran suria dalam takwim Hindu, seperti hari pertama bulan Tamil Chithirai.

#4. Vaisakhi

Vaisakhi dalam Bahasa Panjabi iaitu ਵਸਾਖੀ (vaisākhī) dan juga dikenali sebagai Baisakhi. Perayaan ini adalah pesta menuai di Punjab dan ia juga menandakan bermulanya tahun menuai baru dan musim suria baru.

Perayaan ini disambut oleh masyarakat sikh.

Perayaan ini dinamakan Vaisakhi kerana masyarakat ini percaya bahawa vaisakhi ini dikatakan diasaskan oleh Guru Amar Das pada tahun 1567. Pada hari ini semua penganut sikh akan berkumpul untuk mendapat restu daripada guru-guru mereka.

Hari Vaisakhi ini disambut pada 13 April setiap tahun kerana ia dianggap sebagai hari lahir bagi undang-undang Khalsa ( suci) yang diamalkan oleh masyarakat ini.

#5. Hari Vishu

Sambutan tahun baharu bagi orang Malayali dikenali sebagai Vishu dan jatuh pada 14 April juga. Di Malaysia, ia lebih merupakan sambutan secara kecil-kecilan bersama ahli keluarga. Keunikan sambutan Vishu ialah pada amalan vishukani yang membawa makna “objek pertama yang dilihat pada tahun baharu”.

Beberapa sayur, buah, objek dan barangan kemas diletakkan pada talam khas untuk dipandang sebaik bangun pada pagi Vishu. Satu lagi keunikan Vishu yang disambut orang Malayali ialah Vishu sadhya iaitu makan tengah hari tradisional.

#6. Songkran

Songkran merupakan perayaan tahun baru tradisional Siam.

Masyarakat Siam di Malaysia turut menyambut perayaan tahun baru ini. Perayaan ini juga dikenali sebagai pesta Songkran. Songkran disambut berdasarkan kepada Kalendar lunar Siam iaitu pada bulan kelima semasa bulan purnama dan jatuh pada hari kelima belas.

Pesta Songkran ini juga lebih dikenali sebagai pesta mandi air iaitu mereka akan menyimbah air sesama mereka dan juga kepada orang ramai.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd