Now Reading
[Video] Lori Perlahan Atas Lebuh Raya? Ini Info Tentang ‘Shadow Vehicle’ Yang Ramai Belum Tahu

[Video] Lori Perlahan Atas Lebuh Raya? Ini Info Tentang ‘Shadow Vehicle’ Yang Ramai Belum Tahu

Seorang wanita dikenali sebagai Cleopatra berkata dia stres apabila sering terserempak dengan beberapa buah lori yang dipandu secara perlahan di atas lebuh raya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui ramai pengguna lebuh raya perlu bergegas ke sesuatu destinasi lebih-lebih lagi pada waktu pagi di mana mereka mahu ke tempat kerja atau menghantar anak ke sekolah.

Tetapi dalam sesetengah kes, perjalanan untuk pergi ke tempat dituju tidaklah lancar seperti yang diharapkan.

Hal ini kerana, perjalanan tersebut terhalang akibat wujudnya beberapa buah lori ‘tiga sekawan’ yang memandu secara perlahan di atas lebuh raya.


Wanita Stres Lori Halang Laluan Di Lebuh Raya

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@cleopatra2207), menyaksikan seorang wanita dikenali sebagai Cleopatra meluahkan rasa tertekan apabila terserempak dengan beberapa buah lori di lebuh raya.

Jelasnya, dia sering melihat lori berwarna jingga tersebut memandu secara perlahan di lebuh raya. Tambah wanita itu lagi, dia bingung dengan keberadaan lori berkenaan dan mempersoalkan fungsinya.

Apa tujuan benda ni (lori). Selalu ada dekat lebuh raya. Aku tak faham, kadangkala di jalan perlahan, kita kena ikut dia (lori). Apa tujuan dia?

Cleopatra.

Menerusi video yang dikongsi, kelihatan beberapa kereta sedang memotong lori berkenaan bagi meneruskan perjalanan.

Untuk info, beberapa buah lori yang memandu dengan perlahan itu dipanggil sebagai ‘shadow vehicle’.

@cleopatra2207

♬ original sound – CLEOPATRA

Netizen Beri Pelbagai Reaksi Tentang Lori Perlahan Di Lebuh Raya

Menjengah ke ruangan komen, ramai juga di kalangan netizen berkongsi pengalaman lebih kurang sama seperti yang dilalui oleh Cleopatra semasa berada di atas lebuh raya.

“Betul sis, saya pun stres dengan tiga sekawan ni (lori). Dah la kita lambat nak hantar anak masuk kolej. Mereka boleh jalan dengan perlahan. Jammed panjang,” kata seorang wanita.

Sementara itu, ramai warganet dilihat menerangkan fungsi sebenar lori berkenaan kepada golongan yang kurang mengetahui tentang perkara tersebut.

“Shadow vehicle, tujuan dia untuk mengurangkan kelajuan pergerakan kenderaan atas highway. Mungkin ada maintenance di hadapan,” ujar seorang lelaki.

Sumber: TikTok (@cleopatra2207)

Fungsi Sebenar Shadow Vehicle

Kalau anda nak tahu, lori dipandu secara perlahan yang juga dipanggil shadow vehicle itu mempunyai fungsinya tersendiri.

Menurut perkongsian Polis Kedah di laman Facebook, lori tersebut berfungsi untuk menutup lorong lebuh raya bagi mengurangkan kelajuan kenderaan di lokasi terbabit.

Ia juga merupakan SOP (Standard Operating Procedure) keselamatan yang ditetapkan di Lebuhraya PLUS.

Sumber: Facebook Polis Kedah

Selain itu, ia juga bertujuan untuk melindungi petugas dan pemandu kenderaan daripada terlibat dengan sebarang kemalangan sewaktu kerja-kerja penyelenggaran lebuh raya dijalankan.

Kenderaan shadow vehicle ini akan masuk ke setiap lorong di lebuh raya secara berperingkat bermula dari lorong kiri hingga ke lorong kanan sehingga kenderaan SV berada di setiap lorong.

Pengendali akaun Polis Kedah.
Sumber: Facebook Polis Kedah

Buat petugas shadow vehicle, mereka akan memperlahankan kenderaan mereka secara berperingkat sehingga hampir 10-20 km/j dan kadangkala berhenti di atas lebuh raya.

Manakala untuk pengguna lebuh raya yang berada di belakang shadow vehicle pula, mereka harus memperlahankan kenderaan mengikut kelajuan lori itu dan memastikan jarak selamat iaitu 50 meter.

Kebiasaannya, perkhidmatan shadow vehicle itu digunakan dalam tempoh beberapa minit sahaja sementara petugas lebuh raya melakukan kerja-kerja pembersihan.

Sebagai contoh:

  • Mengalihkan objek seperti serpihan tayar,kayu, besi dan bangkai haiwan.
  • Menampal lubang.
  • Kerja-kerja selenggara.

Baca Artikel Berkaitan: Smartlane Di Lebuh Raya Dibenarkan Pada Waktu Tertentu. Ini Info Pemandu Perlu Ambil Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Trafik Sesak 3 Jam Di Tapah, Pengguna Jalan Raya Lepak Luar Kereta. Santai Ya!

Baca Artikel Berkaitan: Lori Tin Sardin Terbalik Di Lebuhraya PLUS, Trafik Sesak Sehingga 3KM


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd