Now Reading
[Video] TikToker Kongsi 5 Ciri Manusia Toksik, Ramai Tak Perasan!

[Video] TikToker Kongsi 5 Ciri Manusia Toksik, Ramai Tak Perasan!

Antara sifat toksik boleh diperhatikan adalah individu yang kerap menyalahkan orang lain selain diri sendiri.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Seperti yang anda semua tahu, adalah satu fitrah di mana setiap manusia mempunyai ragam dan sikapnya tersendiri.

Ramai di antara kita mempunyai sikap positif yang disenangi masyarakat setempat, tetapi ada juga sebaliknya.

Mungkin ramai juga tidak menyedari bahawa sifat negatif seseorang itu mampu memberi impak kepada kesihatan mental individu yang lain.


5 Sikap Individu Yang Toksik

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@mekyunnnn) apabila seorang influencer dikenali sebagai Mekyun berkongsi cara-cara untuk mengenal pasti seseorang yang bersifat toksik sekaligus memudaratkan mental.

Orang yang toxic ini ialah drama queens and kings yang drain energy kita selain bawa unsur negatif.

Mekyun.

Antara perkara yang menunjukkan seseorang itu mempunyai tabiat buruk tersebut adalah:

#1. Negatif Secara Berterusan

Golongan yang sentiasa berfikiran negatif pasti mempunyai perkara yang nak dikritik atau dibahaskan. Dalam erti kata mudah, semua benda tidak kena.

Malah individu sebegitu juga dikatakan sering bercakap buruk tentang sesuatu perkara atau kepada orang lain di sekelilingnya.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Unsplash
#2. Pakar Manipulasi

Sikap toksik lain yang anda boleh perhatikan adalah sekiranya individu tersebut sering memutar belitkan keadaan (manipulative).

Sebagai contoh apabila anda disuruh untuk melakukan perkara yang tidak diingini (guilt-tripped) atau sering dimanipulasi secara psikologi (gaslight).

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Pexels
#3. Diva Drama

Individu yang bergelar toksik ini juga akan mencuba sedaya upaya untuk mencipta sebarang ‘drama’ atau perkara negatif dengan sengaja.

Hal ini kemudian mendorong orang lain yang berada di sekelilingnya untuk berasa stres dan serabut.

Gambar sekadar hiasan (drama queen). Sumber: Unsplash
#4. Suka Salahkan Orang Lain

Seterusnya adalah, golongan tersebut juga akan sentiasa menyalahkan orang lain selain daripada diri mereka atas sesuatu kesalahan.

Hal sedemikian boleh dikaitkan dengan ayat yang selalu diperkatakan oleh sesetengah individu iaitu, “Aku tidak pernah salah.”

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Unsplash
#5. Kuat Cemburu

Pernahkah anda mengenali rakan-rakan sebaya yang berasa tidak puas hati apabila anda berjaya mendapatkan sesuatu? Sebagai contoh, mungkin mereka dilihat kecewa apabila anda mendapat skor yang tinggi dalam peperiksaan?

Ini berkemungkinan anda dikelilingi dengan rakan yang toksik dan negatif. Kebiasaannya, golongan sebegitu akan berasa cemburu apabila anda berjaya mencapai sesuatu.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Pexels

Your success? They cannot stand it. Diaorang akan rasa tergugat dengan kejayaan dan menjatuhkan pencapaian anda.

Mekyun.
@mekyunnnn TOXIC PEOPLE? NO THANKS! 🙅🏻‍♀️Ingat tau, surround diri you with good vibes only! Your mental-emotional health is NUMBER 1 🫵🏻✨ #fyp ♬ original sound – Mekyun

Di akhir perkongsian, influencer tersebut turut menitipkan pesanan kepada orang ramai untuk menjauhkan diri dari individu toksik selain menetapkan batas pergaulan bersama mereka.

“Surround yourself with positive vibes and people only!” kata Mekyun.


Netizen Setuju Dengan Pandangan Mekyun

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan dilontarkan oleh Mekyun tentang ciri-ciri individu toksik.

“Yang part cemburu dan drama tu memang wujud ya. Alhamdulillah Allah selamatkan dari orang sebegini,” ujar seorang wanita.

Ramai juga di antara mereka dilihat berkongsi pengalaman berdepan dengan individu negatif.

“Berdepan dengannya sekarang. Saya anggap dia (individu toksik) sebagai hiburan sekarang. Setiap hari ada drama baru. Tak perlu tengok televisyen,” kata seorang warganet.

Sementara itu ada juga yang bertanya tentang cara-cara mencegah sikap toksik dalam diri. Menjawab kepada persoalan tersebut, seorang netizen berkata anda perlu meluangkan masa bercakap tentang perkara-perkara yang positif.

“Ambil masa lakukan hobi bermanfaat dan kalau boleh bercakap tentang perkara yang positif. Cuba ubah diri bergaul dengan orang yang baik. Paling penting, sentiasa bersyukur,” jelas seorang pengguna laman TikTok.

Sumber: TikTok (@mekyunnnn)

Baca Artikel Berkaitan: Ini 6 Jenis ‘Toxic Positivity’ Yang Anda Patut Elakkan Demi Kesihatan Minda

Baca Artikel Berkaitan: Pakar Pediatrik Ini Kongsi 3 Sifat Toksik Yang Ibu Bapa Harus Elak

Baca Artikel Berkaitan: Ini Antara ‘Budaya’ Di Ofis Yang Perlu Ditukar. Tak Kiralah Kerajaan Atau Swasta


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd