Now Reading
Influencer Didakwa Ke Lokasi Seakan Gereja Dedah Lokasi Sebenar Bikin Ramai Terkejut

Influencer Didakwa Ke Lokasi Seakan Gereja Dedah Lokasi Sebenar Bikin Ramai Terkejut

Ryzal Ibrahim memberitahu bahawa lokasi dengan seni bina Sepanyol itu berada di belakang Masjid Zabedah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, setiap agama mempunyai tempat khas yang digunakan untuk beribadah seperti masjid, kuil, gereja dan sebagainya.

Kalau anda perasaan seni bina dalam lokasi-lokasi tersebut juga diinspirasikan dari zaman masyarakat terdahulu seperti ketika pemerintahan Eropah dan Sepanyol.

Berbicara tentang seni bina bangunan, nama seorang influencer tempatan dikenali sebagai Ryzal Ibrahim telah tular selepas dia dilihat memasuki sebuah tempat yang dilihat hampir sama seperti gereja.


Influencer Kongsi Suasana Dalam Institute of Islamic Thought and Malay World Di UIA

Menerusi video TikTok dimuat naik di laman TikTok (@ryzalibrhm), influencer ini menunjukkan suasana ketika dia berkesempatan melawati sebuah lokasi yang terletak di Bukit Tunku.

Ryzal menjelaskan bahawa hiasan dalaman tempat berkenaan kelihatan hampir sama seperti di dalam tempah beribadah bagi penganut beragama Kristian.

Namun, ia bukanlah sebuah gereja dan lokasi terbabit adalah Institute of Islamic Thought and Malay World (ISTAC-IIUM) iaitu sebuah dewan yang digunakan untuk tujuan menyampaikan ilmu Islamik.

Influencer ini juga sempat menunjukkan beberapa seni bina yang mempunyai elemen bercorakkan Islamik dan juga Sepanyol.

“Setup tempat ini pada mulanya nampak meragukan, tapi bila kita sampai sini, dia lebih kepada Islamik,” kat Ryzal.


Perkongsian Lokasi Itu Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Walaupun sudah diterangkan di dalam video bahawa lokasi tersebut adalah sebuah tempat pembelajaran Islamik, tetapi masih ada netizen yang mendakwa bahawa influencer berada di dalam sebuah gereja.

Bukan itu sahaja, seorang netizen pula menuduh Ryzal sengaja memasuki tempat yang dikatakan lokasi ibadah penganut Kristian untuk mendapatkan perhatian di media sosial.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Walau bagaimanapun, perkongsian influencer ini juga telah memberikan pengetahuan baharu kepada masyarakat yang belum pernah ke lokasi terbabit.

Netizen turut mengecam tindakan sesetengah individu yang secara membuta tuli menuduh influencer berkenaan berada di dalam sebuah gereja.

Sumber: Facebook

Ryzal Ibrahim Dedah Lokasi Sebenar ISTAC-IIUM

Selepas menerima beberapa kecaman dari netizen selepas memuat naik video mengunjungi ISTAC-IIUM, Ryzal memberitahu bahawa lokasi tersebut sebenarnya berada di belakang Masjid Zabedah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Menurut Ryzal, tempat tersebut juga boleh dijadikan lokasi untuk majlis perkahwinan atau apa-apa majlis yang bersesuaian.

@ryzalibrhm

Save your money and enjoy this spanish experience in Kuala Lumpur

♬ original sound – Ryzal Ibrahim – Ryzal Ibrahim

Sejarah Tentang Seni Bina Institute of Islamic Thought and Malay World (ISTAC-IIUM)

Seni bina ini sebenarnya mengambil inspirasi dari seni bina Andalusia-Morocco agar kenangan ketika kegemilangan umat Islam di Sepanyol dahulu dapat diulangi semula pada zaman moden ini.

Sumber: X (Twitter @mysrtmz)
Sumber: X (Twitter @mysrtmz)

Idea penubuhan institut ini diasaskan oleh Profesor Dr Syed Muhammad Naquib Al-Atta pada 27 Februari 1987 dan telah dirasmikan oleh Tun Mahathir pada tahun 1991.

Penubuhan ISTAC-IIUM ini merupakan permintaan bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan pada ketika itu untuk melihat sebuah institusi pendidikan tinggi bercirikan Islam ditubuhkan di Malaysia.


Profil Tentang Ryzal Ibrahim

Ryzal Ibrahim atau nama sebenarnya Nik Muhd Rizal bin Nim Ibrahim, 34, merupakan seorang influencer di media sosial dengan jumlah pengikut seramai 111,300 orang di TikTok dan 398,000 di laman Instagram.

Sumber: Instagram @ryzalibrhm

Influencer ini mula dikenali dalam kalangan netizen selepas tular mengajar isterinya iaitu Maryam You Narae yang merupakan warga Korea Selatan berkomunikasi dalam bahasa Melayu.

Mereka berdua kemudiannya telah berkahwin dan mecipta akaun YouTube yang diberi nama Duriankimchi TV.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Ada Aura Korean Sebab Tu Best” – Maryam Durian Kimchi Nyanyi Lagu Tokti Raih Pujian Ramai

Baca Artikel Berkaitan: Ibu Maryam Durian Kimchi Bawa Pulang Telekung Ke Korea Selatan, Mahu Belajar Solat ‘Slow-Slow’


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd