Now Reading
Jenama Mewah FENDI Jual ‘Fortune Teller Charm’, Netizen Terkejut Tengok Harga ‘Cekik Darah’

Jenama Mewah FENDI Jual ‘Fortune Teller Charm’, Netizen Terkejut Tengok Harga ‘Cekik Darah’

Perhiasan ‘Fortune Teller Charm’ itu dijual oleh jenama mewah FENDI dengan tiga warna berbeza iaitu merah, kuning dan putih.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila sesuatu barangan itu dijual di bawah jenama mewah, pasti harganya akan menjadi lebih mahal meskipun produk dengan kualiti yang sama dikatakan boleh didapati dengan harga jauh lebih murah.

Kebiasaannya, perkara seperti ini berlaku kepada jenama yang menjual barangan fesyen seperti beg, pakaian, kasut dan sebagainya.

Baca Artikel Berkaitan: Balenciaga Jual Skirt Tuala Mandi Harga RM4,000, Terbeliak Mata Netizen!

Baca Artikel Berkaitan: Beg Tote Balenciaga Jadi Topik Hangat, Dijual Dengan Harga RM8K Tapi Netizen Samakan Dengan Laundry Bag


Jenama FENDI Jual ‘Fortune Teller Charm’

Baru-baru ini menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@fishmeatdead), individu ini mendedahkan salah satu barang perhiasan yang dijual oleh jenama mewah FENDI iaitu ‘Fortune Teller Charm’.

Dijual dengan tiga warna berbeza iaitu kuning, merah dan putih, hiasan itu mempunyai tali yang membolehkannya digantung atau diikat pada mana-mana beg sebagai perhiasan.

Ia juga tampil lebih eksklusif apabila diperbuat daripada leather dan mempunyai lapan perkataan tersembunyi di dalamnya yang akan memberi jawapan rawak kepada nasib seseorang.

Sumber: TikTok @fishmeatdead

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah perhiasan itu dilihat seolah-olah sama seperti origami dikenali sebagai ‘mulut itik’ yang popular dimainkan oleh kanak-kanak zaman dahulu.

Jangan terkejut ya kerana perhiasan ini yang sering dilihat pada ketika dahulu dijual di Malaysia oleh jenama FENDI dengan harga RM2,150.

Video tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga meraih 11,300 tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@fishmeatdie/video/7332470585131273480

Netizen Terkejut Lihat Harga ‘Fortune Teller Charm’ Dari Jenama FENDI

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi terkejut selepas melihat ‘Fortune Teller’ Charm’ dari jenama FENDI itu dijual dengan harga yang mahal.

Sesetengah netien berkata lebih baik mereka menggunakan kertas dan membuatnya sendiri.

“Buat dengan kertas je dah la,” kata netizen.

Tetapi, ada juga netizen yang berpendapat ‘Fortune Teller Charm’ itu agak mempesonakan.

Sumber: TikTok

Cara Untuk Memubat Sendiri Origami Mulut Itik Ini

Nak beli ‘Fortune Teller Charm’ itu mungkin kena fikir dua tiga kali memandangkan harganya yang agak mahal.

Tapi kalau anda mahukan barangan yang sama tetapi dengan cara lebih jimat, jom kami beri tunjuk ajar menerusi gambar rajah di bawah.

Bahan-bahan yang diperlukan hanyalah sekeping kertas berukuran 16 cm x 16 cm.

Sumber: Calista Origami
Sumber: Calista Origami
Sumber: Calista Origami

Kepada anda yang nak buat origami ini, selamat mencuba. Kalau tak jadi, boleh berlatih banyak kali. Jangan putus asa!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd