Now Reading
“Mommy Bangga” – Foto Suntingan Graduasi Zayn Rayyan Bersama Ibu Undang Sebak

“Mommy Bangga” – Foto Suntingan Graduasi Zayn Rayyan Bersama Ibu Undang Sebak

Selain menyunting gambar bersama, keluarga Zayn Rayyan juga dilihat naik ke atas pentas bagi mewakili anak dalam majlis graduasi sekolah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sambutan majlis graduasi sepatutnya menjadi satu momen yang indah bagi anak-anak untuk menyambut kejayaan menghabiskan pembelajaran bersama keluarga tercinta.

Namun lain pula yang harus dilalui oleh ibu bapa Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin apabila hanya mampu menjadi wakil kepada anak mereka semasa berlangsungnya acara tersebut.


Keluarga Wakilkan Zayn Rayyan Di Majlis Graduasi Sekolah

Hari ini (2 Februari), ibu kepada arwah kanak-kanak autisme yang meninggal dunia, Ismanira Abdul Manaf, 28 menerusi laman Instagram (@izzmanaf) telah berkongsi hantaran yang membuatkan ramai berasa hiba.

Dalam perkongsian itu, Ismanira telah mengucapkan tahniah buat anak kesayangannya kerana telah bergraduasi dari Sekolah Kebangsaan Damansara Damai (SKDD2), Petaling Jaya, Selangor.

Dia juga berkata dia amat berbangga dengan pencapaian si anak sepanjang melanjutkan pelajaran di situ.

“Mommy bangga dengan setiap pencapaian abang. Tak kira besar atau kecil mana pun pencapaian abang, mommy tetap bangga,” ujarnya.

Ismanira bersama suami, Zaim Ikhwan dan anak bongsunya juga dilihat telah naik ke atas pentas bagi mewakili Zayn Rayyan mengambil sijil penamatan sekolah berserta hadiah.

Sumber: Instagram (@izzmanaf)

Ibu Hanya Mampu Edit Imej Dirinya Bersama Anak Dalam Foto Graduasi

Sementara itu, Ismanira juga tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada warga SKDD2 kerana sudi menjemput ke satu acara yang sememangnya akan jadi kenangan terindah buatnya sekeluarga.

Tidak seperti gambar graduasi normal yang lain, pemergian Zayn Rayyan yang pergi pada usia muda itu membuatkan si ibu terpaksa sunting (edit) gambarnya bersama.

Mommy tak dapat nak bergambar bersama dengan abang macam ibu bapa yang lain, mommy dapat edit macam ni je.

Ismanira Abdul Manaf.
Sumber: Instagram (@izzmanaf)

Netizen Luah Rasa Sebak Lihat Hantaran Ibu Zayn Rayyan

Kesedihan itu turut dirasai oleh orang ramai, di mana rata-rata daripada mereka meluahkan rasa sebak di ruangan komen.

“Hadiah ada, tetapi orangnya tiada. Allahuakbar, sedih saya puan. Kalau saya ditempat puan, tak tahu saya boleh tabah ke tak. Dah pujuk hati tak nak nangis lagi. Tetapi jatuh lagi air mata harini,” ujar seorang wanita.

Malah ada juga yang meluahkan rasa rindu kepada anak istimewa itu walaupun tidak pernah berjumpa dan berkenalan sebelum ini.

“Allahuakbar sebaknya dada. Rindunya Zayn walaupun tak pernah kenal dan berjumpa. Abang Zayn anak yang cerdik pandai serta soleh. Tarik tangan mommy nanti dekat sana (syurga) tau abang,” kata seorang netizen.

Orang ramai juga telah mengucapkan tahniah kepada si kecil yang sudah bergraduasi dan membanggakan mak serta ayah.

“Tahniah anak syurga Zayn Rayyan. Awak dah membanggakan mommy dan daddy walaupun sekarang Zayn dah pergi ke taman syurga. Kami semua sebagai parents pun bangga dengan awak,” jelas seorang warganet.

Sumber: Instagram (@izzmanaf)

Pembunuh Zayn Rayyan Belum Dapat Dijejaki

Terdahulu, masyarakat setempat dikejutkan dengan berita kematian Zayn Rayyan apabila ditemui meninggal dunia di anak sungai berdekatan kawasan kediamannya, Apartment Idaman, Damansara Damai.

Hasil siasatan dan bedah siasat mendapati Zayn Rayyan sebenarnya telah mati dibunuh selepas menemui kesan luka mempertahankan diri pada tubuh badannya.

Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, pihaknya telah merakam 225 percakapan daripada keluarga dan penduduk di apartment tersebut. Selain itu, mereka juga telah mengambil sebanyak 248 sampel asid deoksiribonukleik (DNA) serta meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi merungkai misteri kes pembunuhan terbabit.

Sehingga kini, pihak polis masih dalam usaha untuk mencari petunjuk baru dan menjejaki si pelaku agar Zayn Rayyan mendapatkan keadilannya.

Sumber: Instagram (@izzmanaf)

Baca Artikel Berkaitan: PDRM Sahkan Zayn Rayyan Dibunuh

Baca Artikel Berkaitan: “Emosi Tak Stabil” – Ibu Bapa Zayn Rayyan Masih Berduka Dengan Kehilangan Anak

Baca Artikel Berkaitan: Bapa Zayn Rayyan Pengsan Beberapa Kali Sejurus Terima Berita Penemuan Jasad Anaknya [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd