Now Reading
[Video] Khairul Aming Beri Panduan Cara Simpan Dendeng Nyet Berapi

[Video] Khairul Aming Beri Panduan Cara Simpan Dendeng Nyet Berapi

Selain dimakan dengan nasi putih, produk kedua Khairul Aming iaitu Dendeng Nyet Berapi juga boleh digunakan untuk membuat nasi goreng.

dendeng nyet berapi khairul aming

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Khairul Aming adalah satu nama yang cukup terkenal di Malaysia.

Apa sahaja produk atau barangan yang dipromosikan oleh influencer dan usahawan ini, pasti ia akan mendapat sambutan cukup hangat dari masyarakat. Sebagai contoh, produk keluaran pertamanya iaitu Sambal Nyet.

Baca Artikel Berkaitan: “Orang Bijak Buat Bisnes’ – Khairul Aming Raih Jualan Sambal Nyet RM33 Juta!

Baca Artikel Berkaitan: Khairulaming Dedah Raih RM8.6 Juta Hasil Jual Sambal Nyet Selama Setahun. Wow!

Pada tahun ini, Khairul Aming akan mengembangkan perniagaannya dengan memperkenalkan satu lagi produk terbaharu iaitu Dendeng Nyet Berapi.


Khairul Aming Tunjuk Cara Untuk Makan Dendeng Nyet Berapi

Selepas melancarkan produk Dendeng Nyet berapi pada Isnin lalu (29 Januari), Khairul Aming dalam video terbaharunya semalam (30 Januari) telah menunjukkan beberapa cara untuk menggunakan hidangan tersebut dalam makanan serta masakan.

Khairul Aming juga mendedahkan produk Dendeng Nyet Berapi itu boleh bertahan sehingga satu tahun walaupun disimpan dalam suhu bilik.

Macam mana nak makan Dendeng Nyet Berapi ini? Anda hanya perlu buka produk dan boleh dimakan begitu sahaja. Senang sangat!

Influencer ini juga memberi cadangan kepada orang ramai untuk memakan dendeng tersebut bersama nasi putih dan telur goreng. Katanya boleh bertambah-tambah pinggan nasi nanti.

Jangan risau, nak makan koyakkan je. Tapi kalau nak lagi sedap, rendam sekejap dalam air panas supaya naik lagi aroma Dendeng tu.

Khairul Aming.
Sumber: TikTok @khairulaming

Selain itu, Dendeng Nyet Berapi ini juga boleh digunakan untuk memasak nasi goreng selain sesuai dimakan bersama nasi putih berlaukkan kari dan sebagainya.

Untuk akak-akak yang suka masak ayam gulai dekat rumah, haa jangan risau. Dendeng boleh makan dengan semua lauk. Nak makan dengan ayam masak lemak boleh, sup boleh, kari pun boleh juga.

Khairul Aming.

Kalau anda nak letak Dendeng Nyet Berapi dalam bubur pun sedap juga. Cubalah!


Cara Penyimpanan Dendeng Nyet Berapi

Pada masa sama, Khairul Aming juga telah memberi panduan kepada orang ramai cara penyimpanan dendeng tersebut sekiranya tidak dapat menghabiskan makanan berkenaan.

Anda hanya perlu menyimpannya ke dalam bekas tertutup sebelum dimasukkan ke dalam tempat sejuk beku. Setiap kali anda mahu memakannya semula, hanya perlu panaskan semula sehaja.

Jangan risau, boleh lipat je packaging tu letak dalam bekas tutup dan simpan dalam freezer. Insya-Allah dia tahan lama. Haa nak makan balik nanti, panaskan balik sahaja.

Khairul Aming.

Produk Dendeng Nyet Berapi Oleh Khairul Aming

Sebelum produk Dendeng Nyet Berapi ini dilancarkan, Khairul Aming dan pasukannya telah melakukan Research and Development (R&D) selama satu tahun yang melibatkan percubaan resepi, penggunaan mesin, pembungkusan dan cara penyimpanan.

Dengan kos lebih RM2 juta, produk Dendeng Nyet Berapi ini akan mula dijual kepada orang ramai bermula pada Jumaat ini (2 Februari) jam 9:00 malam di siaran live TikTok Khairul Aming.

Siap sedia untuk ‘berperang’ kerana difahamkan hanya 80,000 unit sahaja yang dijual untuk pelancaran pertama produk tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: Selepas Sambal Nyet, Kini Khairul Aming Lancar Produk Baharu Telan Belanja Lebih RM2 Juta [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Khairul Aming Dedah Kenapa Penting Buat ‘Livestream’ Untuk Majukan Bisnes

Baca Artikel Berkaitan: “Habiskan Pembelajaran” – Khairul Aming Nasihati Anak Muda Yang Mahu Jadi ‘Content Creator’


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd