“Saya Sampai Tak Boleh Bangun” – Wawa Zainal Muntah Darah & Panas Dalam Ketika Tunai Umrah Di Mekah
Keputusan ujian kesihatan kendiri bagi Covid-19, Influenza A dan B yang dilakukan oleh Wawa Zainal ketika di Mekah kesemuanya menunjukkan keputusan negatif.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Meskipun pandemik Covid-19 tidak begitu teruk sepeti permulaan penularannya, tetapi tahap kesihatan kita masih perlu diberi perhatian terutamanya apabila berada di luar negara.
Ini kerana terdapat beberapa penyakit lain yang mula merebak seperti influenza dan mereka yang telah dijangkitinya pasti akan merasa tidak sedap badan selepas mengalami beberapa simptom.
Wawa Zainal Muntah Darah Di Mekah
Baru-baru ini, seorang pelakon dan ushawan Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 32, menerusi Instagram Story memberitahu bahawa dirinya kini berada dalam keadaan kurang sihat sehingga sukar untuk bangun.
Lebih membimbangkan lagi, Wawa yang sedang menunaikan umrah di kota suci Mekah bersama pasukan usahawannya berkata dia mengalami simptom muntah darah dan menganggap ia kerana suhu panas di dalam badan.
Bimbang dengan keadaan yang berlaku, Wawa membuat ujian kesihatan kendiri bagi Covid-19, Influenza A dan B tetapi kesemuanya menunjukkan keputusan negatif.
Wawa berpendapat bahawa muntah darah yang dialami itu adalah kerana keadaan badannya yang terlalu penat berkerja tanpa henti.
2 kali check sebab sakit sendi dan urat tak boleh bawa bincang. Tapi Alhamdulillah negatif. Mungkin letih sangat back to back dari Sabah, event dengan team then terus ke sini. Badan pula dah 30 tahun lebih, feeling macam 20 tahun lebih boleh buat semua benda.
Wawa Zainal.
Susulan itu, Wawa memohon agar orang ramai mendoakannya agar diberi kesembuhan dan boleh menunaikan umrah bersama dengan pekerjanya yang lain.

Pada Sabtu lalu (20 Januari), Wawa telah menunaikan umrah sambil ditemani oleh suaminya, Aeril Zafrel bersama anak-anak.
Menerusi hantaran dimuat naik di laman Instagram (@w4w4_zainal), usahawan ini juga membuat permohonan maaf secara terbuka sebelum mengerjakan ibadah tersebut di kota suci Mekah.
Latar Belakang Tentang Wawa Zainal Dan Aeril Zafrel
Wawa Zainal dan suaminya Aeril Zafrel kedua-duanya mula dikenali ramai selepas dilihat banyak berlakon dalam siri drama dan filem.
Tidak lama sepas itu, mereka berdua mengusahakan perniagaan seperti Wawa Scarves dan Wawa Cosmetics sejak tahun 2016 sehingga meraih pendapatan yang lumayan.

Sebelum ini juga nama mereka berdua tular selepas berkongsi hantaran ketika sedang membayar zakat perniagaan sepanjang tahun 2023 yang bernilai RM1.15 juta kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Tambah usahawan tersebut, dia berharap bayaran zakat yang dilaburkan itu mampu membantu golongan memerlukan di luar sana.
“Dalam rezeki kita, insya-Allah ada rezeki orang lain juga. Semoga ini dapat membantu golongan yang memerlukan,” kata Aeril.
Baca Artikel Berkaitan: Aeril Zafrel & Wawa Zainal Bayar Zakat Perniagaan RM1.15 Juta
Baca Artikel Berkaitan: “Saya Biar Wawa Urus Duit Bisnes” – Aeril Zafrel Dedah Faktor Bisnes Berjaya
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.