[Video] Penumpang Cemas Selepas Ternampak Ular Dalam Kapal Terbang
Ular berkenaan dipercayai telah dijumpai dalam penerbangan AirAsia Airbus A320 dari Bangkok ke Phuket.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kalau anda pernah menonton filem Snakes On A Plane, mesti akan ada di antara anda yang pernah ‘overthink’ kerana bimbang jika situasi seperti di dalam cerita itu benar-benar berlaku.
Mana tidaknya, penumpang tidak boleh lari ke mana-mana untuk mencari tempat lain yang lebih selamat jika terdapat ular di dalam kapal terbang berkenaan.
Namun siapa sangka, keadaan yang menjadi ketakutan orang ramai itu ternyata bertukar menjadi realiti dalam sebuah penerbangan di Thailand baru-baru ini.
Ular Menyusur Di Atas Tempat Letak Bagasi Dalam Pesawat Di Thailand
Menerusi video dimuat naik semula di laman X (Twitter @ThaiEnquirer), detik cemas berjaya dirakam oleh penumpang berkenaan ketika seekor ular kecil dipercayai berada di atas tempat letak bagasi dalam pesawat.
Difahamkan, kejadian itu berlaku semasa kapal terbang sedang bersedia untuk mendarat.
Kewujudan haiwan reptilia tersebut membuatkan ramai penumpang mula cemas terutamanya mereka yang duduk berhampiran dengan lokasi ular tersebut menyusur.
Penumpang yang duduk di bawah tempat letak bagasi itu juga segera keluar dari tempat duduk untuk menyelamatkan diri masing-masing.
Situasi yang berlaku juga telah dimaklumkan kepada petugas kru kabin untuk membolehkan ular itu segera ditangkap.
Kru Kabin Dengan Tenang Menangkap Ular Di Dalam Kapal Terbang
Memetik Mothership, ular berkenaan dipercayai telah dijumpai dalam kapal terbang Airbus A320 penerbangan AirAsia FD3015 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang, Bangkok ke Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket pada 13 Januari lalu.
Ketika berdepan dengan situasi tersebut, seorang kru kabin lelaki dilihat cuba untuk menangkap ular itu dengan menggunakan botol plastik. Namun, haiwan berkenaan enggan masuk ke dalam ‘perangkap’.
Tidak lama selepas itu, kru kabin berkenaan dilihat menggunakan sebuah plastik dan menolak ular tersebut ke dalamnya menggunakan botol.
Ular tersebut dikenal pasti sebagai jenis Blanford’s Bridle iaitu spesies yang tidak berbahaya dan tidak mempunyai bisa.
A TikTok user, @wannabnailssalon, posted a video of a small snake on a plane heading from Bangkok to Phuket.
— Thai Enquirer (@ThaiEnquirer) January 16, 2024
After passengers pointed out the snake, a flight attendant used a plastic bottle and a bag to catch it before landing.
The incident occurred on Thai AirAsia's FD3015… pic.twitter.com/zgY2rOqfPf
Netizen Teringat Situasi Dalam Filem ‘Snakes On A Plane’
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan situasi cemas yang berlaku apabila mendapati terdapat seekor ular di dalam kapal terbang.
Malah, keadaan yang berlaku juga mengingatkan mereka dengan situasi cemas yang terjadi seperti di dalam filem ‘Snakes On A Plane’.
Keadaan Sama Pernah Berlaku Di Malaysia
Sebelum ini, situasi sama dilaporkan pernah berlaku dalam penerbangan domestik AirAsia AK5748 dari Kuala Lumpur ke Tawau, Sabah apabila seekor ular telah dilihat berada dalam pesawat.
Susulan perkara yang berlaku, penerbangan tersebut didakwa terpaksa dilencongkan ke Kuching, Sarawak dan membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Kuching sebagai langkah berjaga-jaga untuk membersihkan pesawat tersebut.
Semakan pada FlightRadar24 menunjukkan sebuah Airbus 320 mempunyai nombor pesawat sepadan dengan video tular pada 10 Februari 2023 itu yang dikhabarkan telah dilencongkan ke Kuching semasa dalam perjalanan ke Tawau dari Kuala Lumpur.
Ketua Pegawai Keselamatan Capital A, Kapten Liong Tien Ling memberitahu TRP bahawa pihak mereka sedia maklum dengan insiden berkenaan.
Kapten Liong turut memberitahu tiada penumpang yang cedera tetapi tidak memaklumkan keadaan ular berkenaan.
Baca Artikel Berkaitan: [Terkini] AirAsia Tampil Perjelas Isu Penerbangan KL-Tawau Terpaksa Mendarat Di Kuching Akibat Seekor Ular
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.