[Video] “Luluh Hati Seorang Ibu” – Influencer Terkilan Anak Luah Pernah Kena Ejek Di Sekolah
Anak perempuan dikenali sebagai Ellen berkata dia pernah dipanggil dengan gelaran ‘gemuk’ oleh rakan sebaya namun tidak pernah meluahkannya kepada sesiapa termasuklah guru di sekolah.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kes buli dalam golongan anak muda dilihat semakin berluasa pada masa kini. Malah bagi sesetengah kanak-kanak, tindakan mengejek rakan sebaya telah dijadikan satu kebiasaan.
Baca Artikel Berkaitan: Kes Buli MCKK: KPM Tegas Tiada Kompromi Dalam Kes Buli & Gangguan Seksual
Kalau anda nak tahu, ejekan secara lisan juga dikira sebagai salah satu aktiviti membuli sama seperti keganasan fizikal.
Jika masalah tersebut dibiarkan berterusan khususnya dalam kalangan pelajar, ia mampu memberi kesan buruk terhadap emosi dan masalah mental seseorang individu yang dibuli.
Anak Perempuan Diejek Oleh Rakan Di Sekolah
Baru-baru ini, tular satu perkongsian menerusi laman TikTok (@norreen143_) apabila anak perempuan kepada influencer itu meluahkan dirinya pernah dibuli semasa berada di sekolah.
Norreen dilihat terkejut apabila anaknya dikenali sebagai Ellen berkata dia pernah dipanggil dengan gelaran ‘gemuk’ oleh rakan sebaya yang lain.
“Saya kurus. Kalau awak cakap saya gemuk nanti mak marah,” kata Ellen kepada rakan yang mengejeknya.
Ibu kepada anak kecil itu dilihat tergamam dan sedih apabila Ellen mendiamkan diri tentang perkara tersebut dan tidak mengadu kepada guru-guru di sekolahnya. Namun begitu, Ellen berkata bahawa dia tidak lagi berkawan dengan kanak-kanak yang telah membulinya selama ini.
Terkejut dengan luahan hati si anak, Norreen memberi peringatan kepada Ellen untuk sentiasa tidak mempedulikan segala kenyataan berbaur ejekan oleh rakannya selepas ini.
“Misalnya kawan panggil gemuk atau besar, cakap sahaja tidak kisah, kita happy,” jelasnya kepada Ellen.
@norreen143_ Luluh hati seorang ibu macam aku bila anak aku luahkan dia pernah dipanggil “GEMUK” dengan kawan sekolah. She is just 8 yo. And alhamdulillah, she managed to counter these wannabe bulli3s at her school who called her that way. Because i always remind to her that we are beautiful just the way we are. Dia masih kecil, yes dia berisi sikit comel-comel manjayh but takpelah. Nanti dia dah besar sikit, dah getting busier at school, tau la dia nak melawo. To any parents out there, ajarlah anak kita untuk tidak judge orang based on rupa ke body size. Teach our kids to appreciate ourselves and be kind to everyone. Always be confident dengan diri sendiri. Itu penting. Aku menahan air mata aku. Alasan cakap langsir berhabuk. Because i dont want to be seen crying in front of her. IM SO PROUD OF ELLEN. Mommy so proud of you. I love you Ellen. #momanddaughter #leanrontiktok
♬ original sound – NORR33N – NORR33N
Norreen Rasa Terkilan Anak Diejek Rakan Sebaya
Menerusi kapsyen hantaran, Norreen luluh hati dan meluahkan rasa kecewa apabila anak perempuan kesayangannya yang baru sahaja berumur 8 tahun terpaksa mengharungi situasi sedemikian semasa alam persekolahan.
“Alhamdulillah, dia berjaya harungi buli di sekolah selepas dipanggil sebegitu. Because I always remind her that we are beautiful just the way we are,” katanya.
Dalam pada itu, Norreen turut memberikan nasihat kepada semua ibu bapa di luar sana untuk mendidik anak kecil supaya tidak menilai manusia daripada luaran iaitu rupa dan saiz badan.
Malah, anak di usia muda juga perlu diajar agar sentiasa menghargai diri sendiri dan bersikap baik hati kepada setiap individu.
“Aku menahan air mata. Alasan cakap langsir berhabuk. Because I don’t want to be seen crying in front of her,” ujarnya.
Netizen Puji Sikap Norreen Yang Ambil Perhatian Tentang Keadaan Emosi Anak
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan Norreen kerana berani bersuara dan memujuk anaknya yang telah dibuli oleh rakan sekolah.
“Mak saya tak pernah sokong saya ketika perkara sebegini berlaku semasa usia masih kecil. Hearing Norreen has Ellen’s back got me crying,” kata seorang netizen.
Malah, ada juga yang memuji influencer itu kerana berjaya mendidik anak perempuan untuk sentiasa sayang dan menghargai diri sendiri.
“Norreen, you are a good mother. You raise Ellen well,” kata seorang wanita.
Sementara itu, terdapat seorang netizen berkongsi tentang kisah hampir sama yang pernah dilaluinya semasa zaman persekolahan.
“I wished someone told me this. I grew up hating my body dan pakai baju lengan panjang kerana takut orang pandang serta fikir saya berisi,” ujar seorang wanita.

3 Saluran Disediakan Oleh KPM Untuk Buat Aduan Tentang Kes Buli
Kepada orang ramai yang mempunyai maklumat atau tahu tentang sebarang gejala buli di sekolah, anda boleh membuat aduan kepada tiga saluran utama yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Berikut adalah tiga saluran khas tersebut:
- Talian khas aduan buli: 03-8884 9325
- Menerusi e-mel: adubuli@moe.gov.my
- Aduan buli di portal Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA)
Baca Artikel Berkaitan: KPM Tambah Warden Asrama Bagi Elak Kes Buli
Mangsa Buli Mampu Hidap Masalah Kesihatan Mental
Terdahulu, Pegawai Psikologi Kanan Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia, Universiti Putra Malaysia, Siti Fatimah Abdul Ghani berkata bahawa kegiatan buli mampu memudaratkan kesihatan mental mangsa.
“Menurut kajian, lebih 85% mangsa buli terpaksa menderita kesan psikologi dan emosi dalam jangka masa panjang selain menghidapi penyakit berkaitan dengan tekanan dalam kehidupan,” ulasnya.
Sekiranya anda pernah menjadi mangsa buli atau sedang mengalami tekanan mental, anda dinasihatkan untuk rujuk kepada pakar atau mendapatkan bantuan daripada pihak berkaitan.
Antara agensi yang boleh dihubungi untuk membantu masalah anda ialah:
1. Malaysian Mental Health Association (MMHA)
- Nombor telefon: +60327806803
- E-mel: admin@mmha.org.my
- Website: https://mmha.org.my/
2. Befriends
- Nombor telefon (Kuala Lumpur): +60379568145
- Nombor telefon (Ipoh): +6055477933
- Nombor telefon (Pulau Pinang): +6042815161
- E-mel: sam@befrienders.org.my
- Website: https://www.befrienders.org.my/
3. All Women’s Action Society (AWAM)
- Nombor telefon: +60378770224
- E-mel: awam@awam.org.my
- Website: https://www.awam.org.my
Baca Artikel Berkaitan: Pengguna Twitter Dakwa ‘Selfie’ Ain Husniza Undang Komen Negatif & Risiko Jadi Mangsa Buli Siber
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram