Now Reading
Tular Dakwaan Asid Folik KKM Diperbuat Dari Hati Khinzir, Ini Penjelasan PHM

Tular Dakwaan Asid Folik KKM Diperbuat Dari Hati Khinzir, Ini Penjelasan PHM

Ubat asid folik yang tular itu dikeluarkan oleh Royce Pharma Manufacturing Sdn Bhd dan mempunyai kilang di Nilai, Negeri Sembilan.

asid folik KKM

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, umat Islam dilarang untuk mengambil apa-apa sumber makanan atau minuman yang diperbuat daripada daging khinzir kerana boleh dihukum berdosa besar.

Oleh disebabkan itu, masyarakat beragama Islam sangat berhati-hati dalam menyemak kandungan barangan sebelum membelinya.

Namun baru-baru ini, tular dakwaan bahawa ubat yang diberikan oleh kakitangan kerajaan kepada wanita hamil mengandungi daging khinzir.


Individu Dakwa Ubat Asid Folik Dari KKM Mengandungi Hati Khinzir

Menerusi bebenang dimuat naik di laman X (Twitter @health_malaysia), sebuah video telah tular di media sosial melibatkan seorang lelaki yang membuat dakwaan bahawa asid folik yang diberikan oleh kakitangan kesihatan kepada wanita hamil diperbuat daripada hati khinzir.

Dalam video berkenaan, individu terbabit berkata, “Tak beranak lagi budak dah makan khinzir.”

Susulan itu, Public Health Malaysia menjelaskan bahawa mereka telah melakukan pemeriksaan terhadap ubat asid folik 5mg keluaran Royce yang digunakan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sumber: X (Twitter@health_malaysia)

Ubat yang dikeluarkan oleh Royce Pharma Manufacturing Sdn Bhd dan juga mempunyai kilang di Nilai, Negeri Sembilan itu disahkan mempunyai pensijilan Halal dari pihak JAKIM.

Jika asid folik dibuat dariapada hati khinzir mustahil JAKIM akan meluluskan pensijilan Halal bagi ubat tersebut. Lokasi kilang pula di Malaysia, pasti mudah untuk pihak JAKIM untuk membuat pemeriksaan sama ada sebelum atau selepas pensijilan Halal dikeluarkan.

Public Health Malaysia.

Selain itu, individu yang mengeluarkan dakwaan tersebut juga tidak mengemukakan bukti kukuh untuk menyokong tuduhan yang dilemparkan terhadap produk terbabit.

Bagi mengelakkan kejadian sama berulang, orang awam dinasihati untuk berhati-hati dalam menyebarkan sebarang maklumat kerana bimbang boleh mempengaruhi tahap kesihatan seseorang.

Contohnya untuk isu Asid Folik dibuat daripada hati khinzir ini, dibimbangi ramai ibu hamil menolak untuk menggunakan Asid Folik sedangkan ubat ini sangat bermanfaat untuk mereka.

Public Health Malaysia.

Untuk info, Public Health Malaysia adalah sebuah platform yang menyampaikan maklumat mengenai isu kesihatan awam serta menfokuskan kepada pencegahan, perlindungan, promosi kesihatan kepada cara hidup sikar kepada komuniti.

Harap tak ada yang keliru antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Public Health Malaysia (PHM) 


Kepentingan Asid Folik Kepada Wanita Hamil

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook Dr Imelda Bachin, beliau berkongsi tentang kepenting pengambilan suplemen asid folik sebelum hamil dan ketika tiga bulan pertama disahkan mengandung.

Menurut doktor ini, asid folik digunakan untuk mencegah kecacatan janin sehingga boleh mengakibatkan risiko maut yang disebut sebagai Neural Tube Defect (NTD).

Dr Imelda turut menasihati para wanita agar tidak melengahkan waktu untuk mengambil asid folik.

“Jangan tunggu dah hamil dan jangan tunggu buka buku pink di Klinik Kesihatan baru nak dapatkan suplemen asid folik. Anda boleh beli sendiri di mana-mana farmasi, murah saja,” jelas Dr Imelda.

Sumber: Hello Dokter

Bagi wanita yang mempunyai penyakit seperti diabetes, obesiti atau pernah mengalami masalah NTD, dos asid folik yang disarankan adalah 5mg sehari.

Untuk wanita yang tidak mempunyai sebarang penyakit, dos yang digalakkan adalah 0.4mg sehari.

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Boleh Hamil Ketika Mengandung. Betul Ke?

Baca Artikel Berkaitan: Ini Prosedur Buka Buku Pink Untuk Ibu Hamil

Baca Artikel Berkaitan: Ibu Hamil Perlu Elak Skincare Yang Ada 6 Bahan Kimia Ini. Bahaya Untuk Kandungan!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd