[Video] Hazeman Huzir Amuk Terima Komen Wanita ‘Miang’ Dengan Lelaki Palestin
Hazeman meluahkan rasa kecewa dengan sesetengah wanita yang tidak sensitif semasa mereka sedang berborak mengenai isu di Palestin di live Instagram.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pergolakan di Palestin yang belum menunjukkan sebarang petanda bakal berakhir dan telah memusnahkan banyak kediaman penduduk tempatan di sana menerusi bedilan roket serta bom dari tentera Israel.
Sehingga kini, lebih 8,000 mangsa telah terkorban termasuklah kanak-kanak, wanita dan warga emas.
Kekejaman Israel ini telah memberi kesan cukup mendalam lebih-lebih lagi kepada masyarakat beragama Islam di seluruh dunia yang melihat kesengsaraan saudara-mara seagama di sana.
Hazeman Huzir Bengang Lihat Komen ‘Menggatal’ Wanita Di Live Instagram Bersama Rakyat Palestin
Baru-baru ini, pengacara tempatan dikenali sebagai Hazeman Huzir telah membuat satu siaran live di laman Instagram miliknya bersama seorang rakyat Palestin yang menceritakan detik ketika rumahnya dibom oleh rejim Zionis.
Namun, ruangan komen di siaran live terbabit difahamkan telah dipenuhi dengan segelintir wanita yang memuji ketampanan lelaki dari Palestin itu.
Oleh kerana terganggu dengan komen-komen berbaur menggatal ketika siaran live berkenaan, Hazeman terpaksa menangguhkan dahulu perkongsian mereka untuk menegur beberapa wanita tersebut dalam keadaan menahan marah serta malu.
Dalam hantaran itu, Hazeman meluahkan rasa kecewa dengan sesetengah wanita yang tidak sensitif semasa mereka sedang berborak mengenai isu di Palestin.
Bodoh mana yang aku tengah live tadi dia tinggalkan komen ‘Eh handosme lah Yusof ni’. Apa benda korang ni? Aku berborak benda yang serius tau. Rumah dia baru kena bom tau. Tak sensitif langsung korang ni.
Hazeman Huzir
Tambah Hazeman lagi, dia agak kesal kerana sebelum ini dia banyak memuat naik konten yang memartabatkan para wanita, sebaliknya tindakan sesetengah golongan hawa ini didakwa agak memalukan.
Punya lah content-content aku sebelum ni memartabatkan para suri rumah dan golongan hawa. Macam ni ke rupa kaum yang aku pertahankan? Bukan seorang je perempuan, tetapi ramai. Aku buka komen section tu untuk pandangan dan soalan bernas. Tapi yang muncul adalah komen wanita-wanita gelenyar seolah tak pernah nampak jantan dalam hidup.
Hazeman Huzir.
Difahamkan ketika Hazeman meninggikan suara untuk memberi teguran, lelaki dari Palestin bernama Yusof itu cuba menenangkan keadaan.
Netizen Naik Angin Dengan Wanita Yang Menggatal Di Ruangan Komen
Ruangan komen hantaran dimuat naik oleh Hazeman memaparkan banyak reaksi dari netizen yang turut menyokong tindakan pengacara itu menegur sesetengah wanita dengan tanpa segan silu meninggalkan komen tidak sepatutnya ketika siaran live bersama rakyat Palestin.
Netizen juga berpendapat komen-komen berbaur menggatal adalah satu perbuatan yang tidak mencerminkan martabat tinggi seseorang wanita.
Malah, netizen yang lain meluahkan rasa malu apabila melihat sendiri komen dari wanita yang tidak berhenti-henti memuji ketampanan rakyat Palestin itu.
Pada masa yang sama, netizen berterima kasih kerana Hazeman berani memberi teguran kepada mereka yang tidak menjaga sensitiviti ketika perbualan serius sedang dibincangkan.

Siapa Sebenarnya Hazeman Huzir Ini?
Selain pernah bergelar pengacara untuk rancangan ‘h Live!’ serta Motif Viral di Astro dan menceburi bidang penerbitan, Hazeman juga merupakan seorang content creator.

Dengan jumlah pengikut seramai 522,000 di YouTube dan 226,000 di Instagram, Hazeman juga bergiat aktif dalam misi kemanusiaan dengan menghantar bantuan barangan keperluan di Syria.
Hazeman kini lantang bersuara tentang pergolakan yang berlaku di Palestin untuk menyebarkan kesedaran mengenai hal ini kepada orang ramai.
Baca Artikel Berkaitan: “Tolong Sensitif Sikit” – Warga Malaysia Di Palestin Kecewa Orang Hubungi Untuk Dengar Bunyi Bom
Baca Artikel Berkaitan: Apa Maksud Slogan ‘From The River To The Sea, Palestine Will Be Free’?
Baca Artikel Berkaitan: Ini 6 Cara Untuk Elak Akaun Media Sosial Anda Disekat Kerana Kongsi Isu Palestin
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



