[Video] Tular Premis Jual Nasi Kandar Lauk Daging Babi, Netizen ‘Berdebat’ Di Media Sosial
Sesetengah netizen berpendapat menu Nasi Kandar tidak sepatutnya dihidangkan dengan lauk yang tidak halal kerana ia “milik” masyarakat Muslim.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bila sebut Nasi Kandar, mesti ramai yang terliur kan? Maklumlah, hidangan ini merupakan salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia.
Kebiasaannya, menu Nasi Kandar ini dihidangkan dengan lauk ayam, daging atau sotong, sayur bendi dan telur masin berserta kuah likat yang membanjiri hampir keseluruhan pinggan.
Namun baru-baru ini, hidangan Nasi Kandar menjadi topik hangat di media sosial selepas wujud kontroversi melibatkan makanan tersebut.
Premis Kedai Makan Di Damansara Jaya Menjual Nasi Kandar Dengan Lauk Daging Babi
Menerusi video dimuat naik di laman Instagram (@eat.with.aishwarrya), wanita ini memperkenalkan sebuah premis makanan di Damansara Jaya yang dikenali sebagai Pumbaa’s dan sudah dinyatakan ia adalah tidak halal.
Ini kerana mereka menghidangkan lauk daging babi sebagai salah satu menu mereka bersama Nasi Kandar dan Nasi Lemak.
Selain itu, lauk masakan yang lain seperti mutton varuval, ayam goreng dan sambal sotong juga ada dijual di sana.
Menurut wanita itu lagi, dia belum pernah terjumpa premis yang menghidangkan lauk daging babi dengan kedua-dua menu tersebut.
Hidangan Nasi Kandar Bersama Lauk Daging Babi Raih Pelbagai Reaksi Netizen
Namun, lauk daging babi itu yang dihidangkan bersama menu Nasi Kandar dan Nasi Lemak menjadi perbualan hangat di media sosial.
Sesetengah netizen berpendapat menu Nasi Kandar tidak sepatutnya dihidangkan dengan lauk yang tidak halal kerana ia juga menjadi hidangan masyarakat Muslim.
Hang nak buat nasi campur dgn daging khinzir go ahead.
— Shakir 🇲🇾🚀 (@ShakirAmeer) October 30, 2023
Jgn kaitkan dgn nasi kandar. As a mamak fella I find this offensive.
For them it may be a funny marketing gimmick where they may say 'bad publicity is still publicity' bla bla bla
But please la dont need to offend.
Namun, ada pula netizen yang mengganggap ia adalah taktik pemasaran untuk mempromosikan kedai makan tersebut.
Dalam pada itu, netizen lain berkata tiada masalah sekiranya hidangan Nasi Kandar dimakan dengan lauk daging babi kerana sudah jelas dinyatakan bahawa ia tidak halal kepada penganut beragama Islam.
Tambah mereka lagi, sesetengah hidangan kaum Cina dan India juga pernah diolah menjadi versi halal bagi membolehkan ia turut dirasai oleh masyarakat kaum Melayu.
kelakar lah nasi kandar babi tu dikatakan menghina. which part of it is menghina? 😭 sebab ada nama babi ke? are you well aware that ‘kari babi’ is just food? jekwkenf
— nct — ♡ (@kiminoriii) October 30, 2023
idk which part of it is insulting to you people. you are weird as hell
Aku kan malas nak comment pasal benda lain time krisis kemanusiaan TAPI…
— Izzati Rosdi (@xatyrosdi) October 30, 2023
…NAMA PUN NASI LEMAK & NASI KANDAR BABI KAU DAH KENAPA BODOH BENDA KAN NON-HALAL YANG KAU SIBUK DENGAN MAKANAN ORANG KENAPA?
TERINGIN KE?
Sekian.
Y’all make carbonara with salmon and lamb. You don’t have any rights to criticize Nasi Kandar with babi.
— கிருஷ்ணா (@krishk_kumar92) October 30, 2023
PRESMA Anggap Hidangan Daging Babi Dalam Nasi Kandar Sebagai Satu Penghinaan
Memetik sumber Harian Metro, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) pula meluahkan rasa kesal terhadap premis yang menjual hidangan nasi kandar dengan lauk daging babi.
Presiden PRESMA Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata tindakan tersebut dilihat sebagi satu penghinaan kepada industri nasi kandar di Malaysia yang kebanyakannya diusahakan oleh restoran Muslim.
Tambahnya lagi, video berkenaan yang telah tular menjadi kebimbangan sekiranya boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan penggemar Nasi Kandar.
PRESMA dalam kenyataannya menegaskan bahawa kesemua premis Nasi Kandar milik ahli PRESMA adalah dijami halal dan bebas daripada bahan terlarang dalam agama Islam.
Beliau turut menasihati orang ramai agar menjaga sensitiviti kandungan yang dihasilkan di media sosial.
Artikel Berkaitan: Kedai Nasi Kandar Pertama Di Tokyo Laku Keras
Artikel Berkaitan: Did You Know That Nasi Kandar Literally Meant Rice Carried On A Pole?
Artikel Berkaitan: Here’s How To Get The Best Nasi Kandar Experience (With Pro Tips!)
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



