Now Reading
“Terpaling Victim” – Netizen Kecam Zionis Sempat Sertai Marathon Walau Sedang Hadapi Perang

“Terpaling Victim” – Netizen Kecam Zionis Sempat Sertai Marathon Walau Sedang Hadapi Perang

Rejim Zionis yang menyertai acara marathon itu dilihat berlari sambil mempamerkan helaian kertas yang dilekatkan bersama nama tawanan rejim Israel pada baju masing-masing.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Serangan bom oleh Zionis ke penduduk di Palestin masih tidak berkesudahan sehingga ke hari ini (30 Oktober).

Memetik laporan Al-Jazeera, lebih 8,000 mangsa warga Palestin tidak bersalah dilaporkan syahid di tanah air tercinta.

Namun begitu, ramai warga Israel yang dilihat masih senang-lenang menikmati kehidupan walaupun ramai rakyat Palestin termasuk bayi telah dibunuh secara kejam.


Penduduk Israel Sertai Marathon Ketika Peperangan Sedang Berlangsung Di Gaza

Seperti baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman X (Twitter @ShaykhSulaiman) menyaksikan sekumpulan penduduk Israel sedang berlari dalam satu acara marathon.

Dalam video yang dikongsikan, para wanita dan lelaki yang turut serta dalam marathon tersebut dilihat sedang berlari di kawasan basikal dan pejalan kaki di bandar Tel Aviv.

Ada juga yang dilihat sedang berlari sambil mengibarkan bendera Israel menandakan sokongan kepada pihak mereka.

Perkara yang mengundang perhatian ramai adalah apabila mereka berlari sambil mempamerkan helaian kertas yang dilekatkan bersama nama tawanan rejim Israel pada baju masing-masing.

Sumber: X (Twitter @ShaykhSulaiman)

Netizen Pertikai Penduduk Israel Sempat Anjurkan Marathon Ketika Peperangan

Menjengah ke ruangan balas hantaran itu, rata-rata warganet mempertikaikan dan mengeji kelakuan rejim Zionis yang sempat mengadakan acara marathon walaupun negara sedang bergolak dengan pejuang Hamas.

“Mereka tidak kelihatan seperti sedang berperang kan?” kata seorang netizen.

Ada juga berkata mereka yang menyertai acara larian itu bersikap tidak prihatin terhadap mangsa terkorban di Palestin.

“This is next level of ignorant. Negara jiran sedang diserang, kau seronok pergi marathon!” ujar seorang wanita.

Bukan itu sahaja, seorang netizen berkata bahawa video itu menunjukkan kehidupan dan realiti sebenar yang dilalui oleh pejuang Palestin dan penduduk Israel pada ketika ini.

“Rakyat Palestin tidak mempunyai tempat untuk berlari,” ujarnya.

Sumber: X

Sikap Terkutuk Zionis Dalam Al-Quran & Hadis

Untuk makluman semua, kekejaman dan keganasan yang ditunjukkan oleh bangsa Yahudi sudah termaktub dalam dalil al-Quran serta hadis.

Bukan itu sahaja, perangai buruk yang ditunjukkan oleh mereka telah pun bermula sejak zaman dahulu lagi sebelum adanya Zionisme.

Antara sikap keji bangsa Yahudi yang dinyatakan dalam kitab suci tersebut serta hadis adalah seperti:

  • Sentiasa bersikap keras.
  • Sentiasa menceroboh dan derhaka.
  • Suka mendoakan kecelakaan Nabi Muhammad SAW.
  • Suka berbunuh-bunuhan.
  • Suka menggunakan helah untuk melanggar syariat.
Sumber: Insider/Pexels

Baca Artikel Berkaitan: Menceroboh, Bunuh, Doa Kecelakaan Nabi & 3 Lagi Perangai Buruk Yahudi Dalam Al-Quran Serta Hadis

Baca Artikel Berkaitan: Sengaja Ejek Warga Palestin Kerana Tiada Bekalan Air & Elektrik, Video Rakyat Israel Ini Dikecam Netizen

Baca Artikel Berkaitan: Israel Akan Halang Usaha Elon Musk Untuk Tawar Starlink Ke Gaza


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd