Dilihat Pakai Mafla Palestin Ketika Bersiaran, Pembaca Berita RTM Dipuji Netizen
Setiap laporan dari pembaca berita di RTM juga diakhiri dengan slogan politik Palestin iaitu ‘Dari Sungai Hingga Ke Segara, Palestin Pasti Merdeka’.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sokongan yang jelas dari rakyat Malaysia terhadap perjuangan Palestin cukup mengagumkan apabila orang ramai turut serta dalam perhimpunan aman secara fizikal dan maya.
Selain Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin (Malaysia Stands With Palestine Rally) yang berlangsung pada 24 Oktober di Stadium Axiata Arena, golongan muda juga dilihat kreatif bagi menunjukkan sokongan mereka.
Siapa sangka platform permainan Roblox juga boleh menjadi tempat himpunan secara maya melibatkan pengguna lain menerusi server yang diberi nama ‘Dataran Tanjung Mas’.
Walaupun ia sekadar atas talian, tetapi sambutan yang diterima cukup mengalakkan kerana ramai pengguna dilihat turut membawa bendera Palestin bersama mereka.
Artikel Berkaitan: [Video] Generasi Muda Buat Protes Digital, Sokong Palestin Di Roblox. Siap Ada Sepanduk & Laungan Takbir!
Pembaca Berita RTM Tampil Memakai Mafla Palestin Ketika Membuat Laporan Berita
Terbaharu, pembaca berita di siaran Rancangan Televisyen Malaysia (RTM) turut memberi sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin ketika menyampaikan laporan berita.
Menerusi ciapan yang dimuat naik di laman X (Twitter @Alisaayusra), kesemua pembaca berita RTM dilihat menggantungkan mafla bermotifkan Palestin di bahagian leher mereka.
Malah, pembaca berita yang memberi panduan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran turut bersama-sama memakai mafla Palestin sebagai tanda solidariti.
Bukan itu sahaja, setiap laporan mereka juga diakhiri dengan slogan politik Palestin iaitu ‘Dari Sungai Hingga Hingga Ke Segara, Palestin Pasti Merdeka’.
Wow RTM 👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻 amazingggg semua pemberita pakai mafla Palestine #SavePalestine #FreeGaza pic.twitter.com/8dExMMpzeD
— Alisa Yusra (@Alisaayusra) October 25, 2023
Netizen Puji Sokongan Terhadap Palestin Yang Ditunjukkan Oleh RTM
Semangat untuk menyokong perjuangan Palestin yang dipamerkan oleh RTM semasa menyampaikan laporan berita itu sudah pastinya mendapat reaksi positif dari netizen di media sosial.
Malah ada juga netizen yang memberitahu bahawa rancangan lain dalam siaran RTM turut melakukan perkara sama dengan melibatkan pengacara serta tetamu jemputan mereka.
Tambah netizen lain pula, penyampai radio TraXX FM juga melakukan perkara yang sama.
Netizen juga memberi cadangan supaya perkara ini boleh dijadikan contoh kepada saluran berita yang lain untuk bersama-sama mempamerkan sokongan kepada Palestin.

Maksud Sebenar Slogan ‘From The River To The Sea, Palestine Will Be Free’
Sebelum ini, seorang pendakwah dikenali sebagai Ustaz Izmir Fareez berkongsi erti sebenar di sebalik slogan itu ketika ditemu bual bersama penyampai radio Sinar FM.
Menurutnya, slogan tersebut merupakan slogan politik Palestin yang membawa maksud di sebalik bentuk wilayah sebenar milik Palestin.
Kalau anda perasan, slogan itu menyebut perkataan sungai dan laut. Ia sebenarnya merujuk kepada Sungai Jordan sehingga ke Laut Mediterranean.

Pada tahun 1948, Palestin telah jatuh ke tangan Israel dan wilayah tersebut mula diambil sedikit demi sedikit oleh rejim Zionis sehingga ke hari ini.
Disebabkan itulah munculnya slogan ‘From The River To The Sea, Palestine Will Be Free’ untuk mengambil semula tanah Palestin yang sudah dirampas oleh Israel selama 75 tahun sejak 1948.
Artikel Berkaitan: Apa Maksud Slogan ‘From The River To The Sea, Palestine Will Be Free’?
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.