Now Reading
“Nampak ‘Free’ Je” – Netizen Berang Ejaan Free Palestine Disekat Di Komen Live Stream TikTok

“Nampak ‘Free’ Je” – Netizen Berang Ejaan Free Palestine Disekat Di Komen Live Stream TikTok

Warganet telah memberi idea kepada orang ramai supaya perkataan Palestin digantikan dengan ejaan lain agar komen di live stream TikTok tidak disekat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kekecohan yang berlaku di Gaza pada ketika ini dilihat semakin mengganas. Ribuan mangsa tidak bersalah telah dilaporkan terkorban selepas dibunuh oleh Rejim Zionis.

Susulan kekejaman yang semakin teruk, ramai influencer serta selebriti di Malaysia telah menyebarkan kesedaran kepada orang ramai tentang isu tersebut di media sosial masing-masing.

Antara aktor yang telah lantang bersuara tentang perkara ini adalah Alif Satar di mana dia sering berkongsi video-video berkaitan peperangan berkenaan di Instagram Story miliknya.

Baca Artikel Berkaitan: “Bye-bye 400k Followers” – TikTok Nadiyah Shahab Kena Ban Lepas Lantang Bersuara Isu Palestin


Komen #FreePalestin Disekat Di Live Stream TikTok

Baru-baru ini, tular satu ciapan di laman X (Twitter @lANZAlNAL) menyaksikan seorang individu yang sedang membuat live stream di TikTok berang apabila perkataan ‘Palestin’ daripada #freepalestin di ruangan komen dipercayai tidak kelihatan.

Jika dilihat pada video itu, kebanyakan komen netizen hanya menunjukkan perkataan ‘free’ sahaja.

Menurut individu itu, penggunaan perkataan Palestin dalam komen bagi menyebarkan kebenaran kepada orang ramai telah disekat oleh platform tersebut.

“Aku tak puas hati, ni dah racist,” ujarnya.

Sumber: X (Twitter @lANZAlNAL)

Reaksi Orang Ramai Terhadap Ejaan Palestin Yang Disekat

Menjengah ke ruangan balas ciapan tersebut, rata-rata warganet telah meluahkan rasa ketidakpuasan hati apabila mereka juga menghadapi masalah yang sama di platform itu.

“Komen aku kena buang terus tak sampai lima minit,” ujar pengguna laman X.

Disebabkan ramai yang mengalami situasi yang sama, beberapa individu telah berkongsi idea agar komen tentang Palestin tidak lagi disekat selepas ini.

Menurut mereka, perkataan Palestin tidak perlu dieja dengan betul. Cukup sahaja difahami oleh orang ramai.

Antara ejaan yang boleh digunakan bagi menggantikan perkataan asal Palestin adalah seperti ‘paylesstin’, ‘filistin’, ‘plstin’, ‘p@le$t1N’ atau letakkan sahaja bendera negara itu.

Sumber: X (Twitter @lANZAlNAL)

Ini Cara Untuk Elak Akaun Media Sosial Disekat Apabila Post Tentang Isu Palestin

Ramai juga pengguna di media sosial telah membuat aduan apabila perkongsian tentang isu peperangan di Palestin telah disekat.

Susulan itu, pengacara Hazeman Huzir bersama Heliza Helmi serta Hazwani Helmi baru-baru ini telah berkongsi beberapa tips untuk memastikan akaun media sosial tidak disekat atau shadow-banned disebabkan oleh hantaran yang berkait rapat dengan isu Palestine. Antaranya:

  • Tulis sebarang perkongsian di aplikasi ‘notes’ di telefon dan ‘screenshot’ sebelum dimuat naik ke media sosial.
  • Aktifkan tetapan ‘sensitive content’ di laman Instagram.
  • Letak link sumbangan di bahagian bio media sosial dan bukannya pada hantaran.

Baca Artikel Berkaitan: Konten Palestin Disekat Di Media Sosial, Meta Perjelas Isu Ini

Baca Artikel Berkaitan: “Tolong Sensitif Sikit” – Warga Malaysia Di Palestin Kecewa Orang Hubungi Untuk Dengar Bunyi Bom


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd