Isteri Sanggup Masak Hidangan Kancil Walau Geli, Demi Suami Tercinta
Si isteri yang hendak masakkan lauk kancil buat suaminya terkejut melihat masih ada kepala haiwan itu semasa ‘defrost’ daging di dalam singki dapur.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kancil adalah satu haiwan kecil yang boleh ditemui di hutan Malaysia. Hidupan ini merupakan antara haiwan buruan terkenal bagi mereka yang suka memburu.
Kalau anda lihat di pasar raya, memang jarang kelihatan daging haiwan ini dijual. Selalunya daging tersebut boleh didapati di kawasan kampung kerana orang kampung sering memburu.
Isteri Nangis Ketika Sediakan Lauk Kancil Buat Suami
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok milik (@sygsokmo78) menyaksikan seorang isteri sedang memasak lauk daging kancil buat suaminya.
Menurut wanita itu, pada awalnya dia telah menolak untuk membersihkan daging kancil yang dibeli oleh suaminya daripada seorang peniaga kerana ketakutan dan berasa geli.
Segala proses memotong daging dilakukan oleh suami dan kemudiannya dimasukkan ke dalam peti sejuk beku.
Setibanya waktu untuk memasak, si isteri terkejut apabila dia terlihat masih ada kepala kancil semasa ‘defrost’ daging di dalam singki dapur.
“Ya Allah, geli-geliman, memang sejenis yang seram dengan kepala ayam atau kambing,” ujarnya dalam perkongsian.
Jika dilihat dalam video, wanita itu sampai menggigil sambil menangis ketika sedang memasak lauk.

Disebabkan takut yang melampau, wanita ini meneruskan proses memasak sambil memandang ke arah tepi kerana tidak sanggup melihat daging haiwan itu.
Tambahnya lagi, dia tidak pernah menyaksikan cara haiwan ini disembelih secara depan mata.
Meskipun berasa gerun, namun dia tetap memasak lauk itu buat suaminya yang sibuk bekerja dari pagi sehingga malam.
Dalam pada itu, hati wanita ini akhirnya terubat apabila pasangan dikatakan telah memuji masakan berkenaan lazat di WhatsApp.
Hukum Makan Daging Kancil Disisi Islam
Buat mereka yang tidak biasa makan daging kancil, pasti anda tertanya-tanya sama ada daging haiwan ini halal atau haram.
Di sisi agama Islam, haiwan yang bertaring dan menggunakannya untuk tujuan memburu adalah diharamkan untuk makan.
Walaupun kancil mempunyai taring, ia tidak menggunakannya untuk memburu kerana tidak makan sebarang jenis daging.
Ibn Abbas R.Anhuma, beliau berkata:
نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَنْ كُلِّ ذِي نَابٍ مِنَ السِّبَاعِ وَعَنْ كُلِّ ذِي مِخْلَبٍ مِنَ الطَّيْرِ
Maksudnya: “Rasulullah SAW melarang memakan setiap binatang buas yang bertaring dan setiap jenis burung yang mempunyai kuku untuk mencengkam.”
Dalam konteks ini, kancil tidak dianggap sebagai haiwan buas kerana ia makan buah-buahan dan tumbuhan.
Oleh itu, makan daging kancil ini dikira halal.
Baca Artikel Berkaitan: “Terus Takde Mood Nak Makan” – Wanita Jumpa Lipas Dalam Botol Kicap
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Kembang Tekak”- Pelanggan Temui Ulat Dalam Nasi Goreng Buat Ramai Geli
Baca Artikel Berkaitan: “Daging Wagyu Ke?” Pelanggan Terkejut Beli 30 Cucuk Sate Harga RM107 Di Cheras
Sumber: Tiktok (@sygsokmo78) | Pejabat Mufti
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram