Tentera US Teruja Tengok Senjata Askar Melayu, Siap Nak Beli & Bayar Dalam Dolar
Antara senjata tradisional yang dipamerkan oleh tentera Melayu kepada sekumpulan askar Amerika Syarikat adalah seperti keris dan samurai.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap negara pasti mempunyai pelbagai kelengkapan aset senjata dari yang tradisional sehingga yang lebih canggih untuk digunakan bagi melawan musuh.
Kebanyakan senjata moden seperti senapang, pistol dan bom dipercayai dimiliki oleh pihak ketenteraan negara-negara lain juga.
Namun, senjata tradisional yang digunakan oleh askar Melayu pada zaman dahulu menjadi perhatian sekumpulan tentera dari negara Barat.
Tentera Amerika Syarikat Teruja Lihat Senjata Tradisional Askar Melayu Terdahulu
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok (@brothershamm), sekumpulan tentera dari Amerika Syarikat dikatakan teruja melihat senjata tradisional yang digunakan oleh askar-askar Melayu terdahulu.
Antara senjata yang dipamerkan adalah seperti keris, kerambit, lembing, samurai dan lain-lain.
Dalam video berkenaan, seorang tentara Malaysia memberikan penerangan kepada beberapa anggota tentara Amerika Syarikat berbaju hitam berkaitan senjata-senjata yang dipamerkan.

Malah, ada juga yang lebih teruja untuk memegang sendiri senjata itu dengan penuh tekun.
Bukan itu sahaja, mereka dikatakan mahu membeli beberapa senjata tradisional yang ditunjukkan itu dengan bayaran dalam nilai US Dollar.
Difahamkan, aktiviti tersebut berlaku askar Amerika Syarikat berkunjung ke MCTC Desa Pahlawan di Kota Bharu, Kelantan.
Netizen Puji ‘Slang’ Berbahasa Inggeris Tentera Melayu Ibarat Orang Luar Negara
Di ruangan komen, ramai netizen memuji cara pertuturan tentera Melayu yang berkomunikasi dengan askar dari Amerika Syarikat dalam bahasa Inggeris. Siap ada yang kata suaranya seperti pelakon Dwayne Johnson (The Rock)!
Mereka juga teruja melihat cara tentera-tentera Amerika Syarikat yang kagum dengan senjata tradisional dimiliki askar Melayu terdahulu sehingga mahu membelinya.

Walaupun pahlawan terdahulu tidak menggunakan senjata canggih seperti penjajah, namun kehebatannya tidak dapat ditandingi sehingga berjaya mengalahkan musuh-musuh terdahulu.
Yang paling berharga daripada senjata dimiliki mereka adalah keberanian dalam diri dan semangat juang untuk mempertahankan negara.
Artikel Berkaitan: 2 Kadet Malaysia Diterima Masuk Ke Dalam Akademi Tentera Udara & Tentera AS. Tahniah!
Artikel Berkaitan: Angkatan Tentera Malaysia Bantu Tambah Baik Aspek Pengurusan Banjir
Sumber: TikTok @brothershamm
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.