Now Reading
“Upin Ipin Dari Malaysia? Jangan Tonton” – Gabenor Bali Gesa Generasi Muda Bali Berhenti Tonton Filem Dari Malaysia

“Upin Ipin Dari Malaysia? Jangan Tonton” – Gabenor Bali Gesa Generasi Muda Bali Berhenti Tonton Filem Dari Malaysia

Koster menerusi kenyataan sama menyeru agar generasi muda Bali untuk menonton filem Jayaprana Layonsari yang boleh dijadikan inspirasi buat mereka semua.

upin ipin

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


CNN Indonesia baru-baru ini melaporkan, Gabenor Bali iaitu Wayan Koster mengeluarkan kenyataan meminta generasi muda untuk berhenti menonton filem animasi dari Malaysia iaitu Upin & Ipin.

Beliau memaklumkan perkara itu dalam acara Penyerahan Hadiah Lomba Esai Film Jayaprana Layonsari bertempat di Wantilan DPRD Provinsi Bali, pada 14 Ogos 2023 (Isnin).

Koster dalam kenyataannya berkata, “Tapi kita bersyukur Bali dianugerahi kekayaan keunikan dan kemuliaan adat tradisi seni budaya dan kearifan lokal. Yang telah terbukti mampu menjadikan Bali ini dengan masyarakatnya boleh survive, sejahtera dan bahagia,” jelasnya.

Beliau dalam masa yang sama menyentuh tentang budaya dari luar, teknologi, dan cara kehidupan moden boleh berkembang, namun menegaskan supaya rakyatnya untuk jangan pernah meninggalkan budaya Bali.

“Boleh kita tonton filem yang mempunyai nilai dari budaya dari luar, apa namanya itu dari Malaysia, Ipin Upin. Jangan lagi tonton itu, kurang jelas, apa itu. Lebih baik kita bangunkan produksi yang berakar pada tradisi dan budaya kita, tanah Bali betul-betul memiliki kekayaan untuk itu,” tegasnya.

Koster menerusi kenyataan sama menyeru agar generasi muda Bali untuk menonton filem Jayaprana Layonsari yang boleh dijadikan inspirasi buat mereka semua.

“Saya minta adik-adik semua agar menonton film Jayaprana ini, supaya boleh menjadikan inspirasi bagaimana menjalani kehidupan yang baik. Serta yang penting buat kita adalah ikut menjadi bahagian dalam membangun dan memajukan kebudayaan Bali,” ujarnya lagi.

Sumber: CNN Indonesia


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd