[Terkini] Seksyen 13, Shah Alam Ditenggelami Banjir, Air Melebihi Paras Amaran
Sungai Damansara di Batu Tiga, Shah Alam dilaporkan melebihi paras amaran. Ia merekodkan bacaan 5.35 meter (m) berbanding normal iaitu 2.7 m dan masih menunjukkan trend meningkat ketika ini.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Hari ini (16 Ogos 2023), kawasan Shah Alam iaitu di sekitar Seksyen 13 telah ditenggelami banjir akibat hujan lebat hampir sejam sejak kira-kira 3 petang tadi.
Beberapa jalan utama di kawasan berkenaan dilihat ditenggelami air banjir sehingga ada kereta yang tersangkut di dalam air.
Menerusi tinjauan kami di media sosial Facebook dan Twitter (X), video dan gambar kejadian banjir didapati telah menenggelami kenderaan yang diparkir di kawasan tersebut. Malah, air banjir pada ketika itu dilihat sedikit deras dan sudah hampir memasuki beberapa premis perniagaan di sekitarnya termasuklah Masjid Al-Ikhlas, Seksyen 13, Shah Alam.
Beberapa laluan jalan raya di sekitar kawasan tersebut turut ditenggelami air sehingga paras lutut.
Walau bagaimanapun, maklumat atau kenyataan rasmi daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) masih belum dikeluarkan setakat artikel ini ditulis.
Seksyen 13, Shah Alam tengah #banjir sekarang. Hati2 buat semua! pic.twitter.com/BCDIgeOJtE
— SIMPANAN EMAS (@MSHAHRULADZHAR) August 16, 2023
Several areas in Shah Alam , Selangor, have been hit by flash floods after heavy rain this afternoon.
— Elill (@Elill_E) August 16, 2023
🔴 Section 13 Shah Alam were among the areas hit by floods#banjir
pic.twitter.com/yIr3S5taxq
Menerusi laman web info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) setakat pukul 4.50 petang, Sungai Damansara di Batu Tiga, Shah Alam dilaporkan melebihi paras amaran. Ia merekodkan bacaan 5.35 meter (m) berbanding normal iaitu 2.7 m dan masih menunjukkan trend meningkat ketika ini.
BERITA LANJUT MENYUSUL.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.