Now Reading
Si Ibu Gagal Bayar Pinjaman Peribadi RM100,000, Kereta Anak Jadi ‘Cagaran’ & Dirampas 3 Lelaki

Si Ibu Gagal Bayar Pinjaman Peribadi RM100,000, Kereta Anak Jadi ‘Cagaran’ & Dirampas 3 Lelaki

Melalui perjanjian bertulis, ibu mangsa bersetuju untuk menyerahkan kereta berkenaan sekiranya gagal membayar pinjaman terbabit, jelas PDRM.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Media sosial baru-baru ini telah dibanjiri oleh klip video sebuah kenderaan jenis Perodua Axia ‘diserang’ oleh tiga (3) individu tidak dikenali oleh pemandu kereta tersebut di mana individu berkenaan dihalau keluar daripada kereta miliknya dengan cara yang begitu agresif.

Klip video berdurasi 1:02 saat itu telah menjadi tanda-tanya orang ramai tentang apa sebenarnya yang berlaku ketika itu. Mangsa juga dilihat cuba untuk meminta bantuan orang awam (penunggang motosikal) yang berdekatan pada ketika itu.

Walau bagaimanapun, kereta miliknya dibawa lari secara melulu dan hampir melanggar seorang penunggang basikal yang berada di bahagian tepi lampu isyarat ketika itu.

Ramai juga yang membuat spekulasi seolah-olah individu tersebut telah dirompak di hadapan orang ramai ataupun kereta ditarik oleh pihak bank akibat gagal membuat pembayaran bulanan.

Namun, persoalan itu akhirnya terjawab apabila pihak polis memaklumkan bahawa ketiga-tiga suspek menerusi video tular tersebut berjaya ditahan.

Tiga lelaki warga tempatan (suspek) yang terlibat berusia dalam lingkungan 27 hingga 49 tahun telah ditahan di tiga lokasi berbeza iaitu di Kuala Kangsar, Perak dan Seberang Jaya serta di Butterworth, Pulau Pinang.


Ibu Mangsa Berhutang RM100,000 Jadi Punca Kereta Milik Anak Jadi Cagaran

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Mohd. Asri Shafie, hasil siasatan pihak polis mendapati ibu mangsa yang berusia 57 tahun telah membuat pinjaman wang berjumlah RM100,000 daripada seorang lelaki pada tahun 2020.

Melalui perjanjian bertulis, ibu mangsa bersetuju untuk menyerahkan kereta berkenaan sekiranya gagal membayar pinjaman terbabit. Memandangkan ibu mangsa gagal membayar pinjaman itu, lelaki (pemiutang) terbabit mengupah tiga lelaki untuk merampas kereta mangsa.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Mohd. Asri Shafie.

Mengulas lanjut, kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan tanpa senjata. Jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara 20 tahun dan dikenakan denda atau sebatan.

Pihak polis dalam masa yang sama masih mengesan suspek yang masih bebas dalam kes ini.


PDRM Minta Netizen Berhenti Tularkan Video

Pihak polis turut menggesa orang ramai untuk tidak terus menularkan video kejadian dan mereka juga boleh merujuk kepada pihak yang berkenaan untuk pengesahan maklumat supaya maklumat yang betul boleh diperolehi.

Dalam masa yang sama, sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pihak polis dengan menghubungi balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan IPD SPU ditalian 04-5759122.


Apa Itu Cagaran?

Penting untuk peminjam mengetahui bahawa cagaran pada asasnya adalah aset seperti kereta atau rumah yang mana peminjam telah mencagar apabila ingin mengambil sesuatu pinjaman. Satu pinjaman dengan cagaran dikenali sebagai peminjam bercagar.

Dalam pinjaman peribadi bercagar, jika peminjam gagal membayar balik pinjaman, bank boleh menarik balik aset yang telah ditetapkan sebagai cagaran sebelum ini.

Sebab itulah kena berhati-hati apabila meminjam dan menjadikan apa-apa aset sebagai cagaran!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd