Now Reading
[Video] Anak Tanya Tentang Jesus, Penjelasan Dari Johan Dipuji Netizen

[Video] Anak Tanya Tentang Jesus, Penjelasan Dari Johan Dipuji Netizen

Johan menjawab persoalan anaknya tentang Jesus dengan berhati-hati kerana pembantu rumah mereka beragama Kristian.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Terdapat pelbagai kepercayaan dan agama yang dianuti oleh seluruh masyarakat seluruh dunia seperti Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan sebagainya.

Di Malaysia, agama utama yang diamalkan adalah agama Islam kerana majoriti rakyat di negara ini adalah umat Islam. Kepercayaan lain juga masih boleh dianuti secara bebas di negara kita secara harmoni.

Namun, ajaran yang menyesatkan adalah dilarang dan penganutnya bakal dikenakan tindakan dari pihak berkuasa.

BACA JUGA: JAKIM Siasat Dakwaan Selebriti Indonesia Tentang Ramai Rakyat Malaysia Sertai Ajaran Sesat Di Jawa Barat

BACA JUGA: JAIS Siasat Isu Ajaran Lelaki ‘Mimpi’ Peristiwa Akhir Zaman


Anak Sering Tanya Tentang Jesus, Johan Beri Tazkirah Berkaitan Akidah Dan Hidayah Dari Allah

Menerusi sedutan video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter (@ciraplaici), pelawak terkenal dan penyampai radio iaitu Johan Raja Lawak atau nama sebenar Yazid Lim mengatakan anaknya sering bertanya tentang Jesus kepadanya.

Persoalan tentang Jesus itu katanya sering ditanya selepas dia memberikan tazkirah ketika selesai solat Maghrib berjemaah.

Sebagai majikan yang mempunyai pembantu rumah beragama Kristian, Johan menganggap ia sebagai satu cabaran untuk mendidik anak-anaknya tanpa menyinggung perasaan ‘maid’ tersebut.

Lebih-lebih lagi apabila pembantu rumahnya juga berminat untuk mendengar tazkirah yang diberikan.

Sumber: Instagram @jozlynnhanania

Masalahnya anak saya ni pula suka tanya pasal Jesus waktu saya bagi tazkirah. Jadi saya kena bagi jawapan dekat anak saya dengan jawapan sekadarnya sambil menjaga hati pembantu rumah yang beragama Kristian pada ketika itu.

Johan Raja Lawak.

Oleh kerana Johan kerap memberikan tazkirah selepas selesai solat berjemaah, pembantu rumahnya yang sudah dua tahun berkhidmat kepada keluarganya kini sudah memeluk agama Islam.

Sementara itu, Johan turut menjawab kecaman daripada netizen tentang isterinya iaitu Ozlynn Waty yang masih tidak memakai tudung sehingga kini.

Minta maaf cakaplah, saya ni selalu dapat komen ‘ah kau tahu agama tapi bini kau tak bertudung’. Sebagai suami, saya hanya beri galakkan dan rangsangan kerana hidayah itu milik Allah SWT.

Johan Raja Lawak.

Netizen Puji Cara Johan Beri Penjelasan Tentang Hidayah Dari Allah SWT

Petikan video yang menunjukkan perkongsian dari Johan itu membuatkan ramai netizen terkesima dengan penjelasan diberikan kerana ia mudah untuk difahami.

Malah, mereka turut memuji pelawak tersebut kerana memberi didikan agama yang baik sebagai seorang lelaki, suami dan juga ayah kepada anak-anaknya.


Cara Untuk Mendidik Anak-anak Tentang Agama Islam

Sebagai ibu bapa, kita bertanggungjawab memberikan didikan agama kepada anak-anak di rumah termasuklah perihal akidah, solat, ibadah, akhlak dan sebagainya.

Jom kami kongsikan beberapa tips sebagai langkah permulaan untuk mendidik anak-anak tentang agama.

Antaranya:

  • Menyuruh anak-anak duduk berhampiran ketika kita sedang solat.
  • Membiasakan anak-anak dengan masjid.
  • Banyakkan bercerita tentang Allah SWT, malaikat, para rasul, syurga, neraka, hari kiamat, dosa, pahala, dan lain-lain kepada anak.
  • Berdoa kepada Allah SWT supaya anak-anak dibentuk menjadi individu yang mendekati agama.
  • Suami dan isteri saling bekerjasama dalam memberikan didikan agama kepada anak-anak.

BACA JUGA: “Perintah Allah SWT Kena Sangat Hati-hati!” – Ini 5 Tips Untuk Mudah Didik Anak Perihal Agama

BACA JUGA: Cara Ganti Atau Qada’ Solat Yang Ditinggalkan Bertahun Lamanya. Pastikan Istiqamah!

BACA JUGA: Beri Pujian, Tidur Awal & 5 Lagi Tips Untuk Ajar Anak Kecil Berpuasa Di Bulan Ramadan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd