Hisap Vape Dalam Wayang Punca Loceng Penggera Berbunyi & Penonton Diarah Keluar
Selepas meneliti rakaman dari kamera litar CCTV, individu yang menghisap vape telah dikenal pasti oleh pihak panggung wayang.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!
Sejak belakangan ini, panggung wayang dipenuhi orang ramai selepas beberapa filem baharu telah mula ditayangkan seperti Polis Evo 3, Fast X dan The Little Mermaid.
BACA JUGA: Review Fast X: Lakonan Mantap Jason Momoa Berjaya Curi Tumpuan Ramai
Umum sedia maklum, panggung wayang mempunyai beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pelanggan.
Mungkin ada sesetengah penonton yang terlampau teruja untuk melihat filem kegemaran mereka sehingga terlupa dengan peraturan yang ditetapkan.
Penonton Selamba Hisap Vape Dalam Panggung Wayang Hingga Aktifkan Loceng Penggera
Baru-baru ini, tular satu kes yang dimuat naik oleh pengguna Twitter (@amofficialmy) menceritakan situasi kecoh ketika dia dan rakannya ingin menonton filem The Little Mermaid di panggung wayang.
Menurutnya, kesemua penonton di dalam dewan pawagam panggung wayang tersebut diminta untuk keluar selepas loceng penggera berbunyi.
Difahamkan, loceng tersebut berbunyi akibat tindakan seorang penonton yang sesuka hati menghisap rokok elektronik atau vape ketika berada di dalam panggung wayang.
Selepas meneliti rakaman dari kamera litar CCTV, individu yang terlibat telah dikenal pasti oleh pihak panggung wayang.
Semalam menyaksikan kebodohan orang tengok wayang. Emergency Alarm berbunyi menyebabkan semua hall kelam kabut sebab ada orang hisap vape dalam panggung wayang. Menyusahkan. pic.twitter.com/ty9eEK8HYP
— Adam (@amofficialmy) May 30, 2023
Netizen Bengang Dengan Sikap Segelintir Masyarakat Yang Tidak Mengikut Peraturan Di Dalam Panggung Wayang
Kes tular yang berlaku itu membuatkan ramai netizen bengang kerana tindakan menghisap vape tidak sepatutnya dilakukan di dalam panggung wayang.
Ini kerana asap yang keluar dari rokok elektronik tersebut boleh mengaktifkan loceng penggera.
Malah, ada juga yang berharap agar individu tersebut akan disaman dengan jumlah sepatutnya kerana telah mengganggu penonton lain untuk menonton filem di dalam panggung wayang.





Peraturan Ketika Berada Di Dalam Panggung Wayang
Setiap panggung wayang akan menetapkan peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pelanggan yang ingin menonton filem di dalam premis mereka. Antara peraturan tersebut adalah:
- Tidak boleh membawa makanan atau minuman dari luar premis panggung wayang.
- Tidak boleh membawa masuk haiwan peliharaan.
- Tidak boleh merakam mana-mana babak dalam filem menggunakan alat elektronik.
- Tidak boleh merokok atau menghisap vape.
- Meletakkan telefon di dalam keadaan senyap.
- Filem klasifikikasi 18 tahun hanya terhad kepada penonton berusia 18 tahun dan ke atas sahaja.
Sebelum ini, pernah tular kes di mana seorang wanita ditangkap kerana cuba merakam beberapa babak di dalam panggung wayang menggunakan telefon bimbit.
Tindakan tidak bertanggungjawabnya itu telah menyebabkan dia dan rakannya ditegur oleh seorang lelaki dipercayai pekerja di pawagam berkenaan.
Meskipun perbuatannya itu dikatakan sudah ‘kantoi’, tetapi wanita berkenaan menafikan bahawa dia ada merakam apa-apa.

Mereka yang ditangkap merakam filem di dalam panggung wayang akan dikenakan tindakan mengikut Akta Hak Cipta 1987 dan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Individu yang merakam sepenuhnya filem tanpa sebarang kebenaran daripada pihak penggung wayang pula akan didenda antara RM10,000 sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
BACA JUGA: Penonton Sesuka Hati Rekod Filem Dalam Wayang Guna Telefon & Muat Naik Di TikTok
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.