Now Reading
“Ya Allah, Rosak Minda Anakku” – Kes Baju Budak Corak Lucah & Tak Senonoh Dijual. Ibu Ini Luah Rasa Kesal

“Ya Allah, Rosak Minda Anakku” – Kes Baju Budak Corak Lucah & Tak Senonoh Dijual. Ibu Ini Luah Rasa Kesal

Difahamkan, baju tidur bercorak tidak senonoh yang mempamerkan bentuk badan wanita dewasa adalah untuk kanak-kanak berusia satu hingga 12 tahun.

Ibu Terkejut Tengok Corak Baju Tidur Anak Gambar Tidak Senonoh

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Kebiasannya, baju tidur kanak-kanak akan mempunyai corak yang comel atau karakter kartun terkenal seperti Elsa, Mickey Mouse, Barbie, BoboiBoy dan sebagainya.

Corak-corak tersebut boleh dikatakan banyak dijual di kedai-kedai borong dengan harga berpatutan. Lebih banyak kuantiti yang dibeli, lebih murah harganya.

Namun, lain pula yang berlaku kepada seorang wanita ini selepas dia sakan memborong baju tidur untuk anaknya.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Facebook Pemborong Pakaian Kanak-kanak Dan Dewasa)

Wanita Terkejut Peniaga Jual Baju Tidur Kanak-kanak Dengan Corak Tidak Senonoh

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook (Anis Syahirah Anis), wanita ini menunjukkan gambar baju tidur kanak-kanak bercorak dengan warna hitam yang dibeli untuk anaknya.

Tapi jika anda lihat dengan teliti, corak pada baju tidur yang dibeli itu mempunyai gambar bentuk badan wanita dewasa yang tidak berbaju.

Menurut wanita berkenaan, dia tidak menyedari corak baju tidur untuk anaknya itu tidak bersesuaian kerana sakan memilih lebih 30 pasang pakaian secara rawak dan menyangka ia hanyalah gambar daun berjalar.

Corak tersebut hanya mula disedari ketika anaknya terus mencuba baju tidur itu selepas pulang ke rumah.

Situasi yang berlaku membuatkan wanita tersebut terkejut kerana saiz baju tidur yang dibeli itu untuk kanak-kanak berusia satu hingga 12 tahun tetapi coraknya tidak bersesuaian dengan si pemakai.

Saya beli di kedai pemborong baju tidur di KL. Anak balik dia sendiri perasan gambar tak baiklah mama. Mama ingat corak daun berjalar masa di kedai. Ya Allah bila tenung, terkejut. Rosak minda anakku.

Pengguna Facebook, Anis Syahirah Anis.

Susulan kejadian itu, wanita ini mengambil keputusan untuk membuat laporan kepada pihak kedai pemborong terlibat.


Netizen Bengang Dengan Pengeluar Yang Tidak Menjaga Sensitiviti

Hantaran tersebut sudah pastinya membuatkan ramai netizen bengang kerana menganggap corak tidak senonoh pada baju kanak-kanak tidak sepatutnya berlaku.

Mereka juga memberi pendapat agar pengguna Facebook tersebut membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan kepada pihak peniaga terbabit.

Pada masa yang sama, netizen berpendapat bahawa ibu bapa lebih digalakkan untuk membeli baju tidur kanak-kanak dengan corak kartun atau tulisan sahaja dan mengelakkan dari sebarang corak abstrak bagi menghindari insiden ini berulang.


Panduan Untuk Membuat Aduan Kepada Pihak KPDNHEP

Sebagai pengguna, anda berhak untuk membuat sebarang aduan sekiranya terdapat sebarang kerosakan pada barangan atau tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang dibeli.

Cara-caranya adalah seperti berikut:

  1. Layari laman web eAduan KPDN.
  2. Klik pada ‘Aduan Kepenggunaan’.
  3. Jika anda tiada akaun, perlu daftar terlebih dahulu.
  4. Pilih ‘Aduan Kepenggunaan’.
  5. Klik ‘Aduan Baru’.
  6. Isi maklumat aduan dengan maklumat seperti berikut:
  7. Siap!

Antara aduan yang anda boleh buat adalah berkaitan:

  1. Penipuan Perkhidmatan
  2. Penipuan Harga
  3. Penipuan Transaksi Internet
  4. Jualan Bahan Petroleum
  5. Tiada Tanda Harga
  6. Bengkel Kenderaan Bermotor
  7. Penipuan Gores Dan Menang
  8. Penipuan Perjanjian Sewa Beli
  9. Penyelewengan Jualan Lansung

Untuk aduan berkaitan syarikat telekomunikasi boleh dibuat di laman web Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan klik [DI SINI].

BACA JUGA: Beli Baju Raya Online Tapi Lambat Sampai Atau Rosak? Ini Cara Buat Aduan Kepada KPDNHEP

BACA JUGA: Beli Barang ‘Online’ Tapi Lambat Sampai? Anda Boleh Fail Aduan Kepada SKMM

BACA JUGA: Scammer Online Guna Taktik Baru Tipu Pelanggan Masa COD Barang. Beware!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd