Now Reading
Pengunjung Pameran Kereta ‘Retro Havoc’ Buat Kecoh Sehingga Patahkan Bahagian Spoiler Kenderaan

Pengunjung Pameran Kereta ‘Retro Havoc’ Buat Kecoh Sehingga Patahkan Bahagian Spoiler Kenderaan

Salah seorang pengunjung 8th Retro Havoc Car Show di The Curve, Mutiara Damansara telah mematahkan Carbon Wing Original Re Amemiya yang dipasang pada kereta RX-7 FDF3S.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Bagi sesetengah orang, kereta itu hanyalah sekadar kenderaan yang membawa anda bergerak dari satu destinasi ke destinasi lain. Tetapi kepada peminat kereta, nilai kenderaan ini adalah lebih daripada itu.

Minat mereka terhadap kereta seolah-olah mempunyai hubungan serta emosi yang erat dengannya.

Di Malaysia, pameran kereta menjadi salah satu acara yang sering dilakukan untuk menunjukkan minat mereka terhadap kereta.


Pengunjung 8th Retro Havoc Car Show Buat Kecoh Sehingga Rosakkan Salah Satu Bahagian Pada Kereta Yang Dipamerkan

Baru-baru ini, The Curve di Mutiara Damansara telah menganjurkan satu acara yang dikenali sebagai 8th Retro Havoc Car Show.

Acara ini yang kebiasaannya dilakukan di tempat letak kereta bawah tanah pusat membeli-belah itu menyaksikan kira-kira 1,000 kereta dipamerkan dari pelbagai negara termasuklah Malaysia, Thailand dan Singapura.

Memetik laporan Paultan, kira-kira 70,000 pengunjung telah menghadiri acara ini meskipun terdapat bayaran masuk berharga RM10 dikenakan untuk setiap individu.

Pameran kereta tersebut menjadi perhatian di media sosial apabila pemilik kenderaan RX-7 FDF3S melihat sayap karbon Re Amemiya yang original dirosakkan oleh pengunjung ketika mereka berlari selepas mendengar bunyi dentuman dari kereta lain.

Bagi sesetengah orang, mungkin ia sekadar kerosakan kecil pada bahagian ‘spoiler’ yang tidak disengajakan, tetapi kerosakan itu boleh dikatakan agak ketara juga.

Re Amemiya merupakan syarikat yang terkenal dengan penyelarasan enjin jenis rotary dan ia dianggap sebagai salah satu peneraju dalam ‘car tuning’.

Oleh itu produk-produk yang dihasilkan oleh mereka boleh dikatakan istimewa kerana mengikut kesesuaian dan kehendak yang diinginkan pelanggan

Berdasarkan carian kami, ‘spoiler’ Re Amemiya itu berharga dalam lingkungan RM5,000 sehingga RM7,000.

Selain insiden malang RX-7, terdapat aduan lain tentang pengunjung apabila segelintir daripada mereka meninggalkan cap jari di seluruh hud kereta, sanggup memijak serta duduk di atas ‘bumper’ untuk bergambar dan bersandar pada kereta.

Sudah jelas terpampang pada papan tanda menunjukkan amaran kepada pengunjung supaya tidak menyentuh kereta, tetapi mereka tidak mengendahkannya.

https://www.tiktok.com/@admsrzl/video/7238159050209250561?embed_source=71223856%2C121331973%2C120811592%2C120810756%3Bnull%3Bembed_blank&refer=embed&referer_url=www.therakyatpost.com%2Ffeatures%2F2023%2F05%2F30%2Fretro-havoc-car-show-had-fair-share-of-the-wrong-kind-of-havoc%2F&referer_video_id=7238159050209250561
https://www.tiktok.com/@garasiecodent/video/7238111743593975047?referer_url=www.therakyatpost.com%2Ffeatures%2F2023%2F05%2F30%2Fretro-havoc-car-show-had-fair-share-of-the-wrong-kind-of-havoc%2F&refer=embed&embed_source=71223856%2C121331973%2C120811592%2C120810756%3Bnull%3Bembed_blank&referer_video_id=7238111743593975047

Isu yang berlaku di pameran kereta itu tidak berhenti setakat itu sahaja apabila dikatakan wujud dakwaan sabotaj.

Seorang pemilik kereta mendakwa enam biji ‘lug nut’ miliknya telah dicuri manakala 14 lagi dilonggarkan.

Kereta ini dibiarkan bersendirian selama 30 minit semasa pemandu dalam perjalanan masuk dan ahli kumpulan lain keluar lebih awal kerana asap serta suhu panas akibat bunyi bising dari peserta lain di tempat letak kereta tertutup itu.

Salah seorang pemilik kereta yang menyertai 8th Retro Havoc Car Show.

Insiden itu dikatakan berlaku antara jam 10:10 malam dan 10:40 malam ketika kereta itu terletak di Pentas Utama Zon D oleh pasukan Retro Havoc. Laporan polis juga telah dibuat oleh pemilik kereta berkenaan.


Etika Ketika Mengunjungi Acara Pertunjukan Kereta

Pertunjukan kereta seperti ini mempamerkan hasil kerja pemilik kenderaan yang bertungkus-lumus untuk mencantikkan kereta mereka dengan usaha sendiri. Sebagai pengunjung, penting untuk mereka mengetahui etika sebelum mengunjungi pameran seperti ini.

Antara perkara yang tidak boleh dilakukan ketika anda mengunjungi acara pertunjukan kereta adalah seperti:

  • Meninggalkan cap jari pada mana-mana bahagian kereta.
  • Berlari di sekeliling kawasan pameran kereta.
  • Duduk atau bersandar sesuka hati pada kereta.

Sebagai pengunjung yang beretika, anda seharusnya menikmati kecantikan sesebuah kereta itu dari jauh dan mendekati pemiliknya untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang emosi mereka terhadap kenderaan yang dihiasi.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd