Now Reading
Round Dinobat Sebagai Juara Untuk ‘GIGI Coffee Malaysia Barista Championship 2023’. Terbaik!

Round Dinobat Sebagai Juara Untuk ‘GIGI Coffee Malaysia Barista Championship 2023’. Terbaik!

Surender Kumar akan mewakili Malaysia ke Kejohanan Barista Dunia 2024, di Busan, Korea Selatan, pada 1 hingga 4 Mei 2024.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Malaysia Specialty Coffee Association menerusi hantaran di Instagram mereka hari ini (29 Mei) telah memaklumkan bahawa Pusingan Akhir Kejohanan Barista GIGI Coffee Malaysia 2023 telah menamakan juara iaitu Surender Kumar., wakil daripada Round!

BACA JUGA: Round @ HappyMansion Tawar Hidangan Neapolitan Piza Di Petaling Jaya [Review]

Dengan kemenangan ini, Surender bakal mewakili Malaysia ke Kejohanan Barista Dunia 2024 di Busan, Korea Selatan pada 1 hingga 4 Mei 2024.

GIGI Coffee Malaysia Barista Championship 2023 yang telah diadakan pada 25 sehingga 27 Mei di Kuala Lumpur Convention Centre bagaimanapun turut menamakan beberapa barisan pemenang lain, iaitu:

  • Juara: Surender Kumar (Round).
  • Naib Juara Pertama: Tan Shing Win (One Half Coffee).
  • Naib Juara Kedua: Sam Tan (Discover Coffee Co).
  • Naib Juara Ketiga: Lucas Eng (JWC Academy).
  • Naib Juara Keempat: Jewel Ting (103 Coffee).
  • Naib Juara Kelima: Lee Tar Chen (Drum Coffee Roaster).

Kami bangga dengan semua barista kami! Sekali lagi, tahniah kepada semua anda kerana berjaya ke Pusingan Akhir Kejohanan Barista GIGI Coffee Malaysia 2023!

World Specialty Coffee Association, menerusi hantaran Instagram.

GIGI Coffee Malaysia Barista Championship.

Gigi Coffee Malaysia Barista Championship (MBC) merupakan pertandingan pertama dalam negara yang menonjolkan kemahiran barista, menggalakkan barista tempatan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan bagi mempertingkatkan kemahiran mereka.

World Coffee Events (WCE) juga secara rasmi mengiktiraf kejohanan ini.

Objektif Gigi Coffee MBC adalah untuk menonjolkan kemahiran barista, mempromosikan kecemerlangan dalam perkhidmatan, persembahan, serta keyakinan diri. Juara negara juga akan berpeluang bertanding di pentas dunia bersama beberapa barista terbaik di dunia.

Untuk menyemak kembali keputusan Malaysia National Coffee Championship 2022, boleh KLIK SINI.


Round @ HappyMansion.

Round @ HappyMansion merupakan sebuah restoran yang menawarkan hidangan Neapolitan Pizza di Petaling Jaya. Restoran ini telah mula beroperasi sejak Disember 2022. Round @ HappyMansion ini diasaskan oleh seorang individu yang bernama Alan Goh. Beliau menjelaskan telah mempelajari cara-cara pembuatan Neapolitan pizza setelah menghadiri kelas memasak di United Kingdom.

Sumber: Siti Murni/TRP

Lebih menarik, Round adalah restoran piza Neapolitan kontemporari di mana intipati Itali memenuhi kecanggihan seni masak moden. Kisah ‘Round’ ini bermula apabila team mereka memiliki ‘passion’ untuk mendalami perisa dan keaslian Itali yang tulen, serta komitmen untuk menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi dan diimport terus dari negara berkenaan.

Sumber: Siti Murni/TRP

Selain piza, kopi, jus segar, dan pencuci mulut juga ditawarkan di Round. Jadi, kalau korang nak mencuba sendiri ‘air tangan’ barista, Surrender yang baru sahaja dinobatkan sebagai juara untuk GIGI Coffee Malaysia Barista Championship 2023, bolehlah singgah di restoran ini.

  • Alamat: Happy Mansion, BG8, Block B, Jalan 17/13, Seksyen 17, 46400 Petaling Jaya, Selangor.
  • Waktu Beroperasi:
    Tutup setiap hari Selasa.
    Isnin – Jumaat: 12pm-3pm / 6pm-10pm
    Sabtu & Ahad: 12pm-10pm

Instagram: Round HappyMansion


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd