Now Reading
[Video] Pilot Tegur Individu Suluh Kapal Terbang Guna Laser Pada Waktu Malam. Boleh Jadi Buta Ya!

[Video] Pilot Tegur Individu Suluh Kapal Terbang Guna Laser Pada Waktu Malam. Boleh Jadi Buta Ya!

Pancaran laser berwarna hijau itu dikatakan muncul sekitar Taman Elmina, Shah Alam ketika penerbangan ingin bersedia untuk melakukan pendaratan di lapangan terbang.

LASER KAPAL TERBANG
https://www.tiktok.com/@mrturboprop/video/7236778771632622856

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Setiap kali kapal terbang ingin mendarat di mana-mana lapangan terbang, terdapat peraturan yang ditetapkan kepada para penumpang supaya tidak mengganggu proses pendaratan dengan selamat.

Malah, kru kabin juga akan menegur penumpang sekiranya ada yang berdegil untuk mematuhi arahan.

Namun baru-baru ini, sebuah penerbangan dipercayai mengalami sedikit gangguan melibatkan individu di kawasan perumahan.


Individu Suluh Cahaya Laser Pada Waktu Malam Sehingga Mengganggu Juruterbang Dalam Penerbangan

Menerusi satu video dimuat naik oleh pengguna TikTok (@mrturboprop) yang bekerja sebagai juruterbang, lelaki ini menunjukkan satu situasi ketika dia sedang mengendalikan kapal terbang pada waktu malam.

Dalam video tersebut, dilihat satu pancaran laser berwarna hijau disuluhkan ke arah langit dan mengganggu penerbangannya yang ingin mendarat di lapangan terbang berhampiran.

Menurutnya, lampu di dalam kokpit kapal terbang perlu dimalapkan untuk pendaratan pada waktu malam supaya mata dapat mengimbangi cahaya kegelapan di luar.

Namun, pancaran laser berwarna hijau yang dikatakan muncul sekitar kawasan perumahan Taman Elmina, Shah Alam, Selangor telah menggugat keselamatan juruterbang serta para penumpang lain.

Lebih membahayakan lagi, pancaran tersebut boleh mengakibatkan seseorang menjadi buta jika cahaya itu disuluh secara tepat pada mata.

Bro, jangan buat macam ni. Hang kalau aim tepat kena mata, boleh silau. Boleh bahayakan penumpang. Kalau high powered laser, terus buta kami.

Pengguna TikTok @mrturboprop.

Video ini mendapat perhatian ramai apabila berjaya meraih 1.3 juta tontonan ketika artikel ini ditulis.


Netizen Beri Reaksi Kurang Senang Dengan Tindakan Individu Guna Pancaran Laser Ke Langit

Di ruangan komen video tersebut, kebanyakan netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan individu yang memancarkan cahaya laser ke arah langit sehingga mengganggu penerbangan.

Mereka juga bersetuju dengan juruterbang itu yang menjelaskan tindakan berkenaan boleh mengancam keselataman penumpang dan kru di dalam kapal terbang.

Malah, ada juga netizen yang mengatakan dia pernah terkena pancaran laser ketika kapal terbang yang dinaiki ingin mendarat di Alor Setar, Kedah. Boleh tahan sakit juga katanya.

Orang ramai juga berharap agar pihak polis dapat mengesan lokasi individu tersebut menerusi video yang dimuat naik.


Perkara Yang Penumpang Kapal Terbang Tak Boleh Buat Ketika Pesawat Ingin Berlepas & Mendarat

Setiap penerbangan yang ingin berlepas atau mendarat mempunyai beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh setiap penumpang.

Kalau tidak, ia boleh mengganggu proses penerbangan daripada berlaku dengan lancar.

Antara perkara yang perlu dipatuhi oleh setiap penumpang sebelum berlepas dan juga mendarat adalah:

  • Tidak menggunakan telefon atau barangan elektrik. Penggunaan telefon bimbit sebelum kapal terbang berlepas dan mendarat akan memberi gangguan tarikan elektromagnet kepada sistem pesawat.
  • Tidak boleh merokok.
  • Tidak membawa barangan terlarang seperti bom, pisau dan pistol.
  • Tidak membawa powerbank berkapasiti besar.
  • Tidak membuka pintu kecemasan.

BACA JUGA: [Video] Atlet MMA Diminta Keluar Kapal Terbang Sebelum Berlepas Kerana Tunjuk Gangster

BACA JUGA: Pendakwah Amerika Syarikat Puji Malaysia Airlines Kerana Sediakan Ruang Solat Dalam Kapal Terbang

BACA JUGA: [Video] Hanya Untuk ‘Review’ Makanan, Pemuda Ini Sanggup Naik 6 Penerbangan Dalam Satu Hari


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd