Now Reading
Penghuni Terkejut Jumpa Biawak ‘Panjat’ Hingga Tingkat 3 Rumah Flat

Penghuni Terkejut Jumpa Biawak ‘Panjat’ Hingga Tingkat 3 Rumah Flat

Penghuni kediaman flat tersebut cuba menghalau biawak sepanjang 1.5 meter itu menggunakan penyapu.

Biawak 1.5 Meter Naik Hingga Tingkat 3 Rumah Flat. Seram Betul!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Bila sebut biawak, mesti ramai yang takut dengan haiwan ini kerana saiznya agak besar dan mempunyai rupa hampir sama seperti buaya. Lebih menakutkan lagi, biawak merupakan spesies yang mempunyai gigitan berbisa seperti ular.

Kalau tiba-tiba ternampak di tengah jalan ketika sedang menunggang motosikal, memang terus pecut laju ya, tak tipu!

Bukan apa, takut kena terkam. Meremang bulu roma bila terbayang haiwan ini.


Biawak Naik Ke Rumah Flat Sehingga Tingkat Tiga Buat Ramai Penghuni Terkejut Dan Takut

Baru-baru ini, penghuni di Blok 428 Bedok North Road di Singapura berdepan detik mengejutkan apabila terlihat seekor biawak sepanjang 1.5 meter berada di tingkat tiga rumah flat tersebut.

Kejadian yang dipercayai berlaku pada 11:30 pagi hari ini (24 Mei) dilaporkan kepada Mothership di ruangan DM mereka oleh salah seorang pembaca dikenali sebagai Jiten.

Sumber: Mothership

Menurut Jiten, biawak itu sendiri memanjat tangga dari tingkat bawah sebelum dijumpai oleh penghuni lain.

Ibu bapa saya yang tinggal di residen itu dimaklumkan oleh jirannya yang mendakwa ada seekor biawak di dalam kawasan blok mereka.

Jiten.

Penghuni di rumah flat tersebut sedaya upaya untuk menghalau biawak berkenaan dengan menghalakan penyapu ke arah haiwan tersebut.

Sumber: Mothership

Difahamkan, biawak tersebut bergerak dengan sangat laju lebih-lebih lagi ketika menaiki tangga.

Susulan kejadian itu, Jiten telah membuat laporan kepada pihak berkuasa dan diberitahu bahawa anggota mereka akan dihantar untuk menangkap biawak tersebut.


Insiden Biawak Naik Hingga Tingkat Tiga Rumah Flat Di Singapura Raih Pelbagai Reaksi Dari Netizen

Insiden tersebut yang tular di media sosial mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Rata-ratanya terkejut melihat biawak itu boleh memanjat sehingga ke tingkat tiga perumahan tersebut.

Malah, ada juga yang berpendapat mungkin biawak berkenaan cuba mencari mana-mana rumah yang sejuk untuk dijadikan sebagai tempat perlindungan dalam keadaan cuaca agak panas ini.

Netizen turut memberi pandangan berkaitan kawasan hutan yang menjadi habitat haiwan berkenaan semakin berkurangan kerana faktor pembangunan yang semakin pesat di Singapura.


Cara Untuk Menyelamatkan Diri Ketika Menangkap Biawak

Terdahulu, pernah wujud satu kes di Sabah apabila seorang pengawal keselamatan terjumpa dengan seekor biawak yang berkeliaran di tempat awam.

Sumber: Twitter @DailyExpress_MY

Namun, apa yang mencuri perhatian orang ramai adalah caranya menangkap haiwan berkenaan dengan mengangkat biawak itu dan memutarnya seperti helikopter sebelum dicampak.

Dengan cara ini, biawak tersebut tidak dapat memusingkan badannya untuk menggigit mana-mana anggota badan manusia.

BACA JUGA: [Video] Ada Sebab Kenapa Sekuriti Lambung Biawak Seperti ‘Helikopter’

BACA JUGA: [Video] Biawak Berlakon Jadi Tiang Untuk Elak Ditangkap Buat Ramai Terhibur

BACA JUGA: [Video] Orang Ramai Terkejut Tengok Roti Canai ‘Biawak’. Unik Betul!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd