Now Reading
Pemuda PAS Buat Surat Terbuka Untuk Khairul Aming, Luah Rasa Kecewa Kerana Sokong Konsert Coldplay

Pemuda PAS Buat Surat Terbuka Untuk Khairul Aming, Luah Rasa Kecewa Kerana Sokong Konsert Coldplay

Dalam surat terbuka itu, pemuda PAS berkenaan mengajak Khairul Aming untuk memikirkan kesan budaya LGBT yang dibawa oleh Coldplay kepada anak-anak muda.

Pemuda PAS Luah Rasa Kecewa Khairul Aming Sokong Konsert Coldplay, Menerusi Surat Terbuka Di Facebook

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Persembahan konsert kumpulan rock dari British iaitu Coldplay di Kuala Lumpur yang bakal diadakan buat pertama kalinya pada 22 November ini mendapat sambutan cukup hangat.

Lebih 400,000 orang peminat telah ‘beratur’ secara atas talian di laman web penganjur untuk mendapatkan tiket konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour.

Cef selebriti dan pengasas produk Sambal Nyet iaitu Khairul Aming menerusi ciapan dimuat naik olehnya di laman Twitter (@khairulaming) turut berkongsi detik penuh debaran untuk membeli tiket tersebut. Siap bawa masuk laptop dalam tandas ya!


Pemuda PAS Muat Naik Surat Terbuka Untuk Khairul Aming Kerana Sokong Konsert Coldplay

Walau bagaimanapun, penganjuran konsert Coldplay di Kuala Lumpur mendapat reaksi kurang senang dari Ketua Dewan Pemuda Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Negeri Kelantan Mohamad Kamal Mohamed selepas melihat Khairul Aming berjaya mendapatkan tiket persembahan berkenaan.

Susulan itu, pemuda tersebut memuat naik surat terbuka menerusi laman Facebook miliknya (Mohamad Kamal Mohamed) yang ditujukan khas kepada Khairul Aming.

Kamal memberi pendapat bahawa Khairul Aming yang merupakan seorang individu berpengaruh di media sosial tidak seharusnya menyokong konsert artis yang dikatakan mempromosikan LGBT.

Alang kepalang kesedihan, terguris hati saya apabila membaca hantaran Twitter saudara yang bersungguh-sunggu menempah tiket. Pastinya siapa saya untuk menghalang keinginan orang lain tetapi suka saya menitipkan pesan lantaran saudara adalah saudara seagama saya.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, Mohamad Kamal Mohamed.

Pemuda PAS itu juga mengajak Khairul Aming untuk memikirkan kesan budaya LGBT yang dibawa oleh Coldplay kepada anak-anak muda.

Sanggupkah saudara menjadi salah seorang penyumbang kepada sebaran budaya tidak sihat terutama kepada anak-anak muda? Saya percaya di usia sekarang saudara telah matang dalam membuat pertimbangan. Apa lagi ingin saya katakan saudara tidak sepatutnya terlibat dalam kempen secara tidak langsung begitu kerana saudara adalah ikutan ramai anak muda.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, Mohamad Kamal Mohamed.

Di akhir hantaran berkenaan, Kamal mendoakan agar Khairul Aming dapat memperbetulkan khilaf berikutan kesan yang tidak terjangkau dalam menyokong konsert tersebut kepada anak muda di Malaysia.


Netizen Beri Reaksi Terhadap Surat Terbuka Dari Pemuda PAS

Surat terbuka yang ditujukan khas kepada Khairul Aming itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen di ruangan komen hantaran tersebut.

Ramai yang memberi pendapat bahawa kekecewaan pemuda PAS kerana Khairul Aming menyokong konsert Coldplay yang dikatakan mempromosikan LGBT adalah tidak kukuh.

Ini kerana banyak lagi platform dan jenama antarabangsa yang lain turut menyokong LGBT dan masih digunakan secara normal oleh masyarakat.

Malah, mereka juga memberi pandangan pembelian tiket konsert Coldplay oleh Khairul Aming tidak bermaksud cef selebriti tersebut menyokong agenda LGBT.

Dalam pada, ada juga netizen menyokong nasihat diberikan oleh pemuda PAS tersebut sebagai salah satu tanggungjawab untuk mencegah kemungkaran.

Sehingga kini, Khairul Aming masih tidak memberi sebarang respon terhadap surat terbuka yang diajukan khas kepada dirinya itu.

BACA JUGA: Tiket Coldplay Sudah Mula Dijual Semula Oleh ‘Ulat Tiket’ Setelah Pra-Jualan CIMB

BACA JUGA: Fahmi Fadzil Arah SKMM Siasat Iklan Jualan Semula Tiket Konsert Coldplay

BACA JUGA: Petisyen Mohon Coldplay Buat Konsert Hari Kedua Di KL Kini Cecah 10,591 Dalam Tempoh Singkat


Kongsi cerita viral dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd