Now Reading
“Kami Minta Maaf Jika Ada Pihak Yang Tak Gembira Dengan Kehadiran Kami Di Malaysia” – Coldplay [Video]

“Kami Minta Maaf Jika Ada Pihak Yang Tak Gembira Dengan Kehadiran Kami Di Malaysia” – Coldplay [Video]

Dalam satu temu bual eksklusif dengan Hitz Morning Crew, Chris Martin mengakhiri sesi tersebut dengan satu pesanan yang tulus kepada semua rakyat Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Berita tentang kedatangan Coldplay ke Malaysia menerima reaksi yang berbeza oleh segelintir pihak di Malaysia.

Tidak dinafikan, ramai pihak sangat teruja dengan kedatangan salah satu pencipta konsert ‘live’ terbaik di dunia ini akhirnya membuat kemunculan di Malaysia. Walau bagaimanapun, ada juga segelintir rakyat Malaysia yang tidak begitu berminat dengan menyatakan bahawa ia akan menyokong budaya songsang.

Namun, percaya atau tidak, penyanyi utama Coldplay iaitu Chris Martin sebenarnya mendengar sokongan dan aduan dari kalangan peminat dan juga bukan peminat mereka.

Dalam satu temu bual baru-baru ini dengan Hitz Morning Crew, Arnold dan Anne, Chris Martin bercakap tentang keterujaan band tersebut untuk mengadakan konsert pertama mereka di Malaysia, usaha kelestarian mereka ketika konsert berlangsung, lagu mereka yang terinspirasi daripada Star Wars, dan lain-lain.

Tetapi apa yang paling menyentuh hati peminat adalah apa yang dikatakan oleh Chris Martin pada akhir temu bual tersebut.

Apabila ditanya jika beliau mempunyai mesej terakhir untuk peminat Malaysia yang bersemangat dengan kedatangan mereka? Chris berkata beliau mempunyai mesej penting.

“Kami sangat berterima kasih dan gembira untuk datang ke Kuala Lumpur. Ini adalah tempat yang kami kagumi dan hormati dari jauh selama ini. Setiap kali saya berjumpa dengan rakyat Malaysia, saya merasakan begitu banyak cinta dan kehangatan,” jelas Chris.

Selain itu, beliau juga mengulas tentang perasaan mereka terhadap sesiapa yang tidak menyokong mereka dan memohon maaf.

Semua orang dialu-alukan ke pertunjukan kami. Kami mencintai semua orang, semua jenis orang, semua agama, semua pemimpin, semua pengikut, tiada sesiapa yang dikecualikan. Kami benar-benar ingin anda datang ke pertunjukan kami dan merasa bebas menjadi diri sendiri serta membiarkan semua orang menjadi diri mereka sendiri. Bagi sesiapa yang tidak gembira dengan kedatangan kami, kami meminta maaf, but we love you too.

Chris Martin, selaku penyanyi utama dan pemain piano dalam kumpulan Coldplay.

Tonton video penuh DI SINI.

Ini tanpa keraguan menunjukkan bahawa apa pun yang dikatakan oleh peminat atau bukan peminat mereka, kumpulan Coldplay masih ambil peduli dan tidak mengabaikannya.

Tapi harapan kami adalah untuk Coldplay mengadakan konsert hari kedua buat mereka yang tidak berjaya mendapatkan tiket ketika pra-jualan serta jualan umum beberapa hari yang lalu. #FingersCrossed.

Kalau korang nak tonton sendiri video penuh interview ekslusif Hitz Morning Crew bersama Chris Martin, boleh terus ke akaun Instagram mereka DI LINK INI.

BACA JUGA: Pemuda PAS Buat Surat Terbuka Untuk Khairul Aming, Luah Rasa Kecewa Kerana Sokong Konsert Coldplay

Untuk rekod, penjualan tiket umum bagi Music Of The Spheres World Tour oleh Coldplay telah berlangsung pada 17 Mei 2023 dan telah habis dijual dengan serta-merta. Namun begitu, masih ramai peminat Coldplay tidak berjaya mendapatkan tiket walaupun ada yang ‘berperang’ sehingga dua hari.

Malah, ramai yang masih menunggu giliran untuk masuk ke laman web pembelian tiket apabila mendapat berita tiket telah habis dijual. Ada juga yang mempersoalkan proses penggiliran pembelian tiket kerana terdapat individu yang berjaya masuk ke laman web lebih awal berbanding mereka yang telah menunggu sejak jam 9 pagi.

BACA JUGA: Fahmi Fadzil Arah SKMM Siasat Iklan Jualan Semula Tiket Konsert Coldplay


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd