Now Reading
Petisyen Mohon Coldplay Buat Konsert Hari Kedua Di KL Kini Cecah 10,591 Dalam Tempoh Singkat

Petisyen Mohon Coldplay Buat Konsert Hari Kedua Di KL Kini Cecah 10,591 Dalam Tempoh Singkat

Petisyen itu dibuat oleh Iman Tang dengan harapan dapat membuka hati Coldplay melakukan konsert hari kedua di Kuala Lumpur.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour yang bakal diadakan buat pertama kalinya di Kuala Lumpur pada 22 November 2023 membuatkan orang ramai teruja untuk membeli tiket pada hari jualannya semalam (17 Mei).

Namun di media sosial, ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati apabila rata-rata daripada mereka tidak berpeluang mendapatkan tiket ke konsert tersebut selepas didakwa dibeli oleh ‘bot’.

Lebih mengejutkan lagi, ada yang sanggup menjual semula tiket tersebut sehingga harga tidak masuk akal iaitu RM43,000.

BACA JUGA: Konsert Coldplay Punya Pasal, Lelaki di Indonesia Nekad Jual Peti Sejuk & Motosikal

BACA JUGA: Ada Yang Sampai RM43k! Tiket Coldplay Sold Out, Scalper Ambil Kesempatan Jual Harga Berlipat Kali Ganda

Sumber: Instagaram @imantang75/ Siti Murni

Penganjur Konsert Buat Petisyen Mohon Konsert Hari Kedua Coldplay Di Kuala Lumpur

Penangan kumpulan rock dari British ini cukup dahsyat apabila 80,000 tiket telah terjual dalam tempoh tiga jam ketika lebih 400,000 peminat ‘beratur’ secara online di laman web penganjur.

Walau bagaimanapun, pengurus acara dan pengurus artis terkenal iaitu Iman Tang mendapat banyak maklum balas daripada orang ramai bahawa mereka tidak dapat membeli tiket untuk menyaksikan persembahan konsert Coldplay di Kuala Lumpur.

Susulan itu, Iman Tang menerusi Instagram Stories miliknya (@imantang75) memohon orang ramai untuk memberikan sokongan menerusi petisyen yang dilakukan.

Dengan petisyen tersebut, peminat yang gagal mendapatkan tiket berharap permohonan itu dapat membuka hati kumpulan rock terkenal menambah persembahan satu malam lagi di Kuala Lumpur.

Setakat artikel ini ditulis, 10,591 individu telah memberi sokongan terhadap petisyen tersebut.


Kementerian Bakal Ambil Tindakan Terhadap ‘Ulat Tiket’ Konsert Coldplay Di Kuala Lumpur

Isu ‘ulat tiket’ membabitkan konsert Coldplay di Kuala Lumpur turut mendapat perhatian Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menerusi ciapan dimuat naik di laman Twitter miliknya (@fahmi_fadzil).

Beliau memaklumkan isu tersebut akan diuruskan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi melakukan siasatan ke atas aktiviti penjualan semula tiket Coldplay.

Pada masa yang sama, Fahmi akan berbincang perkara tersebut bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

BACA JUGA: Tiket Coldplay Sudah Mula Dijual Semula Oleh ‘Ulat Tiket’ Setelah Pra-Jualan CIMB


Kongsi cerita viral dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd