Now Reading
[Video] Lelaki Tiru Suara Mirip Anwar Ibrahim Buat Ramai Berdekah. Sama Betul!

[Video] Lelaki Tiru Suara Mirip Anwar Ibrahim Buat Ramai Berdekah. Sama Betul!

Dari segi lenggok dan intonasi yang ditiru oleh lelaki itu, memang ‘sebiji’ seperti suara Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kalau terserempak dengan individu yang memiliki wajah sama, perkara itu dianggap sudah biasa dilihat. Orang kata dalam dunia ini kita ada tujuh orang ‘kembar’ berwajah serupa.

Sebelum ini, seorang peniaga di bazar Ramadan Jalan Padi Mahsuri, Bandar Baru Uda, Johor Bahru yang menjual hidangan kunafa dilihat memiliki muka mirip seperti pelakon Fast & Furious iaitu Vin Diesel.

Ingatkan Vin Diesel sudah tukar pekerjaan. Terkejut pula!

BACA JUGA: [Video] “Ingatkan Dominic Toretto Tadi” – Netizen Terkejut Tengok Muka Peniaga Bazar Ramadan ‘Sebiji’ Macam Vin Diesel

BACA JUGA: Lelaki Mirip Wajah Pelakon Vin Diesel Jadi Tumpuan Netizen


Lelaki Buat Suara Sebiji Seperti Anwar Ibrahim

Selama ini kita asyik tengok muka kembar sahaja kan? Pernah tak anda dengar ‘kembar suara’ yang sama pula?

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh pengguna Twitter (@AfiqMahadhir), seorang lelaki yang disapa oleh perakam berlakon kononnya dirinya adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil memberikan komen terhadap filem ‘Anwar: The Untold Story’.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila lelaki tersebut memberikan komen dengan membuat suara sebiji seperti Anwar Ibrahim. Dari segi lenggok percakapan dan intonasinya, memang sama betul!

Kalau anda hanya mendengar tanpa melihat video itu, mesti ramai yang terfikir suara itu milik Anwar Ibrahim.


Netizen Berdekah Dengar Suara Lelaki Itu Mirip Seperti Anwar Ibrahim

Video lelaki itu yang cuba untuk meniru suara Anwar Ibrahim mendapat pelbagai reaksi daripada netizen di media sosial dengan rata-ratanya terhibur mendengar cara percakapan yang ‘sebiji’ seperti Perdana Menteri Malaysia Ke-10.

Kami yang baca komen netizen pun berdekah juga ya. Ada je yang terfikir oleh mereka semua.

Antara komen yang membuatkan kami terhibur adalah ”Ini semua agenda AI (Anwar Ibrahim bukan Artificial Intelligence)”.


Anwar Ibrahim Tersentuh Selepas Lihat Filem ‘Anwar: The Untold Story’

Pada Isnin lalu (8 Mei), Anwar Ibrahim telah menghadiri Majlis Tayangan Perdana Filem ‘Anwar: The Untold Story’ bertempat di DADI Cinema, Pavilion Kuala Lumpur.

Anwar yang turut mengadakan sidang akhbar dengan media tempatan dan antarabangsa selepas menonton filem itu berkata beliau amat terharu kerana dapat mengimbau kembali episod penting dalam hidupnya serta memuji kebolehan pelakon serta pengarah kerana berjaya membawa wataknya.

Ini cerita yang mesti diceritakan, perjuangan menentang rasuah perlu diteruskan. Sekarang saya menjadi perdana menteri, saya mahu menyelamatkan negara ini dan memerangi rasuah dan perangi mereka bersungguh-sungguh.

Datuk Seri Anwar Ibrahim

BACA JUGA: Anwar Ibrahim Sebak, Tekad Akan Terus Perangi Rasuah Selepas Tayangan ‘Anwar, The Untold Story’


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd