Now Reading
Perdana Menteri Bakal Hadiri Tayangan Filem Anwar: The Untold Story Di Pavilion KL

Perdana Menteri Bakal Hadiri Tayangan Filem Anwar: The Untold Story Di Pavilion KL

Majlis Tayangan Perdana Filem Anwar: The Untold Story bakal diadakan pada hari ini (8 Mei) di DADI Cinema, Pavilion Kuala Lumpur pada jam 6:00 petang.

Perdana Menteri Bakal Hadiri Tayangan Filem Anwar: The Untold Story Di Pavilion KL

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Filem biopik berkisahkan tentang perjalanan hidup seorang ahli politik yang kini memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim sangat ditunggu-tunggu oleh orang ramai.

Sebuah filem Indonesia bertajuk ‘Anwar: The Untold Story’ arahan Viva Westi dan diterbitkan oleh Bianglala Entertainment dengan jumlah kos sebanyak RM10 juta bakal tiba di pawagam Malaysia pada bulan ini.

Selain Farid Kamil yang memegang watak sebagai Anwar Ibrahim, filem ini turut melibatkan seorang lagi penggiat seni terkenal iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza yang menyanyikan lagu OST bertajuk Menjaga Cintamu bagi filem Anwar: The Untold Story.

Sumber: TikTok @potretkehidupan84

BACA JUGA: Siti Nurhaliza Dipilih Komposer Indonesia, Nyanyi OST Filem Anwar: The Untold Story

BACA JUGA: Indonesia Bakal Terbit Filem Tentang Anwar Ibrahim & Farid Kamil Pegang Wataknya


Anwar Ibrahim Bakal Sertai Tayangan Perdana Filem Anwar: The Untold Story

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook (@DMY Creation), Majlis Tayangan Perdana Filem Anwar: The Untold Story bakal diadakan pada hari ini (8 Mei) di DADI Cinema, Pavilion Kuala Lumpur pada jam 6:00 petang.

Majlis ini menjadi lebih istimewa apabila Anwar Ibrahim sendiri dijangka bakal menghadiri acara itu bagi menonton filem mengisahkan tentang dirinya.

Sumber: Facebook Anwar: The Untold Story

Turut serta bersama Anwar adalah 258 tetamu VIP daripada industri hiburan, tokoh politik dan selebriti termasuklah:

  • Ahli Parlimen Bandar Tun Razak merangkap isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
  • Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
  • Penyanyi tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.
  • Pelakon, Fauziah Ahmad Daud.
  • Pengarah filem, Datuk Yusof Haslam.
  • Pengarah filem, Datuk David Teo.

Acara tayangan khas ini akan bermula dengan kehadiran tetamu pada jam 7:00 petang dan diikuti dengan ketibaan Ahli Parlimen Tambun pada jam 8:30 malam.

Tayangan filem berkenaan dijangka akan bermula sekitar 9:00 malam diikuti sidang media pada 10:30 malam.

Malah, orang ramai juga digalakkan untuk merebut peluang ini untuk bertemu dan bersalaman dengan Perdana Menteri semasa majlis tersebut.


Sinopsis Filem Anwar: The Untold Story

Filem Anwar: The Untold Story mengisahkan tentang perjuangan seorang ahli politik Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ingin menghapuskan budaya rasuah dalam negara.

Latar masa di dalam filem ini bermula dari tahun 1993 sehingga September 1998 ketika Anwar mula memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan sehinggalah beliau dipecat.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd