Now Reading
Liyana Jasmay Beri Respon Santai Lepas Terima Komen Kulit Makin Hitam Seperti Orang Kampung

Liyana Jasmay Beri Respon Santai Lepas Terima Komen Kulit Makin Hitam Seperti Orang Kampung

Liyana Jasmay atau LJ memberi pendapat bahawa seseorang yang bergelar artis tidak semestinya perlu mempunyai kulit berwarna cerah.

liyana jasmay

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sesetengah individu terutamanya golongan wanita memang terlalu taksub untuk memiliki kulit putih kerana menganggap ia sebagai satu keperluan bagi membolehkan diri mereka dilabel sebagai cantik.

Lebih membahayakan lagi adalah apabila mereka sanggup untuk mengambil produk yang boleh membahayakan kesihatan diri.

Terdahulu, pernah wujud kes di mana seorang wanita dimasukkan ke hospital gara-gara mengalami bengkak hati selepas menerima rawatan ‘whitening drip’ serta pengambilan jamu dan diet tidak terurus.

BACA JUGA: [Video] Taksub Nak Kulit Putih, Wanita Disahkan Hidap Bengkak Hati

BACA JUGA: Netizen Risau Wajah Gadis Terlalu Putih Lepas Makan Produk

BACA JUGA: “Nak Putihkan Kulit, Akhirnya Menggelupas” KKM Beri Amaran Jangan Guna Produk Kosmetik Ini


Netizen Persoal Warna Kulit Liyana Jasmay Yang Dikatakan Semakin Gelap Seperti Orang Kampung

Baru-baru ini, seorang pelakon dan penyanyi tempatan iaitu Liyana Jasmay telah memuat naik video di laman TikTok miliknya (@ljoneandonly) menunjukkan pelbagai jenis makanan yang dimakan olehnya ketika bercuti di Anantara Desaru, Johor Bahru.

Boleh dikatakan hampir kesemua rakaman di dalam video tersebut memperlihatkan wajahnya yang tidak memakai sebarang mekap. Natural beauty orang kata!

Namun, perkara tersebut dipercayai menjadi bualan ramai di media sosial apabila ada netizen yang membangkitkan tentang isu warna kulit pelakon itu yang dikatakan semakin gelap.

Malah, ada juga netizen yang melabelnya seperti ‘orang kampung’ kerana mendakwa kulit pelakon itu yang semakin hitam dan ‘terbakar’.

@ljoneandonly

ha makan makan! apa i makan di Anatara Desaru Hotel!

♬ Very cute melody by marimba tone(39813) – Mitsu Sound

Liyana Jasmay Tenang Beri Respon ‘Santai’ Kepada Netizen Tentang Warna Kulitnya

Selepas menerima komen tersebut, Liyana tampil memberikan respon yang santai menerusi satu video TikTok di akaun miliknya.

Bagi pendapat Liyana atau juga dikenali sebagai LJ, dia merasakan seseorang artis itu tidak semestinya perlu memiliki kulit berwarna cerah.

Tambahnya lagi, dia tidak mahu mengambil sebarang produk pemutihan kerana bimbang akan memberikan kesan sampingan kepada tahap kesihatan diri.

Tak semestinya jadi artis kena putih. Lainlah kalau dilahirkan dengan putih, alhamdulillah. Tapi kalau dah dilahirkan dengan kulit tu macam brown orang Melayu, nak buat macam mana kan? Tapi mungkin yang hitam tu untuk you, but putih di husband i.

Pelakon dan penyayi, Liyana Jasmay.

Video respon yang diberikan oleh LJ ini turut mendapat perhatian ramai sehingga meraih 1.8 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.


Ramai Juga Yang Puji Kecantikan Semula Jadi Liyana Jasmay

Dalam pada itu di ruangan komen video respon berkenaan, ramai netizen lain yang turut memuji kecantikan semula jadi Liyana tanpa perlu memakai sebarang filter pada wajahnya.

Ramai sebenarnya yang bersetuju bahawa tidak semestinya perlu mempunyai warna kulit yang cerah untuk menjadi cantik. Kulit sawo matang pun cantik juga kan?


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd