Dr Malar Terima Anugerah Pekerja Contoh Sempena Hari Buruh, Tapi Ada Netizen Pertikai Pula
Sesetengah netizen mendakwa Dr Malar tidak layak menerima Anugerah Pekerja Contoh kerana berkhidmat di hospital swasta dan bukannya kerajaan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Sempena Sambutan Hari Pekerja 2023 pada 1 Mei lalu, satu sambutan telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam sambutan itu, seorang doktor kesihatan yang aktif di media sosial iaitu Dr. Malar Santhi telah diberikan Anugerah Pekerja Contoh untuk tahun 2023 atas usahanya berkongsi ilmu dalam bidang perubatan kepada masyarakat.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram Dr Malar (@celotehdrmalar), wanita ini meluahkan rasa bersyukur dengan penganugerahan itu dan bersyukur atas sokongan yang diterimanya selama ini.
Dalam pada itu, Dr Malar yang juga bekerja sebagai doktor di Jabatan Kecemasan Hospital Columbia Asia menyedari tanggungjawabnya kini semakin berat. Namun, dia akan cuba yang terbaik.
Di akhir kata-katanya menerusi hantaran tersebut, Dr Malar turut mendedikasikan anugerah ini kepada semua petugas kesihatan yang bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa sejak pandemik sehingga ke hari ini.
Saya dedikasikan anugerah ini kepada semua petugas kesihatan yang bergelut di “medan perang” sejak pandemik sehingga kini. May this recognition be the beginning to many more. Chaiyookkk.
Dr. Malar Santhi.
Netizen Pertikai Kelayakan Dr Malar Terima Anugerah Pekerja Terbaik 2023
Walau bagaimanapun, anugerah yang diterima oleh Dr Malar itu menjadi perbalahan netizen di media sosial apabila ada yang menganggap pengiktirafan tersebut tidak layak diberikan kepada petugas kesihatan tersebut.
Ada yang mendakwa anugerah itu sewajarnya diberikan kepada petugas kesihatan di hospital awam kerana beban kerja mereka lebih banyak berbanding pusat perubatan swasta.
Ciapan yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter itu (@ArwahMakLampir) turut mendapat sokongan daripada beberapa netizen lain yang memberikan pandangan mereka bahawa penganugerahan itu bersikap tidak adil.
Hospital Columbia Asia tu private hospital. Keje macam nk mati pun, gaji sebulan pun bleh tahan 4-5 bulan hidup
— MakLampirBeraya 🥰 (@ArwahMaklampir) May 2, 2023
Jauh benar beza workload emergency department hosp gov yg gaji jauh lg kurang n lg sibuk
Tweet sebegini mmg sengaja mengundang makian n kecaman 😌 pic.twitter.com/gBByoJj5lQ
Pada masa yang sama, sesetengah netizen pula memberi sokongan kepada Dr Malar kerana beliau secara aktif memberikan pelbagai ilmu berkaitan kesihatan yang berguna kepada orang ramai.
Perbalahan ini mula menjadi tular sehingga diketahui oleh Dr Malar sendiri dan telah memberi respon.
Buat pengetahuan, waktu pandemik tu, swasta&kerajaan semua sama ye.busy,takut mati,berpeluh dalam PPE dan sebagainya.gaji tinggi tak layak terima anugerah ke? Sape cakap camtuh? Walau bagaimanapun, nnt sy sarankan saudara dilantik sbg board member yang select&approve pemenang
— Celoteh Dr Malar (@celotehdrmalar) May 4, 2023
Umum sedia maklum, Dr Malar sememangnya dikenali ramai di media sosial apabila kerap memberi maklumat berkaitan kesihatan menerusi akaun TikTok dan juga ‘live’ di pelbagai platform media sosial.
Antara perkongsian beliau yang terkini adalah penjelasan tentang bagaimana boleh berlakunya strok haba sehingga menyebabkan kematian apabila berada di dalam cuaca yang panas.
BACA JUGA: Dr Malar Perjelas Strok Haba Ibarat Radiator Kereta Pecah. Bahaya!
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.