Now Reading
Netizen Perbetulkan Salah Faham Khairul Aming Tentang Lontong & Kuah Lodeh

Netizen Perbetulkan Salah Faham Khairul Aming Tentang Lontong & Kuah Lodeh

Lodeh adalah kuah lemak kuning yang biasanya dimakan dengan nasi impit manakala lontong pula nasi yang dibalut menggunakan daun pisang.

Netizen Perbetulkan Salah Faham Khairul Aming Tentang Lontong & Kuah Lodeh

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Setiap kali tiba hari raya Aidilfitri, antara hidangan yang ‘wajib’ ada bagi masyarakat Johor adalah Lontong Kuah Lodeh.

Hidangan lontong ini dimakan bersama dengan kuah lodeh berwarna kuning keemasan yang berasaskan santan, sayur-sayuran, rempah, bawang, serai dan juga udang.

Makan pula dengan telur rebus, sambal tumis dan tempe goreng, memang cukup menyelerakan. Confirm tak cukup makan satu mangkuk je!


Khairul Aming Kongsi Resepi Lontong Kuah Lodeh Untuk Hidangan Hari Raya

Bermula sejak semalam (12 April), cef selebriti terkenal, Khairul Aming telah mula memuat naik video resepi masakan di laman Twitter (@khairulaming) untuk dihidangkan pada hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi.

Resepi menu raya pertama yang dikongsikan oleh Khairul Aming kepada orang ramai adalah Lontong Kuah Lodeh.

Ditambah pula lagu raya sebagai muzik latar belakang video itu, memang rasa tak sabar pula nak beraya dengan ahli keluarga dan sanak saudara.

Kepada anda yang mahu belajar memasak sendiri menu ini, boleh ikut resepi Khairul Aming seperti di bawah:

Penyediaan Untuk Kuah Lodeh

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Fucuk
  • Suhun
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Kunyit hidup
  • Cili merah
  • Udang kering
  • Serai
  • Lengkuas
  • Santan
  • Udang
  • Kubis
  • Lobak merah
  • Kacang panjang

Cara-caranya:

  • Rendamkan fucuk dan suhun ke dalam air sehingga kembang.
  • Kisarkan tiga biji bawang merah, empat ulas bawang putih, tiga cili padi merah, dua ketul kunyit hidup dan empat sudu udang kering yang sudah direndam dalam air.
  • Masukkan bahan yang sudah dikisar ke dalam periuk.
  • Masukkan satu batang serai dan lengkuas sebesar ibu jari.
  • Tambahkan satu liter air ke dalam periuk dengan bahan kisar.
  • Masukkan tiga kotak kecil santan apabila kuah sudah mendidih.
  • Masukkan udang dan tunggu sehingga udang masak.
  • Masukkan sayu-sayuran seperti kubis, lobak merah, kacang panjang, fucuk dan suhun.
  • Gaul hingga sebati.
  • Perasakan dengan garam dan gula.

SIAP!

Penyediaan Sambal Bilis

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Bawang merah
  • Cili kering
  • Bawang putih
  • Lada merah
  • Belacan
  • Air asam jawa
  • Ikan bilis

Cara-caranya:

  • Kisarkan tiga biji bawang merah, segenggam cili kering yang direbus, tiga ulas bawang putih, dua biji lada merah bersaiz besar dan seketul belacan.
  • Tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak.
  • Masukkan air asam jawa.
  • Perasakan dengan garam dan gula.
  • Masukkan segenggam ikan bilis yang sudah dicuci.
  • Gaul dan tumis sehingga pecah minyak.

SIAP!

Perkara lain yang perlu dilakukan adalah:

  • Rebus nasi impit
  • Goreng tauhu dan tempe

Bila selesai masak kesemua bahan, siap untuk dimakan di pagi hari raya bersama keluarga.


Netizen Perbetulkan Salah Faham Antara Lontong Dan Nasi Impit Bersama Kuah Lodeh

Menerusi satu ciapan dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter (@vamos32), dia mengatakan bahawa hidangan Lontong Kuah Lodeh dari Khairul Aming itu menimbulkan kekeliruan.

Menurutnya, resepi yang ditunjukkan oleh Khairul Aming bukannya Lontong Kuah Lodeh tetapi Nasi Impit Kuah Lodeh.

Berdasarkan tradisi orang zaman dahulu, hidangan yang sebenar perlu menggunakan lontong dan bukannya nasi impit.

Malah, hidangan Lontong Kuah Lodeh ini juga boleh dimakan dengan serunding.

Penjelasan yang diberikan oleh netizen itu tentang Lontong Kuah Lodeh mendapat pelbagai reaksi dari netizen sehinggakan ada yang risau sekiranya lelaki itu ‘diserang’ oleh peminat Khairul Aming.

Malah, perkongsian netizen tersebut juga membuat orang lain juga mula mengetahui menu lontong yang sebenarnya.


Apa Perbezaan Lontong Dan Lodeh?

Ingatkan penulis je yang keliru dengan lontong dan lodeh, tetapi ramai rupanya masyarakat di luar sana yang turut keliru.

Berdasarkan penjelasan oleh seorang guru Bahasa Melayu di laman TikTok miliknya (@zackkirana27), terdapat perbezaan antara dua hidangan tersebut.

Lodeh adalah kuah lemak kuning yang biasanya dimakan dengan nasi impit manakala lontong pula nasi yang dibalut menggunakan daun pisang dan hasilnya hampir serupa dengan nasi impit.

Lontong merupakan hidangan terkenal di Indonesia dan Malaysia serta diperbuat daripada beras yang dikukus selepas dibungkus dengan daun pisang.

@zackkirana27

LONTONG atau LODEH? Tak sama sebenarnya ya kawan-kawan. Siapa masak lodeh untuk rumah terbuka? Saya nak!!! #fyp #fypã‚· #cikguzackkirana #cikgubm #raya2022

♬ original sound – zack kirana – zack kirana

Jangan keliru lagi ya dengan lontong dengan lodeh.

BACA JUGA: Ini 5 Hidangan Tradisional ‘Rare’ Ditemui Di Pagi Raya Aidilfitri

BACA JUGA: Ini 6 Jenis Ketupat Yang Jarang Diketahui Ramai. Tapi Wajib Rasa!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd