[Video] Tukar Kod QR Tabung Masjid Dengan Akaun Peribadi, Lelaki Di Indonesia Ditahan Polis
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Masjid Nurul Iman di Block M Square, Jakarta Selatan, Indonesia.

![[Video] Tukar Kod QR Tabung Masjid Dengan Akaun Peribadi, Warga Indonesia Ditahan Polis](https://www.therakyatpost.com/wp-content/uploads/2023/04/image-1-2.jpg)
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Zaman sekarang ini memang ramai yang lebih memilih untuk hidup secara ‘cashless’ kerana tidak perlu bersusah payah memegang sejumlah wang yang banyak di dalam dompet apabila keluar rumah.
Sekarang ini kalau keluar bawa telefon je pun sudah cukup. Nak bayar, boleh pakai QR Pay, Apple Pay dan sebagainya.
Bukan sahaja di premis perniagaan sahaja anda boleh menggunakan pembayaran secara ‘cashless’, di fasiliti kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pun boleh ya.
BACA JUGA: Pembayaran ‘Cashless’ Di Semua Fasiliti KKM Mulai 1 Oktober Ini
BACA JUGA: Touch ‘n Go eWallet & PayNet Lancar Kempen ‘Mai Kita Cashless’
Lelaki Selamba Tukar Kod QR Tabung Masjid Dengan Kod QR Akaun Bank Miliknya
Baru-baru ini, tular sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter (@zoelfick) yang memaparkan tindakan seorang lelaki didakwa menukar gambar kod QR milik tabung masjid kepada kod QR akaun bank miliknya.
Menerusi rakaman video dari kamera litar CCTV masjid berkenaan, lelaki itu dilihat mengeluarkan sesuatu dari poketnya ketika menghampiri tabung masjid.
Mungkin ada yang beranggapan dia mahu mengeluarkan wang untuk didermakan, tetapi bukan itu yang berlaku.
Sebaliknya, dia telah menampal kertas yang tertera Kod QR bank miliknya pada tabung masjid.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Masjid Nurul Iman di Block M Square, Jakarta Selatan, Indonesia.
QR Code kotak amal masjid pun jadi sasaran, diganti dgn code milik pribadi.
— Zulfikar Akbar (@zoelfick) April 10, 2023
Semakin canggih saja cara maling beraksi. Syukurnya terekam CCTV. pic.twitter.com/xeJbgJdTCz
Pihak Polis Indonesia Berjaya Menahan Lelaki Terbabit Yang Menukar Kod QR Pada Tabung Derma Masjid
Berikutan kes yang berlaku, pihak polis Indonesia telah menahan lelaki terbabit dan kini dalam siasatan.
Lebih mengejutkan lagi adalah apabila lelaki itu telah melakukan perkara yang sama di beberapa buah masjid lain sekitar Jakarta Selatan termasuklah Masjid Istiqlal.
Selepas ditahan, suspek dipercayai telah memindahkan wang dari akaun miliknya ke dalam akaun tabung masjid.
Walau bagaimanapun, pihak Masjid Nurul Iman tidak dapat memastikan sama ada wang tersebut adalah 100% milik mereka atau tidak kerana boleh jadi sekiranya sebahagian jumlah wang itu adalah dari masjid lain.
Terdahulu, kes yang sama turut dilaporkan berlaku di Jakarta Selatan apabila suspek didakwa menampal kod QR bank peribadi miliknya di tabung masjid.
Kami segera membuat pemeriksaan di lokasi kejadian selepas menerima laporan daripada Dewan Kemakmuran Masjid (DKM) di Pancoran tentang insiden penipuan yang berlaku.
Pihak polis Indonesia.
Pihak polis Indonesia mendakwa aktiviti ini merupakan taktik terbaharu mereka untuk melakukan jenayah penipuan kepada jemaah yang hadir di masjid.
BACA JUGA: [Video] Masjid Di Kedah Bertaraf 5 Bintang. Siap Ada Carwash, Pejabat, Kafe & Homestay!
BACA JUGA: RM4,000 Fine & 10 Days Jail For Teen Who Tried To Steal Money From Mosque
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.