Now Reading
Burj Khalifa Ada 3 Waktu Berbuka Puasa Yang Berbeza, Paling Atas Paling Lambat!

Burj Khalifa Ada 3 Waktu Berbuka Puasa Yang Berbeza, Paling Atas Paling Lambat!

Mereka yang berada di tingkat 151 dan ke atas bangunan Burj Khalifa perlu menunggu sehingga tiga minit selepas penduduk di bawah berbuka puasa.

Penduduk Burj Khalifa Berbuka Puasa Dengan 3 Waktu Berbeza, Paling Atas Paling Lambat!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Azan Maghrib adalah yang paling ditunggu-tunggu oleh umat Islam setiap kali bulan Ramadan kerana ia menandakan anda sudah boleh berbuka puasa dan menjamu selera selepas seharian menahan lapar.

Cemburu juga tengok kawan-kawan di Sabah dan Sarawak pukul enam lebih mereka sudah berbuka puasa. Kita yang berada di Semenanjung perlu tunggu satu jam selepas itu kerana kedudukan geografi yang berbeza.

Selama ini kita mungkin akan berfikir bahawa sesebuah kawasan berhampiran akan mempunyai waktu berbuka yang sama, tetapi lain pula jika anda berbuka puasa di menara Burj Khalifa.


Burj Khalifa Miliki Tiga Waktu Berbuka Puasa Yang Berbeza Mengikut Ketinggian

Siapa yang tidak kenal dengan bangunan pencakar langit tertinggi di dunia iaitu Burj Khalifa?

Dengan ketinggian 828 meter dan mempunyai 163 tingkat, bangunan ini mempunyai ciri yang unik dan tiada pada binaan lain kerana ia memiliki tiga waktu berbuka puasa yang berbeza mengikut ketinggian.

Penduduk Burj Khalifa Berbuka Puasa Dengan 3 Waktu Berbeza, Paling Atas Paling Lambat! (2)
Sumber: Boon Edam

Memetik sumber, Mufti Besar Dubai pada tahun 2011 menjelaskan bahawa perbezaan waktu berlaku di menara berkenaan terutamanya ketika Maghrib, Isyak dan Subuh.

Disebabkan bangunan Burj Khalifa ini terlalu tinggi, jadi waktu berbuka puasa juga dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu:

  • Zon 1: Mereka yang tinggal di tingkat 80 dan ke bawah boleh mengikut waktu berbuka di masjid.
  • Zon 2: Bagi mereka yang tinggal di tingkat 80 sehingga 150, perlu menunggu dua minit waktu berbuka puasa daripada Zon 1.
  • Zon 3: Mereka yang berada di tingkat 151 dan ke atas perlu menunggu sehingga tiga minit selepas penduduk di bawah berbuka puasa.

Senang kata kalau nak berbuka awal di Burj Khalifa, kena turun tingkat bawah. Tapi, kenapa kena ada tiga waktu berbuka yang berbeza?

Ini kerana mereka yang berada di tingkat bawah akan melihat matahari terbenam lebih awal berbanding penduduk di tingkat atas.

Penduduk Burj Khalifa Berbuka Puasa Dengan 3 Waktu Berbeza, Paling Atas Paling Lambat! (2)
Sumber: Arabia Weather

Malah, konsep yang sama juga diguna pakai bagi menentukan masuknya solat waktu Subuh. Tetapi konsepnya terbalik pula.

Mereka yang berada di tingkat atas akan memasuki waktu Subuh lebih awal berbanding penduduk di tingkat bawah kerana mereka dapat melihat matahari terbit terlebih dahulu.

BACA JUGA: Artisan’s Playground by COOKHOUSE Tawar Bufet Ramadan Untuk Berbuka Puasa [Review]

BACA JUGA: Sheraton, Mardhiyyah, Botanica+Co & Pelbagai Restoran Serta Hotel Tawar Bufet Ramadan Sekitar Lembah Klang


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd