Now Reading
[Video] Sanggup Patah Balik & Minta Maaf, Aksi Rider & Pemandu Lori Ini Saling Berbudi Bahasa Dipuji Netizen

[Video] Sanggup Patah Balik & Minta Maaf, Aksi Rider & Pemandu Lori Ini Saling Berbudi Bahasa Dipuji Netizen

Bukan setakat rider itu yang berbudi bahasa, malah pemandu lori tersebut juga bercakap dengan lemah lembut dan sempat memberi teguran.

rider minta maaf lepas potong lori di lorong kiri

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sebagai pengguna jalan raya, anda memang kena banyak bersabar kerana akan ada banyak ragam pemandu dan penunggang motosikal yang perlu dihadap terutamanya apabila berlaku kesesakan lalu lintas.

Mana tidaknya, ada sahaja tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan seperti menukar lorong tanpa memberi isyarat signal, memandu secara perlahan di lorong paling kanan dan membuli pengguna jalan raya.

Memang bawa mengucap betul kalau berada di jalan raya.

BACA JUGA: [Video] 8 Kenderaan Buat ‘U-turn’ Berjemaah Di Jalan Raya. Seragam Pula Tu!

BACA JUGA: [Video] Geng Rider Didakwa Bawa Motor Lawan Arus Di Jalan Raya Sebab Nak Elak Polis


Rider ‘Menyelit’ Sebelah Lori Hingga Hampir Kemalangan Sanggup Patah Balik Untuk Minta Maaf

Menerusi video dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok (@izsmile.yusof), dia berkongsi rakaman ketika sedang memandu lori jalan raya dan hampir mengalami kemalangan.

Dalam rakaman dari kamera dashcam itu, kelihatan seorang rider penghantar makanan yang berada di lorong kiri kenderaan itu mahu menukar ke lorong kiri menuju arah bulatan jalan raya.

Tetapi, lori itu pula mahu memasuki simpang di bahagian lorong kanannya.

Aksi berbahaya yang dilakukan oleh rider berkenaan membuatkan pemandu lori tersebut bengang dan menjerit selepas melihat apa yang berlaku.

Namun, tindakan yang dilakukan oleh rider itu selepasnya membuatkan pemandu lori tersebut ‘lembut hati’.

Rider terbabit sanggup berpatah balik menuju ke lori berkenaan untuk meminta maaf atas kesalahan yang dilakukan.

Pada masa yang sama, pemandu lori itu juga menerima permohonan maaf dari rider dan menasihatinya agar tidak mengulangi kesilapan. Rider tersebut juga menerima teguran dengan hati yang terbuka.

Bagus betul sebab kedua-dua belah pihak sangat beradab dan menunjukkan akhlak yang baik.

Bukan apa, sesetengah individu akan memaki pesalah dan mengambil tindakan agresif apabila berlaku salah faham di jalan raya.


Netizen Puji Dua-dua Belah Pihak Berbudi Bahasa Selepas Insiden Yang Berlaku

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap pemandu lori dan rider penghantar makanan itu kerana saling berbudi bahasa antara satu sama lain.

Bukan senang nak jumpa orang yang boleh datang minta maaf dan menerima teguran seperti mereka berdua ini di jalan raya.

Malah, ada juga netizen berharap video tersebut tular dan dijadikan contoh kepada pengguna jalan raya yang lain di luar sana.

Sebagai pengguna jalan raya, kita kena saling bertoleransi antara satu sama lain ketika menggunakan kemudahan yang disediakan.

Jadilah pengguna jalan raya yang berhemah dan berbudi bahasa. Bila ada pemandu bagi kita masuk lorong, boleh juga angkat tangan sebagai isyarat untuk berterima kasih.

BACA JUGA: Pemandu Lori Haus, Lori Rosak Tepi Jalan. Rakyat ‘Turun Padang’ COD Air. Salute!

BACA JUGA: [Foto] Anggota Polis Trafik Kemalangan Dibantu Orang Awam Di Johor Buat Ramai Kagum


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd