[Video] Aktiviti Buka Puasa Tengah Jalan Bersama Jiran Dipertikai, Tuan Rumah Tampil Beri Penjelasan
Jiran tetangga di Felda Bukit Kuantan dilihat berbuka puasa bersama-sama dengan meriah di tengah jalan raya ketika bulan Ramadan.

![[Video] Aksi Jiran Felda Buka Puasa Tengah Jalan Dipertikai Ramai, Tuan Rumah Tampil Beri Penjelasan](https://www.therakyatpost.com/wp-content/uploads/2023/04/Video-Aksi-Jiran-Felda-Buka-Puasa-Tengah-Jalan-Dipertikai-Ramai-Tuan-Rumah-Tampil-Beri-Penjelasan.jpg)
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
“Jiran Sepakat Membawa Berkat”.
Itulah pepatah Melayu yang sering digunakan untuk menunjukkan situasi di mana jiran di sesebuah kawasan kediaman menjalin hubungan erat antara satu sama lain.
Dapat jiran yang baik itu dikira satu rezeki kerana apabila kita ditimpa kesusahan, jiran adalah individu terdekat yang boleh menghulurkan bantuan kepada kita.
Jiran Tetangga Berbuka Puasa Sama-sama Di Tengah Jalan
Berbicara tentang semangat kejiranan, baru-baru ini tular sebuah video menunjukkan situasi di mana jiran tetangga di sebuah penempatan berbuka puasa beramai-ramai di tengah jalan dengan meriah.
Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok (@anok_mekabah), wanita ini memaparkan beberapa keluarga di blok 6/2 sekitar Felda Bukit Kuantan yang berbuka puasa di luar rumah mereka.
Kesemua juadah untuk berbuka diletakkan di atas sebuah tikar yang dibentang secara memanjang.
Semua jiran yang turut serta pun duduk bersila sambil menikmati hidangan berbuka selepas azan Maghrib berkumandang.
Dapat bayangkan mesti keakraban sesama mereka sangat utuh sehingga boleh berbuka seperti itu antara satu sama lain.
Video tersebut telah meraih 1.4 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.
Netizen Beri Pelbagai Reaksi Selepas Lihat Jiran Tetangga Berbuka Puasa Di Tengah Jalan
Di ruangan komen video tersebut, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen selepas melihat keakraban jiran tetangga di Felda Bukit Kuantan yang berbuka puasa bersama-sama di tengah jalan.
Selepas melihat video itu, ada yang terus rindu kampung halaman mereka dan agak cemburu melihat hubungan rapat sesama jiran.



Walau bagaimanapun, segelintir netizen turut mempertikaikan jika tindakan mereka itu akan menghalang kenderaan lain untuk melalui jalan berkenaan.
Malah, mereka juga bertanya bagaimana jika tiba-tiba hujan lebat berlaku semasa sedang berbuka puasa di luar rumah.




Tuan Rumah Tampil Beri Penjelasan Tentang Berbuka Puasa Bersama Jiran Di Tengah Jalan
Selepas video berbuka puasa di tengah jalan itu tular, tuan rumah tampil memberikan penjelasan tentang apa yang berlaku.
Menurutnya, jiran setempat di lorong kawasan rumahnya di Bukit Kuantan sudah merancang untuk berbuka puasa bersama-sama pada 1 April lalu.
Di lorong kawasan itu, hanya ada 10 buah rumah sahaja tetapi cuma separuh penghuni yang menyertai mereka.
Antara perkara yang menjadi pertikaian ramai adalah sekiranya perbuatan mereka itu menghalang pengguna jalan raya. Sebenarnya, tidak menjadi masalah kerana dia menegaskan bahawa lorong berkenaan adalah jalan mati.

Pengajarannya, sebelum kita membuat berburuk sangka kepada seseorang, lebih baik periksa terlebih dahulu ya.
BACA JUGA: [Video] Rider Terkejut Tengok Hiasan Luar Flat Di Taman Keramat Macam Dalam Rumah
BACA JUGA: [Video] Jiran Cina Belanja KFC Buat Jiran Melayu Sebab Tak Dapat Jemput Sambutan ‘Birthday’
BACA JUGA: [Video] Jiran Sanggup Redah Air Banjir Demi Selamatkan Wanita Bersalin & Bayinya
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.